Kulit rambut bermasalah ? Jangan tanya aku ! Tanyalah mereka yang arif !

by - Khamis, Januari 11, 2018

Ini kali ke 3 aku ke MBH Haircare , Kajang. Yer , mereka arif mengenai rambut kita. Kenapa aku ke sana ? Sebab 2 kali rawatan bersama mereka , Alhamdulillah memberi kesan. Rambut segar nampak dan kembali nampak lebat walhal ketika awal check ari tu , dah banyak mula gugur. Mesti banyak pikir ni ..kan ?

Rawatan yang aku buat tu , korang boleh rujuk di entri aku yang lepas.



Selepas buat rawatan di MBH HairCare , pastikan korang bawak balik MBH Hair Therapy Series ni ! Haa... barulah berkesan abis.



Ok kawan kawan.. Ini set MBH Hair Therapy Series yer. Ada 4 kesemuanya. MBH Hair Essence Stimulating Shampoo , MBH Hair Essence Stimulating Hair Conditioner, MBH Hair Repair  Silkening Serum dan MBH Revitalizing & Scalp Tonic.

1. MBH Hair Essence Stimulating Shampoo


Cara Penggunaan : Gunakan ketika rambut sedang basah. Picit shampoo di tapak tangan , sapu dan urutkan perlahan lahan pada kulit kepala dan kemudian biarkan selama 5 minit. Bilas selepas itu. Elakkan menggunakan kuku semasa mencuci bagi mengelakkan kulit kepala daripada luka. Jangan membazir shampoo. 

Kelebihan : Sesuai untuk semua jenis rambut. Mengurangkan masalah rambut 'frizzy' dan 'split end'. Membersihkan dan menghilangkan kulit kepala segera total daripada masalah kelemumur , minyak dan kering.Mengandungi herba untuk melindungi dan menguatkan akar umbi rambut daripada masalah keguguran. Bebas daripada bahan kima SLS , Paraben dan Petroleum.

Bahan-bahan : Ekstrak Bunga Raya , Minyak Kelapa Dara , Minyak Zaitun.


2. MBH Hair Essence Stimulating Hair Conditioner 

Cara Penggunaan : Gunakan selepas syampu rambut. Letak sedikit kondisioner pada tapak tangan. Sapukan pada tengah hingga ke hujung rambut. Biarkan 5 minit kemudian bilas.

Kelebihan : Melembutkan helaian rambut 9x ganda. Mencegah rambut kusut dan bercabang di hujung rambut. Menjadi pelindung daripada sinaran UV. Menguatkan helaian rambut dari dalam. Memberikan vitamin E untuk rambut mudah dirapi dan beralun. 

Bahan-bahan : Ekstrak bunga raya , aloe vera dan minyak zaitun


3. MBH Hair Repair  Silkening Serum

Cara Penggunaan : Semburkan pada tapak tangan , ratakan dan usap pada rambut hingga meresap kemudian sisir rambut anda. Elakkan serum terkena pada kulit kepala.

Kelebihan : Melembut dan meluruskan rambut. Melembab dan menyejukkan rambut. Melindungi rambut dari bahan kimia dan siaran UV. Mengubati rambut berminyak , rosak dan bercabang. Mengubati rambut gugur dan rapuh . Warna rambut lebih bersinar & berkilau. Rambut berbau harum 24 jam.

Bahan-bahan : Ekstrak Bunga Matahari , Minyak Jojoba dan Aloe Vera


4. MBH Revitalizing & Scalp Tonic

Cara Penggunaan : Sembur tonik pada kulit kepala dengan rata.Urut dan usapkan supaya semburan tadi mengenai keseluruhan kulit kepala hingga ke bahagian akar rambut. Lakukan urutan selama 10 minit sehingga tonik benar benar meresap . Gunakan 2 kali sehari. Untuk urutan terbaik , gunakan tonik , ketika kulit kepala dalam keadaan bersih.

Kelebihan : Menguatkan akar dan folikel rambut. Mengubati rambut gugur dan rapuh. Merangsang pertumbuhan rambut baru. Menebalkan rambut yang nipis. Membasmi kelemumur , kegatalan, jangkitan serangga dan kulat. Melewatkan proses penuaan rambut yakni uban.Menyejukkan kulit kepala

Bahan-bahan : Ekstrak Bunga Raya , Ekstrak Rosemary, Aloe Vera


Sebarang pertanyaan , jangan malu malu hubungi mereka. Jang lupa LIKE Facebook dan Instagram untuk tidak ketingalan infomasi terkini.

No tel : +60 19-206 6956
Alamat : 19G-1, JALAN REKO SENTRAL 8, TAMAN REKO SENTRAL,
Kajang, Malaysia

You May Also Like

6 comments