" Bayar zakat berjuta juta , tapi orang miskin tak abis abis " katanya !

by - Jumaat, Disember 20, 2019


Teringat kata kata seorang founder sebuah produk yang sedang meningkat naik jenamanya. Katanya , dia teringin nak keluarkan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta ! Fuh..... terbaik ! Sampai begitu sekali azamnya. 

Pada aku , dia mesti tahu bagaimana duit zakat tu diagihkan. Sebab tu dia tak persoalkan bagaimana duit zakat diagihkan. Dan aku sendiri 'terselamat' dari LHDN baru baru ni sebab aku dah bayar zakat pendapatan selama beberapa tahun sebelum ni. Cuma tak isytihar pendapatan media sosial di LHDN jer tapi segalanya selesai setelah aku masukkan jumlah bayaran zakat pendapatan tahunan aku ! Alhamdulillah. 

Di sebuah Page Facebook sebentar tadi , aku terbaca beberapa komen yang dilontarkan. Seperti jangkaan aku , mesti ada manusia manusia begini punya !  Antara komen ialah .. 

" Zakat berjuta juta tapi orang Islam miskin tak pernh nya habis... "

 "tak tahu nak cakap apa. Bangga zakat ratus juta umat Islam dalam negara sendiri miskin...zakat tu tak kan habis kalau bagi kat umat Islam sendiri.bila dia bisnes kan zakat tu balik semula pada pusat zakar. Bukan tak boleh buat kadar pinjaman 0% "

Bagi aku mudah jer .. Follow jer page organisasi zakat yang ada di negara kita atau paling tidak pun , follow page Lembaga Zakat Selangor jer ! Aku pernah beberapa kali ikut mereka ke rumah asnaf dan juga ketika agihan zakat. Memang terasa beban di bahu yang dipikul tu sangatlah berat. Aku sendiri tak mampu nak ikut selalu. Bukan sebab penat saja tapi bermain dengan rasa kasihan di hati ! Bayangkan mereka yang berdepan dengan situasi ini setiap hari. Tu belum lagi dengan karenah pelbagai. 

Kalaulah ditakdirkan tiada lagi orang miskin atas dunia ni , ko rasa nak buat pahala dengan paling mudah camana ? Solat pun tunggu azan dilaungkan , baru nak pergi tunaikan ! Dengan adanya orang miskin ni , kita mudah jana saham akhirat. 

Dan perlu kita tahu... hari ni kita berduit.. esok lusa belum tentu ! Jangan ingat yang miskin di luar sana tu , kesemuanya lahir lahir  dah miskin ! 





Tunaikan saja kewajipan kita ! Tak perlu nak persoalkan.. Kalau nak persoalkan , gi terus je ke sana. Tanyalah sepuashati. 

Dan kenapa sukar proses zakat ni ? Sebabnya tu amanah pembayar zakat. Kena beri pada yang benar benar layak dan perlu juga tahu siapakah yang layak memohon.. Ni bukan boleh bagi macam tu jer. Kalau tak , yang berkereta mewah pun akan datang mintak sebab duit .. duit kan ? Sapa tak nak ! 

You May Also Like

7 comments

  1. Alhamdulillah Terima kasih Lembaga zakat Selangor

    BalasPadam
  2. Miskin atau sederhana dan lebih tepatnya berkecukupan pada tahap dan skala mereka..itu semua UJIAN untuk sesiapa sahaja yang Allah beri rezeki lebih sebenarnya.

    BalasPadam
  3. dah mudah sekarang ni nak bayar zakat. semuanya melalui online. inshaAllah kita tunaikan kewajipan kita seadanya :)

    BalasPadam
  4. Semoga ramai lagi yang tak culas untuk berzakat

    BalasPadam
  5. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. moga zakat yg dibayar permudahkan urusan pihak berwajib utk menolong yg memerlukan

    BalasPadam
  6. Jika niatnya ikhlas, bila bagi zakat dekat pusat zakat kita tidak akan persoalkan kpd perginya :)

    BalasPadam
  7. ingat 1 je,,kesusahan kita..ada yg lebih susah dari kita. moga apa yg kita berikan dpt meringankan beban yg lain

    BalasPadam