BEN ASHAARI




Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Terasa lega sedikit di hati. Setiap pagi aku naik ke bilik atas dan menikmati cahaya mentari dan menghirup udara segar. Rindu nak brisk walk pagi pagi. InshaAllah.. Mukim aku ni pun dah 'dilepaskan' dari PKPD dan dibenarkan untuk berjogging bersyarat. Tak pe.. janji boleh berjalan untuk hilangkan kemurungan. Yer, kemurungan sebab melihat ramai kenalan seorang demi seorang.. termasuk keluarga disahkan positif. 

Tapi semalam, KKM keluarkan data terperinci. Menarik nafas lega aku. Yelah , selama ni aku ingat kes berbelas ribu ni semuanya dalam kategori merbahaya. Dirujuk pada gambarajah yang disertakan.. Alhamdulillah.. tahap 1 dan 2 tu yang buat berbelas ribu. Dan tahap 1 dibenarkan kuarantin di rumah.  Yang tiada bergejala. Diharap mereka ikuti SOP yang diberikan. InshaAllah.



Walaubagaimana pun. kita kena tetap berhati hati terutamanya varian Delta sekarang ni yang dikatakan sangat merbahaya. Mampu menjangkiti orang lain dalam tempoh 15 saat jer. Maka gunalah face mask , kerap cuci tangan , jarakkan diri dari orang lain untuk elakkan diri dari dijangkiti. Bukan apa.. aku baca status kawan kawan , ramai yang kata tak tau dari mana dapat.. ada yang duduk rumah je pun dapat tapi kita kena tau... mesti ada punca ! Bukan senang senang dia nak mai masuk rumah gitu je. Mesti ada yang bawak masuk. Haa ! Apa pun kena 200% berhati hati. Tak kena , Alhamdulillah. Kena , memang serabut ! Kalau tidak melibatkan orang lain , ok la.. Sian pada yang ada anak kecil tu je la nanti. 

Berdasarkan gambarajah , kluster yang bikin naik tahun ni adalah dari kluster komunti. Balik kampung masa cuti sekolah , Ramadan dan Raya hari tu memang bikin negeri negeri hijau menjadi merah. Kemudian menjangkiti mereka yang bekerja. Nah... memang naya tul ! 

Maka, Raya Haji bakal menjelang... ada yang cuba nak balik kampung tu.. tolong la jangan kasi mereka sampai ke depan rumah. Perembat mereka balik ke tempat asal ! Tak kisah la dia sihat sekali pun.. suruh je diorang balik ! Cukuplah pengalaman Raya Aidilfitri yang lepas dijadikan pengajaran. Contoh yang aku dengar di satu tempat ni. Memang jadi kluster berbulan bulan dek kerana satu hal jer ! Ramai kehilangan nyawa lak tu. 




Sama sama kita teruskan berdoa. Semoga Allah lindungi Malaysia tercinta ini. 


 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Semalam wife terpaksa keluar untuk ke Pusat Pemberian Vaksin di Sepang. Macam macam peringatan aku berikan pada dia berdasarkan pengalaman aku. Walaupun situasi aku dengan dia pasti berbeza tapi sedikit sebanyak akan dapat membantu dia. 

Jangan sesekali buka face mask ! Pakai double !  Guna face shield ! Aku rasa dia lebih arif dari aku sebab dia yang kerap keluar rumah untuk ke pejabat berbanding aku yang keluar gi beli roti untuk anak anak.




Jangan berbual di sana. Jangan pegang apa apa termasuk telefon pintar orang lain walaupun dia mintak tolong amikkan gambar ! TERPAKSA ! Keutamaan diri ketika ini sangatlah penting. Kita pun nak tolong dia juga. Elakkan dari terkena jangkitan. Katanya ada yang mintak tolong ambilkan gambar tapi dia terpaksa menolak dengan baik. Terasa kejam katanya. Aku pujuk dia mengatakan tindakan dia dah betul. Walaupun dia mungkin akan sanitize telefon tu.. tapi apa akan terjadi jika dia terlupa ? Sedangkan ketika mengadap Allah pun kita boleh terlupa rakaat.. ni kan pulak nak buat benda yang jarang kita buat..sanitize handphone ! 

Dan paling penting kerap cuci tangan dengan sanitizer bila berada di sana. Borang vaksin pun dia dah isi dari rumah lagi. Senang. Tak payah nak buang masa kat sana. Katanya orang ramai tapi segalanya berjalan lancar.

Sejujurnya , jantung aku berdebar. Takut.. risau.. macam macam ada. Setiap hari aku membaca posting kenalan yang positif Covid 19. Bukan dia saja. Malah ahli keluarga turut terlibat. Aku pandang muka anak anak... Ya Allah ,kita sedang berperang dengan musuh yang tidak terkelihatan ! Senantiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan si isteri dan lindungi dia.

Hanya ini saja wife mampu jadikan kenangan. Nasib baik dia bukan jenis suka bergambar.

Anak anak lak.. aku tak memaksa sangat berPdPR. Belajar je ikut masa tertentu dan biarlah mereka bermain sesama mereka. Si Aariz kerap dok datang tanya pada aku bila boleh pergi hotel lagi. Kesian dia. Dia paling jarang dapat bercuti ke hotel berbanding abang dan kakak dia. Huhuh.. 

" Nanti virus dah takda, kita pergi yer.. " pujuk aku. 

" Ooooo... ada virus banyak yer ? Takutnyaaa.. " Terus dia tutup hidung dia. Dalam hati aku, sebak. Terus aku usap kepala dia. Ya Allah... lindungilah kami dari wabak yang merbahaya ini. 

Aku buka Telegram. Di situ aku sering baca perkembagan terkini. Ada yang hantar video Tik Tok Hari Raya. Rindunya suasana tu. Kalau dulu , kita akan sedih sebab tak dapat pulang beraya.. tak dapat beraya dengan mak ayah yang telah pergi dahulu tapi kini suasananya amat berbeza. Seperti berperang ! Duduk rumah diam diam. Keluar bila nak cari barang dapur atau yang terpaksa bekerja demi sesuap nasi , mereka 'berkorban nyawa'.  Semoga Allah murahkan rezeki buat mereka.


Merenung luar jendela.. 45 tahun umur aku. Dulu arwah ayah sering bercerita mengenai waktu kecilnya. Perang Jepun dan juga bagaimana Komunis mengancam nyawa mereka. Setiap kali kenderaan kami melalui Balik Pulau, Pulau Pinang... itulah yang akan dia cerita.  Ketika tu aku masih kecil lagi. Mampu angguk jer. Katanya lagi , ubi kayu jadi makanan utama. 

