Saling berbalas dendam ?

 

Adoiyai anak anakku ini.. kecik kecik lagi dah pandai eh ? Saling sakat menyakat ! Dan mangsa sebenar adalah daddy kamu ni !! Huhuhu…

Bermula pagi hari ..

Qhaliff nak air vitagen. Aku pun gi amik kt dlm peti ais di dapur . Tiba-tiba aku terdengar suara halus datangnya dari ruang tamu rumah aku !

" Zaahraaaaaa... Zahraaaa " .

Cepat cepat aku jengok ! Arghhhhhhhhh..dia gi kejut adik dia yang tengah lena tidur ! Yang puas aku cuba bagi tidur supaya aku dapat buat kerja dengan pantas !

Cepat cepat aku gi ke buaian.. Dan mata Zahra membulat besar !

Ahhh..pakat pakat bangun dah semua ..Adehh.. Apa lagi ? Jom mandi .. sorang sorang ! Aku laaa kena mandikan .. Huhuhuh.. Aku sendiri lom mandi ! Acaner tu ?

Lepas mandikan diorang .. Aku tidurkan balik Zahra .. Qhaliff , memekak laaa dalam rumah.. Saja provoke si Zahra ! Zahra memang bengang sama sekali ..

Akhirnya dia dapat tidur … Dan Qhaliff ? Bermain hingga jam 3 petang ! Dari berbaju berseluar , akhirnya tinggal diapers jer .. Aku tak tau la nape dia bukak semua tu..

Dan terlena juga dia ..

 

Bila si abang terlena , si adik automatik terbukak mata ! Macam dah pakat pakat lak diorang ni tak kasi aku rehat ! Huh .. Ditambah pulak bila idea blogging datang , tapi aku tak dapat keluarkan di blog ! Mau stress gue dibuatnya ..

Best part … Zahra balas dendam !

Dia lonjakkan badan dia ..sedikit demi sedikit .. akhirnya sampai kat abang dia yang sedang lena tidur ! Tau apa dia buat ???

Tarik rambut abang dia tuuuu ! Cepat cepat aku gi amik abang dia sebelum meraung ! Kalau meraung , aku jugak yg penat nanti .. Nak memujuk sorang sorang ! Perghhh..

Adehh.. senang kan duduk rumah ? Goyang kaki ..

12 ulasan:

  1. comelnyer, dah pelbagai gaya dah muncul

    BalasPadam
  2. Memang nampak senang..boleh tidur, boleh tengok TV..tapi tak aman la...terkejar sana terkejar sini

    BalasPadam
  3. hahahaha terbayang mcmne la si bapak terlari2 ngejar sorang2 tu..heheheh sabar ben besar pahala ..ni br dua...hehehehehe zahra zahra.. qhaliff qhaliff :p

    BalasPadam
  4. kannnn....goyang kaki sgt...patut suh encik suami baca blog ni....huhu

    BalasPadam
  5. terbaik abg ben ...tp semuanya manisss untuk dikongsi

    BalasPadam
  6. Gitulah kaedah duk drumah yg org laen nampak mcm lepak jer bersantai2 ea korang nih....adehhh

    BalasPadam
  7. Seronok kan tengok anak membesar depan mata.. dan saya sedang senyum sendirian baca entry ni.. ;)

    BalasPadam
  8. Dendam. Qhalif mulakan dulu. Zahraa pn balas dendam..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.