Bila suami meninggal dunia , apa si isteri perlu kena buat ?

by - Ahad, Mac 22, 2020

Dup dap , dup dap... laju benar pengerakkan jantung si isteri bila baca pasal harta di media sosial. Bagi yang berpengetahuan , tak da masalah.  Macamana pulak mereka yang tak pernah ambil tau ? Mesti kalut semacam jer, kan? Yelah  , selama ini ingat bila si suami dah meninggal dunia , segala harta mereka bersama selama ini .. automatik milik dia ! Tapi rupa-rupanya.... gulp ! Tersilap sudah wehh! 

Kes kes yang viral atau tidak viral mengenai harta ni memang banyak. Bila terkena kat kepala sendiri, masa tu barulah nak garu kepala. Ingatkan boleh dapat 100% tapi rupanya tidak ! Ada lagi best , si isteri tu tak dapat apa apa dek kerana tak tau apa apa ! 

Kalau digoogle (carian ) , memang banyak dah blogger blogger membuat awareness mengenai pewarisan harta suami ni cuma masih ramai malas membaca. Hehehe... sebab tak terjadi lagi pada dia... kan kan ? Tak pe tak pe... korang dah boleh google cari atau baca je kat blog aku ni. Aku akan cuba ceritakan secara ringkas tapi jelas pada korang yang masih belum tau. Jika masih kurang jelas , korang boleh terus rujuk pada pihak berkaitan seperti Majlis Agama atau peguam yang korang lantik. 

Peringatan untuk suami isteri ! Si isteri perlu senantiasa ingatkan si suami untuk melakukan wasiat atau hibah jika belum lakukan. Bahaya tu ! Jangan tangguhkan tau ! Selagi sihat atau berkemampuan, segera melakukannya.

* Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).



Persoalan yang perlu dijawab.


Pening ? Jangan risau.... Tenang... Rileks dan ikuti je langkah-langkah yang dinasihati ini oleh Majlis Agama Islam Selangor. Baca dan fahamkan.  Pelan pelan ye nak. Jangan kalut naa..

Merekodkan.

Jika belum ada pernah buat persediaan , mulakan dengan cari dan simpan segala rekod mengenai harta yang ada. Rekodkan segalanya.

  1. Jika masih ada hutang pembiayaan, pastikan semua resit bayaran, penyata pembiayaan tahunan dan penjanjian pembiayaan disimpan dengan baik. Anda juga perlu menyimpan ‘cover note’ atau polisi takaful yang melindungi pembiayaan ke atas harta tak alih. Ia penting supaya baki hutang pembiayaan dapat diselesaikan jika terjadi sebarang musibah. 
  2. Semua dokumen yang berkaitan harta alih perlulah disimpan seperti buku akaun, penyata pelaburan dan polisi. 
  3. Simpan nombor telefon broker, remisier, ejen atau syarikat pelaburan dan takaful yang sering dihubungi, catatkan untuk kemudahan membuat sebarang tuntutan atau urusan. 
  4. Untuk akaun simpanan, jika ada kad ATM, bolehlah dicatatkan nombor pin setiap kad ATM yang ada.
  5. Kenalpasti semua hutang yang masih ada. Tidak kira hutang dengan Allah seperti zakat, badal haji, fidyah dan kaffarah atau hutang dengan individu atau dengan bank/institusi kewangan. Semua perjanjian pembiayaan, resit bayaran dan penyata pembiayaan perlu disimpan dengan baik. Sebaik-baiknya, hutang perlu diselesaikan semasa hayat masih ada. Tetapi, jika ajal sudah menjemput, menjadi tanggungjawab waris untuk menyelesaikan hutang yang masih berbaki. 
  6. Jika menjadi pemiutang (pemberi hutang) dan penjamin, semua dokumen berkaitan juga perlu didokumenkan.menyenaraikan semua waris yang ada. Waris-waris yang perlu disenaraikan adalah anak-anak, isteri, ibu dan bapa. 
  7. Jika sebelum ini pernah berkahwin lain, mempunyai anak dan bercerai, perlulah dikenalpasti anak-anak yang terpisah tersebut. Waris-waris yang terputus hubungan perlu dikesan dan dicari, walaupun mereka tinggal berjauhan, mereka masih mempunyai hak ke atas harta pusaka yang akan ditinggalkan. 
  8. Dapatkan dan simpan salinan sijil beranak, kad pengenalan, sijil kahwin/nikah dan sijil kematian (jika waris telah meninggal dunia). 
  9. Jika ada perkahwinan yang belum didaftarkan, daftarkan segera supaya tidak berlaku drama-drama pertikaian selepas kematian nanti. Begitu juga dengan anak-anak yang tidak didaftarkan, pastikan semuanya berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. 
  10. Setiap waris adalah berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan. 