" Hangpa beruntung. Lani semua dah aman. Damai.. " katanya. 

Kini aku dan anak anak sedang lalui. Walaupun tiada senjata tapi musuh sangat merbahaya dan kejam ! Aku menunduk sayu. Anak anak aku akan ceritakan pada anak anak mereka satu hari nanti bagaimana mereka lalui sangat sangat getir melawan virus ! Tak dapat pergi sekolah. Tak da kawan. Setiap hari buat benda sama. Makan apa yang ada. Tu pun nasib baik ada makanan. Yang terpaksa catu makanan  ? Allahu Akhbar..

Tak pe la nak.. Daddy tak nak paksa korang duduk belajar lama lama depan laptop tu.. Buat masa ni, belajarlah yang asas dulu. Membaca, menulis , mengira , solat , mengaji... InshaAllah, selesai semua ini.. kita sama sama belajar untuk berjaya yer ! 

Yang penting , kita kena 'survive' dulu ! 






Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Alhamdulillah. Panjang umur aku lagi untuk mengadap laptop dan bercerita mengenai isi hati dan perasaan aku. Nak meluahkan segalanya di media sosial , rasanya tak tersampai. Sedih. Pilu. Syahdu. Perasaan bercampur baur. Yer, bukan aku jer. 

Setiap hari aku melihat Memories di Facebook. Apa yang aku buat hari ini , di tahun tahun sebelum. Bawa anak anak pusing taman berbasikal. Gi makan di restoran. Bercuti di hotel.. Keadaan sudah jauh sangat berbeza ketika ini. Mungkin inilah perasaan mereka yang mana negara mereka dalam peperangan ? Mungkin inilah perasaan mereka yang mana hari hari mereka menghadapi kebuluran ?

Tak sangka kan ? Macam dalam filem yang biasa kita tengok. Tu pun masih ada yang 'tidur' dan anggap semua ini mimpi. Yer , bangkitkan aku selepas September berakhir. Mudah gitu... Huhuh...Lebih lebih lagi sekarang kes dah lebih 10 ribu sehari. Kematian sudah beratus ratus sehari. Nak keluar rumah pun takut. Nak jumpa orang pun takut. Dah jadi paranoid. 

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Dengan syarat yang cukup ketat ! Cukup ketat. Mungkin untuk 3-5 tahun ? Siapa tahu ? Berapa lama sekali pun , yang penting ialah apa yang ada di depan kita sekarang. Itulah saat yang paling berharga. Jika yang dah berkeluarga seperti aku.. habiskanlah masa dengan anak anak.  Siang hari , didik mereka ala kadar. Jangan ditekan. Jangan dipaksa. Mereka pun ada perasaan dan juga tau erti tertekan. Mereka memberontak tanpa kita ketahui. 




Nak luangkan masa dengan anak anak ni , ada banyak cara. Boleh cipta permainan bersama mereka. Kita kena kreatif. Mereka harapkan kreativiti kita untuk bermain. Jika tidak , gajet akan jadi pilihan mereka kembali. Diorang pun bukan nak main gajet sangat tapi bila dah tengok mak ayah sendiri gitu.. apa pilihan mereka ada. Bermain sesama mereka pulak akan bergaduh. Kita jadi marah. Nah.. camana tu? 

Kita tak tau berapa lama masa kita ada. Esok lusa ? Hargai.. dan nikmatilah dengan sebaiknya. Semoga Allah lindungi kita semua. Kepada semua frontliners , semoga Allah rahmati anda. Kepada mereka yang dipilih rakyat untuk memimpin tapi anda sangat pentingkan diri sendiri... semoga Allah memberi balasan setimpal buat anda.

Ya Allah..
Jika ada di antara kami yang sedang sakit, sembuhkan mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang berduka, gembirakanlah hati mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang dalam kesempitan, luaskanlah rezeki mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang buntu, berikanlah mereka kelapangan fikiran. 
Jika ada di antara kami yang sedang mencari pekerjaan, berikanlah mereka pekerjaan yang halal.
Jika ada di antara kami yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, kurniakanlah mereka rezeki anak soleh dan solehah buat mereka.
Jika ada di antara kami yang keras hatinya dalam mengerjakan ibadahmu, lembutkanlah hati mereka. Jika ada di antara kami yang sesat dan keliru, tunjukkanlah mereka jalan yang benar.. 

Ya Allah.. 
Angkatlah wabak Covid19 ini dengan kadar segera.. kami semua ingin kembali ke beribadah di masjid, menjalani kehidupan seharian seperti biasa, bersilaturahim dan berada dalam ketenangan tanpa wabak ini.. 

 Ya Allah.. Makbulkanlah permintaan kami ini.. Aamin ya Rabbal Alamin 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Barang keperluan dah banyak abis tapi risau nak keluar dari rumah ? Aku pun macam tu gak. Bukan apa.. kadang kadang kita pun tercuai juga. Puas jaga tapi terleka. Itu yang merisaukan aku. Dan baru baru ni aku ternampak iklan AEON yang mana mereka ada personal shopper yang boleh uruskan masalah aku ni ! Cuma aku tak tau nak cari kat mana nombor telefon mereka. 

Dan masalah aku selesai selepas aku cari di Facebook. Baca dan fahamkan. Kemudian aku mintak wife sediakan senarai barang keperluan yang hendak dibeli. Aku berikan link untuk hubungi mereka , mengikut kawasan dan negeri. Dan AEON berhampiran dengan aku ialah AEON NILAI. Tak jauh pun. Dalam 8 km jer.

Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad ketika penghantaran. Takda masalah pun. Tak perlu bayar secara online. Mudah dan pantas. Senang dan tak perlu risikokan diri dan keluarga. Korang boleh rujuk senarai AEON berhampiran di SINI .


Bukan barang keperluan saja boleh mintak mereka beli tapi apa saja yang ada dalam pasaraya AEON tu boleh mintak mereka belikan. Contohnya macam aku mintak belikan remote Astro dan juga bateri. Boleh je. Takda masalah. Mereka siap call lagi untuk bertanyakan jenis remote dan bagitau harga jualan pada kita sebelum mengambilnya. 

