Hari ke 2 , Zahra di wad..

by - Selasa, Mei 23, 2017

Hari ni masuk hari ke 2 , Zahra di dalam wad. Nasib baik la aku ada amik pakej perlindungan insuran untuk anak anak aku. Boleh la duduk dalam wad yang selesa sikit untuk diorang dan parents pun boleh la duduk sama , selesa gak. Price Court Medical Centre ni antara hospital panelnya la.. Dan agen insuran aku , Addy Gagah memainkan peranannya dengan cemerlang yang mana aku dengar ada banyak kes dengan agen insurannya.. Dia pun dah datang ziarah semalam dan bertanya khabar. Nak discharge nanti pun dia akan uruskan. Bagitau je dia. Alhamdulillah.. berbaloi gak la bayar setiap bulan sebelum ni... 
Zahra sakit apa ? 
Jangkitan kuman di paru-paru. Batuk berkahak tak berenti lebih seminggu. Jika dibiarkan , boleh dapat asma dan ada isu kematian juga melibatkan jangkitan kuman di paru paru ni. Sebab tu aku tak berani pandang remeh dengan keadaan dia. Dadanya setiap kali bernafas pon ada bunyi. Gi klinik berkali dah.. tu yang doktor nasihatkan untuk ke hospital jer.
Si abang di rumah , keboringan. Sian kat dia gak.. terpaksa ponteng sekolah lama. Hurmm.. Yelah , sapa nak gi amik dan antar sebab kitorang berkampung di Cheras dan hospital. Zahra ni malamnya nak aku tidur dengan dia.. Siang , si abang datang bermain dengan dia. Qhaliff tu pun dah demam gak. Aariz dah ok dah skit.. selsema jer lom pulih 100%.
Semalam , Zahra disedut kahak dan selsemanya guna mesin. Fuh , memang selesa dia pastu laa.. Semasa disedut tu , memang kita yang tengok rasa kasihan tapi aku rasa takda apa pun.. Diorang ni kan asal menda baru je untuk diorang , teriak dulu.. Ke memang sakit ? Aku tak tau la sebab aku tak pernah rasa.. huhu.. Dia pun dah macak expert je dengan apa yang perlu dia lakukan.. Redha jer..
Bila Zahra discharge ? Aku rasa esok last kot. Doktor dah amik sample kahak dan hingus dia. Takut takut ada sebab lain , kan ? Tunggu keputusan dari makmal je la. Aku pon dah boring duduk hopital. Lama lama kat hospital , risau terngorat nurse lak.. heeee.. Gurauuuu.. 
Makan dalam wad ni , parents pon dapat gak. Siap ada pilihan nak makan apa lagi.. Hahahaha.. Boleh tahan sedap gak la makanan dia.Heee.. Gemuk jugak aku ni semula.. Dah la lama tak gi gym.. Huhuhu.. 
Stok Kopi Badang aku pun nak abis dah ni. Kena beli dah stok baru ni.. huhu .. 
Serius.. aku rasa korang kena simpan stok di pejabat dan jugak rumah. Setiap pagi sebelum mulakan perjalanan ke pejabat , sila pekena secawan.. di pejabat , ngantuk je sila minum ! Kasi cergas balik.. otak pun cerdas ! Huuuu...
Camana nak beli ? Cuba tengok di page Kopi Badang Official.

You May Also Like

8 comments

  1. Semoga zahra lekas sembuh lekas discharge...aminnn

    BalasPadam
  2. moga cepat sembuh zahra. zahra dah lama batuk ek? anak IQ pun tengah batuk jugak, macam kne cek jugak sebab dah lama batuknya

    BalasPadam
  3. Moga Zahra lepas ni terus sihat...ameen..

    BalasPadam
  4. Moga zahra cepat sembuh. Sekarang memang risau, musim demam batuk selsema ni.

    BalasPadam
  5. Syukur Zahra makin sihat.Moga Ben sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah swt.

    BalasPadam