Muhhehe... guwau je ler.... Ni mesti budak ni geram sangat kat anak kucing nih... Hehe..
Jadi , buat mereka yang bela kucing di rumah ..janganlah seksa kucing.. Kalau mereka mampu bekerja untuk mendapatkan tulang ikan , aku rasa lama dah mereka bekerja .. kan ? Mereka pon tak nak harap simpati dari manusia namun apa yang ada sekarang , adalah sebaliknya .. Simpati , kasihani dan sayangilah mereka..
Didik anak anak kita menyayangi binatang . InsyaAllah mereka memahami erti kasih sayang dan takkan tinggalkan orang tua mereka di rumah kebajikan ... :)
Jika fizikal yang menjadi ukuran untuk menentukan kecantikan , maka kita akan hampa.. Jika budi bahasa juga diukur sebagai kecantikan , kita pon turut hampa ..
Seimbangkan .. Tiada yang buruk di sisi Allah kecuali sememangnya dia sendiri yang memburukan dirinya sendiri ..
" Ahh... Tak kira ! UFO ke , gajah ke.. dinasour ke.. kalau dah parking sini , saman tetap saman ! "
Sambungan dari episod .. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10][11] ..
" Camana dia leh teka blog aku dengan tepat ? Apakah blog aku dah popular ??? Wahhh.. Dasyat la kalau gitu ! " .Hati aku melonjak riang !
" Er... Camana Adawiyah boleh tahu yang blog saya tu BEN ASHAARI ? ". Aku tanya Adawiyah untuk kesahihan.
" Tuuuuu.. kalau dah pakai baju Kelab Blogger BEN ASHAARI tu dan nama pon dah BEN , senang sangat la teka .. kan ? ". Adawiyah tersenyum.
Aku tersengih. Aku rasa macam nak lari ke tingkap dan ..
Sebab terlalu malu ! Syok sendiri kata orang ! Tersedar terus aku dari lamunan .
" Eh.. Adawiyah add aku di Facebook. Dengan nama aku begitu , senang sangat la nak search di FB ni .. Hurm.. Nak accept ke tak nak ? Tak best la nanti.. Kang tak accept , sombong lak .. Nape Riana tak add aku ??? " . Aku tertanya sendirian .
Pertanyaan aku itu diteruskan dengan mencari id Wan Kembung. Jumpa ! Mamat ni mesti ada add Riana memandangkan dia dah syok kat Riana.
"Hurm.. ada beribu kawan mamat ni ! Takkan aku nak geledah sorang sorang kot ? ". Tapi tak mengapa. Berbekalkan pengalaman dalam dunia Facebook , pastinya aku mudah menjejaki mereka yang baru terima rakan baru dengan melihat di wall mereka .
" Yes !! Kata dahhhhh .. Amboiii.. Adriana Muhd Yusof rupanya nama dia .. Nak add ke tak nak ? Kang kalau aku add , dia mesti ingat aku terhegeh hegeh..Ilanglah macho aku ... Eh ???? Adawiyah pon ada dalam list dia ??? Takkan dua dua dia nak rembat kot ?? ". Aku menghela nafas. Nak geram , kawan. Takkan nak gaduh pasal perempuan kan ?
Jadi , aku nak add mereka ke tak ni ?
-SAMBUNG-
Maha Besar Allah .. Tiada yang sempurna melainkanNya..
Hari ni , aku bersihkan rumah dari A-Z .. wife ada tolong setakat termampu je la.. tak kisah pon.. Dah tau dia mengandung dan tak boleh buat kerja berat.. Jadi , aku kena amik alih.. Suka atau tidak , ikhlas atau tidak ..kena buat !
Memula wife kesian kat aku .. Nak upah orang gaji ikut jam.. Tapi aku tamo .. Bahaya.. Zaman ni macam macam bentuk jenayah ada .. Tak boleh nak dijangka.. Kang diorng datang rumah , periksa sana sini , tau akan 'kelemahan' rumah kita.. haaa.. selamat !! Kena ada curiga sedikit.. Lagi pon kena bayar , mahal gak wooo.. Kena jimat skang ni .. Lebih lagi zaman cukai ni .. perghh..
Abis kemas rumah ... aku ajak wife g beraya kat rumah jiran. Ada open house.. Dijemput gitu la... Tu pon dah lewat petang.. Sebab sebelum tu , orang tua aku datang..
Nak dijadikan cerita , berborak la pasal mengandung ni .. Pakcik ( tuan rumah ) tu cakap , ni la masanya suami mengambil tugas isteri .. Nanti dah ada anak , suami tau dah nak buat apa bila isteri tak sihat .. Nak kemasa rumah , jaga budak , masak .. Semua tu bukan saja memerlukan skill tapi KESABARAN !
Betul jugak kata dia.. Mmg mencabar betul ! Serius .. bukan semua lelaki mampu sabar pada mulanya .. Tapi lama kelamaan , alhamdulillah.. Bak kata orang , SABAR JE LA..
Sempurna kan ? Sebelum ada anak , suami 'dilatih' bersabar dengan kerenah isteri kerana karenah isteri ni lebih mencabar dari anak-anak ! Haaa... Isteri pulak , 'dilatih dengan mengandung selama 9 bulan sbb nak jaga baby tu semasa kecik .. Nak dukung.. menangis dia.. Pastu dengan , mual dan mabuk isteri tu agar senantiasa berjaga malam agar nanti dah ada baby tu , tak sukar nak jaga malam !
MasyaAllah ... tak terfikir aku .. Ni aku fikir selepas pakcik tu cakap .. Jadi , buat mereka yang senantiasa dok terpinga-pinga akan suatu kejadian dan tidak dapat fahaminya dengan tepat , ada baiknya terima saja akan keadaan itu dan insyaallah , satu hari nanti , kita akan faham juga...
Kalau kapal terbang gini , ok lagi.. Kalau yang takde bilah kipas tu camana lak ? Haaa.. yang macam skang ni la... hehehe... Cuba bayangkan.. Pergh... Tak terbayang !
Episod sebelumnya .. [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10]
" Wah.. ada komen dari si anon .. Memang dia dah lama follow blog aku rupanya.. Tapi kenapa guna anon ? Hurm .. " . Aku membaca semula entri yang baru aku karang sejam tadi. Cepat benar dia meninggalkan komen. Pembaca setia blog aku nampaknya dia ni.
Cinta datang dan pergi ,
Yang tinggal derita hati ,
Usah gundah dibawa ke mati ,
Semua itu takdirnya Ilahi.
Cinta datang dan pergi ,
Kita tetap berdiri di sini ,
Mencari sesuatu yang abadi
Rupanya tersemat selamanya di hati .
Cinta yang datang dan takkan pergi ,
Cinta hanya pada Ilahi ,
Tiada dua mahupun imaginasi ,
Segalanya kekal hingga ke syurgawi .
Cinta kita takkan mati ,
Jika kau berjanji takkan mungkiri ,
Biarlah rancang diizin Ilahi ,
Agar bahagia serta diberkati .
Cinta datang dan pergi ,
Andai putus tiada lagi ,
Tidak semestinya aku benci ,
Kau tetap aku ingati !
- Ben Ashaari 2011'
" Hurm... sajak ini rupanya.. Lama sudah aku karang tapi tak pernah aku publish sejak aku seorang diri. Entahlah . Nak mengeluh kerana cinta , bodoh benar aku ni. Yelah , wanita adalah ciptaan Allah yang paling cantik. Kenapa aku perlu persiakan hidup ini yang hanya sekali saja hadirnya ? Tapi dalam cantiknya wanita , penuh onak dan berduri. Silap haribulan , neraka aku pergi.. Heheh.. " . Tersenyum sendirian .
" Dok ingat girlpreng la tu ! Baca buku lagi bagus abang oiiii !! Ni dok mengelamun siang malam ! " . Adik aku mula nak membebel.
" Aku mengelamun , duit masuk.. Bukan cam hang ! Mengelamun , asap je masuk , wat paa ! " . Aku balas.Terus dia masuk ke dalam bilik.Malas nak layan aku la tu.
Kembali teringat saat tadi bersama dengan Adawiyah.
" Ben , nak tanya boleh ? ". Adawiyah mulakan perbicaraan setelah aku membisu seribu bahasa.Segan dengan perempuan sebenarnya aku ni apatah lagi bila perempuan tu berstatus anak dara.Kalau bukan , senang je .. anggap kakak atau makcik.
" Tanya je ler. Biasa dah saya ni jadi pusat pertanyaan. ". Aku memandang Ada . " Cantik jugak budak ni. Nape aku tak perasan tadi eh . Tapi aku tetap nakkan si Ana tu ! "
"Dari tadi saya tengok awak dok pegang handphone awak tu je sambil menaip tak henti-henti. Buat bisnis online ke ? " . Adawiyah saja nak serkap jarangkah ?
" Tak de la. Dok update blog jer. ". Aku bagi jawapan ringkas. Malas nak berborak bila idea mencurah-curah.
"Oh, iyer ker ? Apa nama blog Ben ? " . Ada masih teruskan perbualan padahal aku cuba mematikan tadi.
" MalaysiaKini.com .. Hehe.. tak la.. blog saya , blog budak budak je.. Cerita ringan.Bukan ada pembaca sangat pon . Sekadar tulisan hati . ". Aku bagi penjelasan dengan harapan dia tak bertanya lagi.
" Ben Ashaari ? " . Langkah aku terhenti.
-SAMBUNG-