Untuk elakkan kelewatan barang sampai di depan rumah , pastikan awal pagi lagi dah buat penempahan. Cepat buat cepat dapat ! Kiraan upah penghantaran berdasarkan jarak dan juga berat belian kalau tak silap aku. Ok la bagi aku. 

Petang , sampai. Dalam jam 3 gitu la. Ok la kan ? Kalau tidak jenuh gak nak mencari satu satu barang di kedai runcit. Merisikokan diri lagi. Huhuh... Dan pembelian pertama aku tu, menyelesaikan masalah aku yang dok pikir camana nak rentas negeri gi beli barang dapur ! Hahahaha... Kedai Aceh tu ada la tapi tak banyak pilihan.  

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments



Bila kita renungkan kembali dari awal lagi, segalanya berpunca dari satu jer... PENTINGKAN DIRI SENDIRI ! Tak kira la dari golongan mana sekali pun.. semuanya jenis PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Kenapa sikap ini wujud sedangkan kita di Malaysia ni , rata rata jenis berpendidikan ? Rata rata dah bijak pandai ? Salah sapa ? Asuhan mak ayah ? Guru guru di sekolah ? Bukankah pendidikan bermula dari rumah ? Ke sebab pemimpin ? 

Sikap pentingkan diri sendiri ni tak menguntungkan sesiapa pun ! Hari ni kau boleh terlepas. Tapi untuk berapa lama ? Lambat laun akan kena juga ! Bukankah sepatutnya berfikir dengan lebih waras ? Akal dah ada tapi mengapa nak turutkan rasa hati tu ?

Nah... setiap hari kita  'dihidangkan' dengan  video kes kes Covid 19 menyedihkan.. sayu dan ada juga yang menakutkan kita ! Kenapa ini semua boleh berlaku ??? Sedangkan kita dah tau cara untuk putuskan rantaian atau cara untuk elakkan dari semua ini berlaku atau berlaku pada kita mahupun ahli keluarga kita ?

Sedikit kecuaian dan kealpaan... habis satu keluarga ! Habis kawan kawan kita ! Habis kenalan kita ! Masa tu nak tepuk dahi ? Nak menangis tak berlagu ? Haih.. aku dah tak larat nak tengok status kawan kawan kita yang kehilangan orang tersayang dek kerana COVID 19 !! Punca ? Sikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI ! 

Kita tengok kes kes Covid 19 di kawasan kawasan yang dulunya HIJAU.. Sekarang semua dah merah ! Kenapa ? RENTAS NEGERI !!!! Kau kata kau ada kerja ! Tapi kau menyimpang ! Kau menyimpang ke tempat tak sepatutnya kau pergi ! Sudahlah menyimpang , kau tak patuhi SOP ! Gi jumpa mak ayah.. sedara mara.. Apa dah jadi ??? 


Kluster kilang dan kerja... ni satu hal lagi ! Sikap pentadbiran yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI punca jadinya peningkatan paling ketara di Malaysia terutamanya di Selangor ! Pekerja yang tak patuhi SOP satu hal lagi. Dah kata berkali kali.. kalau tak sihat jangan ke pejabat.. dia bantai pergi gak ! Apa jadi ? Kawan kawan yang tak bersalah.. bawa pulang penyakit untuk ahli keluarga ! Kau tak rasa bersalah ke ???? Kau tak kasihan ke kat kawan kawan kau yang tak bersalah tu ? Dah la pergi pejabat.. ajak berbual.. ajak membawang ! Yang bos bos lak ajak meeting bersemuka ! AllahuAkhbar.. Tak reti membaca ke atau korang rasa ini semua satu sandiwara semasa ? 

Dan contoh paling mudah.. kita sendiri sebagai ibu bapa tunjuk contoh pada anak anak. Ada mak ayah aku tengok... langgar arahan kerajaan yang minta kita duduk rumah. Tujuannya untuk elakkan VIRUS tu masuk ke dalam rumah. Tapi sayangnya... ada mak ayah yang engkar.. bantai keluar rumah juga.. bukan sebab nak gi beli barang keperluan tapi untuk riadah. Kau rasa ??? Anak anak kita memerhati dan mereka mencontohi ! Yer.. mak ayah aku boleh buat.. kenapa aku tak ?

Sikap sesetengah pemimpin sendiri yang pentingkan diri sendiri ? Ini tak perlu nak dibincangkan. Kita tahu level kebijaksanaan diorang tu di mana. Tak payah nak dipertikaikan. Kepada Allah sahaja  kita serahkan hal mereka.

Kawan kawan.. ramai dah tepu duduk rumah. Ramai dah burnt out ! Tertekan atas pelbagai masalah. Jangan jadikan pemimpin sebagai contoh. Jangan jadikan rakan rakan yang langgar SOP itu satu contoh. Ramai lagi di luar sana senantiasa berikan contoh yang baik untuk kita ikuti. Tak perlu kita nak semakkan kepala dengan perangai mereka yang sendiri mengundang bala untuk mereka.. Kita jaga diri kita sendiri.  Patuhi SOP seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Terima kasih pada mereka yang turun membantu insan insan yang memerlukan.  Semoga Allah berikan ganjaran buat anda semua di akhirat kelak. Yang sanggup gunakan kewangan sendiri untuk bantu. Terima kasih ! Anda hero negara. 

Kau nak percaya atau tidak, terpulang. Yang pasti.. mereka yang ikut.. mereka yang patuh, InshaAllah akan dijauhi dari virus Covid 19 ini . Semoga Allah lindungi Malaysia ! 



 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Sebelum guna MMX Amino Shred


Memiliki badan sado bukanlah impian aku. Hahahaa.. Aku tak nak la tahap berketul ketul tu. Payah nak jaga. Memadai je dapat badan ala ala atlit walaupun bukan atlit. Nampak kemas dan jitu. Eh.. hahaha.. Walaupun sekadar duduk di rumah , sebagai lelaki kacak.. kita kena jaga penampilan kita agar isteri kita tak getar jiwa mereka bila melihat pelakon Korea ! Haaaa... Kan kan ? Hahaha.. Aku gurau je. 

Segalanya untuk kesihatan. Tapi alang alang dah bersenam, nak la nampak keberhasilannya , kan ? Tapi masalahnya ialah bersenam dah tapi payah betul nak hilangkan lemak lemak di bahagian perut terutamanya. Pinggang tu satu hal lagi.. Orang kata love handle ? Haaa.. Stress tengok tu !

Tak susah sebenarnya. Haahaha.. Dan dan kata tak susah eh ? Tapi betullah.. Korang kena jaga makan dan bersenam ikut rutin yang betul.  Fokus pada pembakaran lemak ( kardio) dan bila part bersenam u, kena fokus lebih skit pada bahagian yang kita nak hilangkan... Ini khas untuk mereka yang dapat bentuk badan yang lean ! Tapi awas !! Penjagaan makanan tu amat penting sekali. Gula, garam , minyak , lemak dan sebagainya. Bersederhana. 

Faktor umur pun memainkan peranan. Kalau bawah 30 an tu , metabolisma tinggi. Kebanyakkan la. Maka mudah untuk membakar kalori. Bagi yang tak beberapa nak tau fungsi metabolisma ni, boleh baca kat SINI yer..

Ok.. ada yang tanya aku bagaimana aku jaga badan ?  Sejujurnya tak la jaga mana pun. Nak kata cantik pun jauh sekali la. Tapi dengan usia aku skang ni yang mana aku dah jaga sejak dari umur 20 an lagi , ok la kan ? Ada la sesekali memboroi dek kerana wife lahirkan anak. Terpaksa fokus pada keluarga dulu. Bila dah besar anak , baru boleh kembali jaga badan. Utamakan mereka terlebih dahulu. 

Haaa.. lebihkan protein semulajadi. Fiber tu penting juga tau ! Ayam , ikan , telur mesti ada dalam diet harian. Sayur pun. Manakala buah buahan , aku buat  dalam bentuk cecair. Aku buat jus detox jer. Senang nak kasi kat anak anak juga. Alhamdulillah. Dan bagus untuk buang toksin dalam badan. Kalau nak kurus, part ni kena amik tahu yer..

Dan suppliment tambaha yang aku amik ialah MMX Whey Protein. Dah bermacam macam jenis whey protein aku cuba. Tapi yang MMX Whey protein ni memang sangat sesuai dengan aku. Whey protein ni banyak kegunaan dia. Jangan ingat untuk besarkan otot je tau. Haaa ! Ramai salah anggap part ni. Kang ingat asal nak sado jer, amik whey protein. Huhuhu.. Boleh baca kat artikal aku yang lepas ni.. Baca Whey Protein Mampu Turunkan Tekanan Darah Tinggi ? 


Haaaaa... Bagi mereka yang dah bersenam tapi payah betul nak hilang lemak tu... aku leh cadangkan satu produk ni. Aku dah cuba beberapa jenis fat burner yang ada di pasaran. Kesan sampingan yang aku sering rasa ialah sakit kepala yang amat sangat ! Sangat tak sesuai yer ! Haaaa.. 

Kemudian satu hari ni.. aku mencuba satu air tin yang dijual di gym. Setiap kali aku gi , aku beli setin air yang kononnya boleh kasi shred ! Haaa.. Pertama kali tu aku nak cuba dan terus tertarik. Maka setiap kali aku ke gym tu, aku beli. Memang ada nampak kesannya sebulan dua selepas tu ! Aku pun mencari info mengenai produk tu. Dan kemudian aku dapati kandungan yang ada dalam produk tu, sangatlah bagus ! L-Carnitine ! Pergh.. aku tak tau pun pasal menda ni. 

Dan menariknya , aku tak sakit kepala langsung dan bacaan tekanan darah pun normal jer. Maka aku berkeyakinan L-Carnitine ni sesuai aku amik selepas bersenam. Banyak kelebihan pada mereka yang bersenam ni yer. Boleh baca mengenai L-Carnitine dan apakah ada kesan sampingan ? Boleh rujuk di dua artikal ini.. 

Rujukan untuk L-Carinitine : 

1 ) HealthyCatchup.com :  L-carnitine - bahaya! Adakah ini benar?
2 ) Doktor Sehat : L-Carnitine: Sumber, Manfaat, dan Efek Samping

Ok.. 2 minggu ni aku guna MMX Amino Shredd dari Nutrion Pro ni. Tapi bukanlah aku amik hari hari yer. Aku amik 3 kali seminggu. Ikutkan dari aturan dia, sehari tu nak kena amik 3 kali baru menjadi ! Heee.. 





Kelebihan MMX Amino Shred ialah satu satunya gabungan pembakar lemak tidak meransang dengan asid amino yang sesuai untuk mereka yang inginkan badan yang lean. Amat sesuai digunakan selepas latihan bagi mengoptimumkan pemulihan otot juga. 

Kandungan BCAA di dalam MMX Amino Shred ini mampu meningkatkan metabolisma seterusnya membakar lemak secara semulajadi. Kandungan 2 dalam 1 ini menjimatkan. Tak perlu nak beli berasingan dah. 

Dan pastikan pasangan dia ada juga yer ! Kang kurus je.. tak cun lak ! Guna MMX Whey Protein juga untuk pastikan pemulihan otot yang cukup maksima agar dapat bersedia untuk sesi latihan yang lain pulak. Kalau tak, nanti keletihan dan otot pun tak sihat. Sesuai untuk lelaki dan perempuan yang nak turunkan berat badan. 

Tak susah pun nak minum. Satu scoop jer dan campurkan dengan air suam sebanyak 200ml-300ml. Kemudian shake guna shaker. Hehehe.. senang ! Ambil 3 kali yakni pagi selepas sarapan, selepas belatih dan selepas makan malam.  Ada satu perisa buat masa ni iaitu Epal hijau yang sedap !

 
Korang boleh dapatkan MMX Amino Shred ni dan juga MMX Whey Protein di web rasmi Nutrion Pro. Juga boleh dibeli melalui  Shopee and Lazada. Boleh juga terus ke outlet Nutrition Pro yang berhampiran anda. Rujuk Senarai Outlet Nutrion Pro.

Facebook Nutrion Pro : https://web.facebook.com/NutritionProMalaysia
Instagram  Nutrion Pro : https://www.instagram.com/nutritionpro.my/
Web Nutrion Pro : https://nutritionpro.my/

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments




Dup dap.. dup dap ! Jantung aku.  Aku masih tidur. Tapi tak lena. Otak masih bergerak. Dok fikir.. nak tengok ke tak ? Nak tengok ke tak ? Masa final COPA ari tu, aku tengok dan kecewa la... Hahahaha.. Malas nak ulas game Brazil ngan Argentina tu. Tapi yang aku tahu, sejak kecil lagi cam tu laaa.. Apa saja game aku tengok, mesti kalah. Ada la yang menang tapi team tu hampir hampir kalah gak la ! Hahahaha.. Terfikir gak aku.. suwey ke aku tengok live ? Hahahaha.. Tak baik tau pikir macam tu ! 

Tak pe la... Kang aku bangun sahur, tengok keputusan je la ! Dan jam 530 pagi , wife kejutkan aku. Terus ke meja makan untuk bersahur. Makan telur setengah masak 3 bijik jer. Alhamdulillah. Siap sahur. Aku bukak phone. Mencari keputusan perlawanan di Twitter. Mencari trending terkini yang boleh aku tulis di blog. Dan tiada lagi keputusan ! 

Aku bukak Facebook.. Ternampak satu video ni.. tertulis LIVE ! Dan seperti yang aku jangkakan... penentuan melalui sepakan penalti ! Hahahaha.. Sapa yang tengok dari jam 3 pagi tu mesti menguap punya pagi nanti. 

Aku terus tonton.. Team Itali amik sepakan. Tak masuk !! Hampehh laa ! Tiba tiba video sangkut. Aku refresh... Team Itali dah jaringkan gol. Kedudukan sama dah. Pastu video tu terputus dah. Dia suruh bayar kalau nak tengok ! Hahahaha.. Cilakak tu.. 

Owh.. aku teringat satu app tonton live secara percuma yang aku download. Kawan aku kasi. Hehehe.. Aku bukak... Itali dah meraikan kemenangan. Cehhhhh... Tengok ulangan je la nanti. Hahahaha... Adoilah... 

Nasib baik Itali menang.. Kalau tak, ramai je rakyat Malaysia mengaku lahir kat Itali ! Hahahahaa.. Viva Italia !!! 
 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku tahu.. ramai yang tertekan dalam diam. Aku tak nafikan , aku juga begitu. Pelbagai alasan. Hilang pendapatan. Rindukan keluarga yang jauh di mata. Yang risaukan pelajaran anak anak. Kehilangan ahli keluarga tercinta. Yer, aku tak dapat membantu. Cuma aku dapat berdoa semoga Allah berikan ketabahan, rahmati kalian semua. Allah sedang menguji kita semua. Baik yang kaya... yang miskin. InshaAllah, akan ada hikmah menanti kita semua. 

Kita yang dewasa ini sedang tertekan. Bayangkan anak anak kita. Tak boleh keluar rumah.. tak jumpa kawan kawan. Ditambah lagi 'dipaksa' belajar secara maya. Bukan mereka tak nak tapi payah nak faham dan terpaksa ibu bapa membantu. Tak pe la.. kita buat mana yang termampu. Jangan kita saling memaksa. 

Bagaimana nak elakkan tekanan perasaan ? Pertamanya , mestilah dekatkan diri kita pada Allah. Kedua.. yang ini penting. Ramai tertekan kerana mereka 'keletihan' mental dan fizikal. Tidur awal. Bangun awal ! Tak boleh tidur awal ? Mudah jer.. Di siang hari , jangan tidur. Banyakkan aktiviti fizikal. Bersenam selepas subuh. Buat yang biasa biasa pun dah memadai. Atau sekarang ni tengah popular jump rope atau skipping. Sejam je dah ok. Kalau takda, buatlah senaman asas. Di Instagram , di Youtube, di Facebook... ada je mereka yang sudi kongsi video secara percuma. Ikut je mana yang termampu. Ingat ye... Tidur awal ! Kita jadi stress bila kita tidur lewat. Jangan ingat kita tidur lama di siang hari tu dah cover tidur kita tu. Salah tu ! Tu yang buat kita rasa lebih rasa lemah dan tidak bertenaga ! 

Yang ketiga pula.. jaga pemakanan ! Apa yang korang makan tu, akan pengaruhi korang dalam tak sedar ! Kuantiti pengambilan makanan juga penting. Jangan asyik makan... makan dan makan ! Bila perut membusung , korang mula stress ! Berat badan naik. Kemudian datanglah penyakit seperti tekanan darah tinggi dan juga diabetis. Organ dalaman mau jaga selain otak dan hati ! 

Keempat.. luangkan masa bersama anak anak di sebelah petang. Letak semua gajet. Duduk bermain dengan mereka. Berbual ke.. apa saja. Asalkan bersama mereka. Perlu kita tau, di ketika ini masa yang kita ada kadang kadang boleh hilang sekelip mata ! Nah.. tengok saja keadaan kita sekarang. Dulu kita boleh balik beraya di kampung. Tapi ada yang tangguh kata , tahun depan pon boleh.. atau esok esok la aku balik. Sapa tahu kita ada 'esok ' dah sekarang ni ?? Esok belum tentu ada untuk kita ! 



Kelima... buat perancangan. Jika dalam kesukaran, dapatkan pertolongan rakan rakan. Minta pandangan mereka. Minta bantuan mereka. Ramai je sudi membantu dalam ketika ini. InshaAllah. Ada jalan keluar. Jangan seksa diri anda dengan memikirkan sesuatu yang terlalu jauh untuk difikikan. 

Bersabarlah. InshaAllah... kita akan berjaya tempuhi bersama sama. Buat masa ini, stay strong ! Tarik nafas dalam dalam dan lepaskan perlahan lahan.. Lakukan berulangkali sebanyak 20 kali.  InshaAllah anda tenang. Kalau rasa berat sangat dada tu , ambil wudhu.. dan sujudlah kepadaNya.  Merayu dan merintihlah. Pintalah.. mengadulah... Jangan dipendam. 



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Dalam minggu ni dan juga minggu depan , jangan terkejutlah jika kes positif makin tinggi terutamanya di kawasan PKPD seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tu satu petanda yang baik yang mana petugas petugas Kesihatan mengesan kontak kontak dan juga membuat saringan di kawasan yang terlibat dengan kluster kluster dan juga saringan bersasar. Segalanya untuk memutuskan rantaian Covid 19 ni.

Ada yang beranggapan.. kes terus turun ! Adoilah.. termasuklah sorang YB ni. Bagus bagus dah tapi sesekali aku nampak dia dok sibuk nak join provokasi ! Buatlah kajian skit yer. Dan aku yakin dia pun tau cuma terikut emosi gitu. Jangan YB..jangan ! YB teruskan bantu rakyat di kawasan masing masing. Jangan kasi up kemarahan rakyat di media sosial. Sepatutnya bantu tenangkan rakyat. 

