Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 21 Oktober 2016

Pelajari Program Detox di The LifeCo Phuket #3

 

Hari ke 3 dan 4 : Program Well Aging , Spa & Beauty , Detox and Cleansing

Sebenarnya apa yang membuatkan program di The LifeCo Phuket ni ialah terapinya ! Kalau terapi tak menarik , mereka yang berada di sini akan jadi cam membuang masa ! Heheheh..

Contohnya di hari ke 2 , ada program kaunseling mengenai Detox. Apa itu Detox sebenarnya dan kenapa ianya penting ! Kelas santai tetapi penuh dengan ilmu.. Dan ada juga kelas anti stress serta anti ketagihan.

Secara jujurnya , andai korang amik terapi seperti kitorang ni .. korang akan rasa sangat berbaloi kat sini walaupun gi merayau atau bershopping di bandar Phuket !

Tak perlu keluar ke bandar sebenarnya sebabnya , sini saja dah cukup untuk korang yang dah cukup tertekan dengan suasa bandar atau stress dengan kehidupan harian !

image

Selain dari kelas terapi, ada yoga dan pilates. Yang ni di bawah program Well Aging. Korang boleh join. Walaupun takda asas , mereka akan bermula dari 0 ! Memang best yoga ni.. aku yang sakit belakang dan lutut , lega selepas tu ! Terasa nak join lagi kelas yoga ni kalau ada kat area rumah aku.

Baru tau betapa bagusnya senaman yoga ni. Tak kelam kabut.. tenang jer. Kena kawal pernafasan dan juga pengerakkan.

image

Hari ketiga juga menyaksikan kali pertama usus aku dicuci ! 40 tahun makan macam macam.. akhirnya dicuci dengan jayanya. Mesin yang digunakan, bukan calang calang punya mesin yer.. Haaa.. Segalanya adalah istimewa..

Cara cuci usus tu ? Ia dipanggil Colon Hydro Therapy. Ia Heheheh.. Kena duduk depan depan ngan aku baru leh citer ! Hahaahha.. Tapi memang best ! Jauh beza dari makan ubat ubat kurus yang pernah aku makan.. Er , aku pernah la amik ubat kurus.. tapi yang berlaku cumalah buang air besar non stop jer.. Bukan semua jenis yer.. ada jenis tertentu jer !

image

image

Best ! Lepas buat terapi ni , terasa cam ringan je badan. Penekanan terhadap pengambilan makanan dan minuman di sini amat penting ! Sepanjang 4 hari di sini , ada 3 jenis Detox & Cleansing yang kami jalani.

  1. Master Detox Program
  2. Green Juice Detox Program
  3. Green Salad Detox

image

Ketiga-tiga progam ni ada kelebihan pada tubuh badan kita dan sangat efektif dan kesannya boleh nampak pada hari ke 4. Dan selepas pada tu , automatik kita akan amalkan pengambilan makanan seimbang dan sihat.

Bagi yang berminat untuk melegakan urat urat serta otot otot , bolehlah mencuba pakej urutan atau Spa Therapies di sini. Maaf yer , urutan ni takda kaitan dengan aktiviti tidak sihat ! Tidak dibenarkan sama sekali disini. Ada Thai Massage, Balinese Massage , Aroma Therapy Massage ,  Back Massage , Deep tissue Massage , Relaxing Massage , Foot Massage dan banyak lagi !

Kemudian da Diagnostic Test.Darah kita akan diambil kemudian dianalisa. Pakar akan menerangkan level hormon serta risiko risiko yang bakal kita hadapi andai kesihatan tidak dititikberatkan berdasarkan darah kita sendiri. Ada banyak lagi analisa yang boleh dibuat disini. Masa tidak mengizinkan untuk kitorang cuba semuanya.

image 

Selesai semua ni , sebelum pulang ke Kuala Lumpur , kitorang dimasukkan minerals. Sebenarnya 4 hari di sini tak cukup tapi apa nak buat kan .. masa mencemburi. Hehehehe..

image

Terlalu banyak nak diceritakan tapi nasihat aku buat mereka yang seperti aku yakni yang dah cukup stress dengan kegiatan kehidupan harian dan perlukan rehat , silalah ke sini.. Nikmatikan ‘percutian yang tiada tanding taranya ‘ di sini. Sangat sangat sihat korang rasa pas tu ! Dan mana mana insan yang ada penyakit kronik seperti kanser , disini juga ada menyediakan rawatan alternatif. Boleh cuba dari biarkan melarat.

Hari ke 4 , menyaksikan pepisahan kami. Sedih.. tapi apa nak buat ! Nak tak nak, kena berpisah juga.

image

image

Pengalaman singkat ni berjaya mengubah cara hidup aku yang mana aku dah amalkan selama 40 tahun ! Dan perubahan ni memberi impak positif buat aku.

Korang patut cuba ! Nak tau dengan lebih lanjut , boleh tengok di www.thelifeco.com atau hubungi aku jer.. heee..

2 komen :

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Best nya... nampak segar semua pas selesai program

Raihanah Ahmad berkata... [Reply to comment]

memang best kalau buat detox. saya detox dgn shaklee je

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI