Jom sertai Projek Wakaf Telekung Siti Aishah 2016

by - Jumaat, Mei 27, 2016


Semalam di Hotel Royale Bintang , Projek Wakaf Telekung Siti Aishah telah dilancarkan. Majlis disempurnakan oleh YAM Permaisuri Datuk Ammar Hajjah Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaungnya
imageimage
Telekung yang dihasilkan oleh dalam satu program yang digelar Azam Kerja kumpulan wanita yang dikategorikan sebagai miskin tegar dibekalkan dengan mesin, peralatan dan bahan mentah untuk menghasilkan produk seperti aksesori wanita dan produk jahitan yang mana dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Bagi mengembangkan usaha mereka serta mengembangkan program ini ke tahap lebih baik agar pendapatan ekonomi keluarga meningkat, mereka kini dilatih untuk bersedia menerima tempahan lebih banyak pada masa akan datang. Sekali gus projek ini mengurangkan sikap bergantung kepada bantuan kerajaan.
Kemudian  mengambil inisiatif melahirkan idea untuk mengadakan projek Wakaf Telekung ini dan menamakannya dengan jenama Siti Aishah setelah mendapat perkenan YAM Permaisuri Datuk Ammar Hajjah Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaungnya.
Program yang dibuat oleh D’or Rue ini mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak, agensi kerajaan, swasta, persatuan, pertubuhan, korposat dan orang perseorangan yang mahu menanam saham akhirat melalui projek ini.
Mereka percaya ramai di kalangan kita yang mahu menyumbang demi kelangsungan ekonomi golongan yang memerlukan. Kami menyediakan jalan kerana setiap sen yang disumbangkan sangat besar ertinya. “Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah ini akan dihantar ke rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, rumah orang tua-tua, masjid, surau, hentian rehat dan rawat (R&R), stesyen minyak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasi untuk menempatkan telekung-telekung yang telah disumbangkan itu juga bergantung kepada permintaan orang yang telah memberikan wakaf dalam bentuk wang.
Harrga wakaf telekung tersebut pada kadar RM35.00 sehelai untuk dewasa dan RM30.00 sehelai bagi kanak-kanak. Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 03- 61841662/667 (waktu pejabat) atau 019-6821965 (Mohd Zaharuddin), 013-3358570 (Wan Farah) 013-2250751 (Norlida) dan 013-3061175 (Rozita).
Sesiapa yang berminat juga boleh datang sendiri ke alamat, D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.
Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
Maklumat lanjut, hubungi Huda Hana Media Communications di talian Rahana MD (012 2813848) atau Nurhuda Khalid (012 3031005 ).

You May Also Like

3 comments

  1. Usaha yang harus dipuji. Semoga ramai yg mengambil peluang ini utk kerana Allah Taala.

    BalasPadam
  2. fuh. pahala sepanjang hayat. usaha yg murni.

    BalasPadam
  3. Semua orang kejar nak buat amal.. so its the right time.

    BalasPadam