Di Selangor.. kita tahu punca kes yang besar besar ni dari mana. Dan terbaru katanya MITI membenarkan kilang kilang tertentu untuk beroperasi demi memastikan bekalan keperluan mencukupi. Bagus tu baguslah. Tapi sila pantau kilang kilang tu setiap hari ! Nak lagi bagus.. sediakan penginapan untuk mereka di kawasan  khas. Ini untuk elakkan mereka dari dijangkiti melalui rakan rakan mereka yang lain.

Tapi bagaimana pula dengan kluster komuniti ? Ni pun satu hal lagi. SOP hancur.  Masih ramai gagal nak ikut SOP yang disarankan kerajaan. Senantiasa guna sanitizer. Elakkan sentuhan. Penjarakan fizikal.  Elakkan kunjung mengunjungi. Berbual dekat dekat walauun pakai face mask ! Adeh.. buat masa ni, ikutlah... Dan pelbagai jenis varian ada di dalam negara. Sekejap je boleh menjangkiti kita. Dengan sedikit kecuaian.. kelalaian , kita dah mungkin jadi pembawa dan juga pesakit ! 







AKTIVITI SARINGAN BERTUMPU (TARGETED SCREENING) DI KAWASAN PKPD 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021. Semasa PKPD, aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu (targeted screening). 

Aktiviti pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala telah dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes COVID-19. Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti. Selain itu, KKM juga menjalankan saringan ke atas 10 peratus dari penduduk yang tinggal di kawasan PKPD tersebut dan keutamaan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi. 

Justeru, jumlah kes harian COVID-19 dijangka meningkat berikutan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan awam. Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021. 

Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021. PKPD yang dilaksanakan adalah berdasarkan penilaian risiko di kawasan tersebut. Hasil saringan bersasar ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD tersebut. 

Orang ramai dinasihatkan untuk terus kekal berada di rumah, menjalankan saringan jika bergejala atau kontak rapat kepada kes yang disahkan COVID-19. Bagi mereka yang mempunyai keputusan positif samada RTK Antigen atau RT PCR, dipohon untuk memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah atau melakukan notifikasi kendiri (self notification) menggunakan aplikasi MySejahtera. Kemudian hadir ke Clinical Assessment Centre (CAC) untuk penilaian seterusnya. - 

KPK KKM -

 
Patuhi SOP. Rasanya korang pun dah tahu sekarang ni , wad wad dah dilimpahi dengan pesakit Covid 19. Petugas Kesihatan pun dah lesu. Pandai pandai la jaga diri yer. Dan tolonglah bantu kerajaan dengan membuat teguran pada rakan rakan yang terlupa nak patuhi SOP. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 


Terkedu ! Sejak akhir akhir ni , banyak je ajaran sesat muncul. Tu yang kecil kecil punya. Yang dah berkembang pesat ? Fuh.. bahaya betul jika tidak dibendung. Merisaukan jika anak cucu kita jadi mangsa mereka yang bijak mengambil kesempatan atas kelalaian , kelemahan dan juga kecuaian. Maka sebaiknya kita dan mereka yang bijak pandai bendung masalah ini sebelum menjadi barah dalam negara kita. 

Jom baca mengenai Qadiani , salah satu ajaran sesat di negara kita. 

AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Ajaran ini diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar. Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu.



Mengapa Ajaran Qadiani Diisytiharkan Sesat?

1. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Katanya : 

" Demi Allah yang nyawa saya di tanganNya. Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti,".

2. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya.

3. Mirza Ghulam Ahmad mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh Allah dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

4. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya mempunyai Mukjizat. Katanya :

"Nabi Allah itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta"

"Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya,".

5. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.

6. Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad.

"Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad,".

7. Mirza Ghulam Ahmad turut melakukan tahrif Al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci Al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya. 

8. Malaikat sebagai pancaindera tuhan.


Disebabkan dakwaan-dakwaan itu, Fatwa Selangor pada 24 Disember 1998, kerajaan negeri Selangor telah memutuskan bahawa : 

1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.

2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah. 

3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani seperti yang dinyatakan di atas. 

4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut :

- Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II) 

- Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema'at Ahmadiah

- Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain Bin Hasan

- The Holy Quran With English Translation and Commentary (Vol II, Part 1) yang dikarang oleh M Mas'ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 telah diperincikan lagi pada tahun 2000 iaitu :

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganut ajaran Qadiani telah menjadi murtad, akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah : 

1. Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 46, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984.

2. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya

3. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya

4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.


Hurm... berhati-hatilah kita yer. Jika ada sebarang persoalan mengenai agama ni, rujuklah pada yang arif dan bijaksana. Jangan main sebat je angguk. Naya kita nanti. Maklumlah.. ada 73 pintu.. ada 73 jalan.. tapi satu je yang yang akan sampai ! 

Rujukan : Majlis Agama Islam Selangor


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


 Aku duduk sebelah dia. Update blog aku. Dia pula sedang belajar kelas tambahan bersama FlyHigh Training Centre.  Mata pelajaran kegemaran dia, Sains. Ada beberapa kelas yang dia amik dan ternyata banyak perubahan positif. Alhamdulillah..

Tiba-tiba dia bersuara.. " Daddy , nanti nak baca blog daddy yer. " . Aku tergamam seketika. Alamak. Dia nak baca ? Adoi laaa... masalah ni ! Hahahaha.. Camana nak jawab eh. Takkan nak kasi. Tapi kalau kasi pun, rasanya tak sesuai untuk dibaca oleh dia sebab gaya bahasa dan tatabahasa, struktur ayat yang ke laut dalam. Bukan sesuai untuk dibaca oleh golongan yang baru nak memahami karangan. Hahahaa.. Kang  dia tiru ! 

" Qhaliff baca kang kat handphone Qhaliff. Bukak je link blog daddy. Ok ? " jawab aku. 

" Terima kasih , daddy. " tersenyum dia. 

Semalam.. Dia tanya aku , di depan mak dia. " Daddy, kenapa dalam blog daddy ada tulis... bla bla bla.." . Aku terkedu. Aku pandang wife . Wife cakap memang Qhaliff lama dah dok baca blog aku. Aku tepuk dahi ! Adeh.. Baca sungguh la dia pun. 