Instrumen Perancangan Pewarisan Harta 

Antara instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam perancangan pewarisan harta ini yang mana para isteri boleh lakukan sendiri adalah : 

  1. Wasi / Penama / Pentadbir – Melantik wasi / penama / pentadbir yang akan bertindak untuk mentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kepada benefisiari dan waris-waris yang berhak selepas kematian nanti.
  2. Hibah – Memindahmilikkan / menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi.  
  3. Wasiat – Mengikrarkan untuk mewasiatkan harta semasa hidup untuk dibahagikan selepas mati pada kadar 1/3 harta sahaja dan bukan kepada waris. Sekiranya lebih dari 1/3 atau kepada waris, ia tidak akan berkuatkuasa melainkan dipersetujui oleh waris-waris lain nanti.
  4. Amanah – Menyerahkan harta kepada pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan melindungi harta pusaka anda.  
  5. Wakaf – Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan untuk kegunaan umum seperti pembinaan masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Jumlah harta yang diwakafkan sekiranya selepas kematian adalah tidak melebihi 1/3 daripada nilai kesemua harta bersih yang ditinggalkan.
  6. Faraid – Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum syarak. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan. 
Bila korang dah faham yang ni , seterusnya apa yang perlu korang buat ialah dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang profesional yer ! Bukan post kat Facebook atau Twitter mahupun Instagram sambil berselfie. 

Korang boleh melantik Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak berautoriti untuk bertindak sebagai wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka. Hubungi MAIS di talian 03-55143773 atau 3772 atau layari www.mais.gov.my untuk mendapatkan dokumen yang sah. Kalau korang bukan di negeri Selangor , sila hubungi Majlis Agama negeri korang eh.. 

Dan pastikan apa yang korang buat ni dimaklumkan pada mereka atau waris  yang boleh dipercayai. Langkah ini dilakukan bagi memberitahu waris atau orang yang dipercayai supaya menghubungi wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang telah dilantik jika berlaku kematian oleh pemilik harta. Perancangan yang bijak yang telah dilakukan sebelum ini akan dapat membantu waris-waris seterusnya mereka boleh menikmati harta pusaka dengan penuh kesyukuran dan mengekalkan hubungan erat silaturrahim dalam keluarga. 


Itulah nasihat serta pandangan bertulis dari Majlis Agama Islam Selangor. Jika masih belum faham , sila hubungi mereka yer.. Kalau hubungi aku , aku nak skit.. boleh ? Heheh.. gurau !! Ok ok...  Sekali lagi nasihat... buat sebelum pening kepala di kemudian hari ! 

Sekian , terima kasih MAIS





You May Also Like

3 comments

  1. ya betul orang perempuan kena ambil tau ttg semua perkara ini jgan ambil sambil lewa

    BalasPadam
  2. Sangat bermanafaat dan perlu diambil berat oleh pihak wanita....

    BalasPadam
  3. Post yang sangat membantu. Memang bahaya ketika datang kepada masalah warisan

    BalasPadam