Tak sangka dulu aku dok bercerita pasal dia. Sekarang dah kena skip cerita pasal dia. Risau lak nak cerita pasal anak anak. Kang merajuk jika tak kena cara. Yelah , nampak cam berat sebelah atau lebihkan yang lain. Sekarang ni pun dah pandai sentap. Hahahaha.. Dok tanya kenapa asyik dia je kena suruh buat kerja. Yang lain tak. Walhal yang lain kena suruh gak. Hahaha.. Tapi mestilah dia lebih sebab dia anak lelaki dan abang long ! Perlu ada tanggungjawab. Jangan dah besar baru nak belajar ! Huh...

Oh ya.. kalau koranng ada anak yang perlukan kelas tambahan , aku syorkan join FlyHigh Training Centre ni.  Memang berbaloi la. 

Boleh hubungi : 

Watsap.my/60126509622
Wasap.my/601156998919 
Wasap.my/601127166046







Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Tak dinafikan ianya berlaku dah pun sekarang ni. Merisaukan ? Hurm.. bagi aku , ianya memang merisaukan lebih lebih lagi jika silibus yang sedia ada perlu diikuti. Memang garu kepala dik oi ! Aku sendiri boleh menangis woiii ! Hahahaha.. 

Paksa anak anak belajar ? Ko giler ke apa ? Dah la mereka ni terkurung lama dah. Aktiviti luar takda. Main dalam rumah pun, kena marah. Pastu suruh belajar.. belajar dan belajar ? Elooo ! Kita yang satu ketika dulu bebas pun, kalau asyik dok belajar saja.. boleh tertekan yer ! Masing masing tak sabar menanti cuti sekolah untuk rehat dan bermain ! Bermain di luar rumah yer.. Bukan dalam rumah ! 

Budak budak sekarang ni.. aku tak rasa diorang ni bermasalah. Cuma mereka ni tak diajar dengan teknik yang betul. Ditambah lagi dengan tekanan yang mereka hadapi.. cikgu yang mengajar pula dok tertekan dengan kejar silibus ! Mampus ! Atas bawah kena. Yang nak tau... setiap kali ujian besar , ramai je berjaya ! Hampehhh ! Apa jadi pada emosi budak budak tu, sapa pun tak tau. Mereka tertekan dalam diam. 

Kenali anak anak kita. Hanya ibu bapa yang prihatin akan nampak di mana kelebihan anak mereka. Contoh macam Zahra... dia ketika tadika dulu, memang teruk la. Tapi aku biarkan je. Biar dia enjoy di tadika. Berkawan dan bermain. Bila masuk Tahun 1, ajar asas. Membaca dan Mengira. Bab nak jawab soalan di luar kotak tu...biarlah dulu ! Aku nak dia tau apa dia buat. Bukan sekadar hafal untuk lulus peperiksaan.

Begitu juga dengan Qhaliff.. Aku tahu kemampuan dia. Aku tak harap dia jadi genius atau ada IQ tahap Najib Tun Razak tu.. memadailah dia tahu apa yang dia buat tu...dia boleh jawab dan selesaikan dengan baik. Nasib baik ada kelas tambahan yang dia ikuti setiap hari. Aku suruh dia duduk , tonton dan jawab. Betul atau salah, tak pe.. Yang penting , dia ikuti. Pastu nak main.. mainlah.. 

Aku cuma berharap.. selepas berakhirnya pandemik Covid 19 di Malaysia dan dunia ni, Kementerian Pendidikan kaji semula silibus yang ada sekarang ni. Mungkin boleh masukkan skill skill survival dari awal lagi. Kita dah nampak kan kesan pandemik untuk kita. Tu belum lagi jika berlakunya Perang Dunia. Bagaimana nak survive jika tiada kemahiran ?

Oh ya... bagi yang ada anak di Tahun 5 dan 6 , mencari kelas tambaha... boleh cuba di FlyHigh Training Centre ni. Aku memang syorkan sangat. Qhaliff yang amik untuk Tahun 3 pun dah banyak perubahan dia terutamanya Bahasa Malaysia dan Matematik. Sebelum ni lemah sungguh dia. Huhuhu.. 



SEMINAR IMPAK MAKSIMUM 2021 GURU CEMERLANG

BM • BI • MATEMATIK • SAINS 
UNTUK TAHUN 5 & 6
TERHAD KEPADA 100 PELAJAR SAHAJA


🎓Teras PBD dan DKSP
🎓Persediaan awal melangkah ke sekolah impian(PKSK/UKKM)
🎓'Wrap up' sessi Sekolah Rendah

🍂 Yuran:-
1 Subjek-RM50
2 Subjek-RM100
3 Subjek-RM150
4 Subjek - RM180

Tenaga Pengajar
🎓 GB Shahril 
🎓 Sir Hazwan
🎓 Cikgu Bob
🎓 Cikgu Shukry Supaat

RABU
🎓 Bahasa Melayu
🕰️ 8.00am - 11.00am
🎓 Matematik
🕰️ 2.30pm - 5.30pm

KHAMIS
🎓 Bahasa Inggeris
🕰️ 8.00am - 11.00am
🎓 Sains
🕰️2.30pm - 5.30pm

Tarikh Bengkel
1) Sesi 1 - 29 & 30 Mei 2021
2) Sesi 2 - 21 & 22 Jul 2021
3) Sesi 3 - 28 & 29 Ogos 2021
4) Sesi 4 - 25 & 26 Sept 2021

💥💥💥💥💥💥💥💥💥

Pertanyaan & Penyertaan :
Watsap.my/60126509622
Wasap.my/601156998919 
Wasap.my/601127166046


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
 

Termenung ! Apa akan jadi pada aku selepas 6 bulan ? Sejujurnya.. aku pun tak tau apa boleh jadi pada aku , sebentar lagi ! Samada tak ambil vaksin atau dah ambil... soal ajal ni , bukan hak kita. Aku bukanlah yang arif untuk bicarakan soal ajal maut ni. 

Bagi aku la... kalau nak persoalkan semua ni, boleh jadi giler bang ! Aku tak nak pertikaikan apa apa. Sekarang ni aku serahkan pada yang bijak pandai. Aku mampu berfikir dan buat keputusan. Dan buat masa ini , keputusan aku nak bantu kerajaan putuskan rantaian Covid 19 yang mana telah membuatkan ramai rakyat Malaysia hilang punca pendapatan dan juga kemurungan.  Salah ke ? 

Aku tak nak persoalkan bab makanan sunnah kerana aku dah lama pun amalkan. Memang banyak membantu dari dulu. Minyak zaitun, madu, habbatus sauda. Bukan baru sehari dua aku nak telan ! Lama dah woii ! 

Letih nak berlawan hujah bab ni. Selepas melihat kawan kawan rapat  aku ada yang dimasukkan wad dek kerana Covid 19.. bukan saja positif tapi bertarung nyawa untuk kembali pulih dan sihat.. ko rasa semua ni satu sandiwara lagi ? Setiap hari aku membaca posting rakan rakan di Facebook , pemergiaan orang tersayang.. kehilangan ibu dan ayah.. ko rasa ianya drama petang petang untuk menagih simpati?

Percaya atau tidak.. kita sedang berperang. Kalau zaman arwah ayah aku dulu, mereka berperang dengan Jepun dan komunis.. Dan ianya kembali... kita berperang lagi ! Tapi kali ni berbeza walaupun ianya berulang. Kenapa ianya berlaku ? Hanya Allah saja mengetahui. 

Tapi yang pasti.. aku sangat bersyukur kerana berlaku di negara kita , ketika ni. Kalau kita fikirkan kembali keadaan sebelum pandemik.. ianya sangat sangat sangat menakutkan ! Cuba ingat kembali keadaan sebelum pandemik. Apa yang berlaku ketika tu ? Dan Covid 19 telah mengubah cara hidup kita. Tu pun masih ramai tak sedar diri dan terus leka dan alpa seolah olah dia akan hidup untuk 100 tahun lamanya. 

Kau nak percaya atau tidak.. suka hati kau ! Tapi jangan susahkan orang lain. 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


 Hari ke 3 selepas disuntik. Hari pertama, Jumaat. Hari ni, Isnin. Kira hari ke tiga la kan ? Huhuh.. Selepas disuntik di Klinik Kesihatan.. memang takda rasa apa la berbanding dos pertama yang mana terasa la lengan mula lenguh selepas sejam disuntik Yang dos kedua ni, sehari baru terasa tapi hilang bila aku workout. Tapi bahagian bahagian badan aku yang bermasalah sebelum ni cam leher, pinggang, lutut... terasa lain macam ! Haaa... tapi sekejap je la.

Yang paling ketara kesan sampingannya ialah nafsu makan dan mengantuk. Asyik nak tidur jer dan kelaparan. Pergh.. dia punya nafsu makan ,wife tengok pun pelik. Dia tanya aku takkan macam tu sekali. Aku jawab... "Tunggu awak punya turn lak. nanti tau la , camana punya lapar ! ".

Makan makan dan makan. Nak selamat , tidur awal ! Tapi selepas dua hari asyik makan.. terasa satu hal lagi. Rasa nak memerut tapi bila masuk tandas.. payah benar nak keluar. Bila gangguan penghadaman ini  berlaku, awas.. tu bahaya ! Kenapa ? Kepala akan  sakit ! Tidur terganggu. Ini yang berlaku pada aku semalam..dek kerana banyak sangat makan dan makan tak seimbang ! Jarang berlaku pada aku melainkan aku main bedal je makan. 

Apa yang aku buat ? Aku mengantuk tapi tak leh nak tidur sebab sakit kepala. Awalnya aku tak syak sebab perut tu. Aku ingat sebab aku tak cukup rehat. Aku amik sebijik panadol. Makan. Terasa lega tapi masih belum boleh tidur ! Perut terasa memulas tapi tak nak keluar. 

Teringatkan aku ada beli satu produk yang mana aku pernah buat review dan ianya sangat sesuai dengan aku dek kerana bahan yang digunakan tu, adalah bahan yang aku suka gunakan ketika buat jus detox.. heee.. aku bancuh dan minum. Boleh baca di review Demitox.

Dan tak sampai setengah jam.. terasa dah lain macam. Aku masuk tandas dan tunaikan hajat yang tertangguh. Alhamdulillah... dua kali masuk tandas , akhirnya aku dapat tidur lena ! Dan subuhnya, aku bangun tanpa rasa sakit kepala dah. Huhuh.. Terasa segar tapi mengantuk tu ada la. Mungkin dek kerana cuaca sejuk. Heeee.. Yang pasti, sekali lagi masuk tandas dan lega sangat. Huhuh.. 

Hari ni dan hari seterusnya kena kembali jaga diet pemakanan. Tak leh main lantak dah. Jangan dok salahkan vaksin je. Hahaha. Aku tanya mak aku yang sama hari amik vaksin yang juga dos kedua. Dia pun takda kesan sampingan melainkan nafsu makan yang membuak je la. Ok la tu.. 

Buat rakan rakan yang nak amik vaksin tu... nasihat aku , satu je. Jaga makan. Elakkan pengambilan gula yang tinggi yer.. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Akhirnya main di Disney Hotstar. Tak la menunggu kemunculannya tapi tertanya gak la best ke tak. Aku ingatkan bersiri rupanya tak. Filem ni dah main tahun lepas. Aku je tak tau. Huhuh.. Bukan tak amik tau tapi tak tau. Aku support je filem tempatan cam citer Paskal , Mat Rempit atau Top Gun tu. Tapi faham faham je la. Nak dapat filem tempatan yang menepati selera tu.. payah skit. Bukan tak da.. tapi payah. 

Zombietopia... lakonan Sam, Bront dan entah sapa lagi. Aku tak kenal sangat muka muka baru. Heee.. Aku tengok pun baru setengah pastu dah tukar ke cerita lain. Bukak cerita kartun..kasi anak anak aku tengok. Aku tidur ! Dapat gak sambung cerita tu dalam mimpi. Aku jadi hero dia. Berkesan gak la. Hahaha.. Gurau gurau. 



Ok.. pendapat aku ? Idea tu ada. Jalan cerita tu menarik. Tapi tak real. Dengan zombienya. Pastu babak Sam kena gigit berjemaah. Kita tau zombie tu bukan vampire. Dia makan daging. Lain la zombie Kampung Pisang.. makan otak.

Sampai kat satu babak ni... aku terhenti ! Dia kena gigit. Tapi kat perut dia dibalut. Erk... Adeh.. Kalau buat novel , mesti lagi best ! 



Aku cuba tonton lagi untuk seketika babak ni. Kot kot la dia mimpi diserang zombie tapi tak. Haa... oklah. Boleh layan la sebab ada awek cun dalam tu berlakon. Sam berlakon pon ok. Aku tak salahkan pelakon pelakon filem ni tapi.. tu la... sebagai peminat citer zombie , ni satu kegagalan la. Belum capai tahap menakutkan bila tonton. Huhuh.. Qhaliff takut la tengok. Hee.. aku tak. 

Sila cuba lagi. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes