Bersediakah kita jika Malaysia 'di-lockdown' ?

by - Sabtu, Februari 08, 2020

Singapura katanya dah naikkan amaran mereka ke peringkat Orange dan ini membuatkan rakyat mereka panik ! Dan jika panik, apa yang berlaku ?? Pasaraya akan jadi sasaran tumpuan mereka yang nak teruskan kehidupan dengan selesanya. Huhuh.. 

Rujukan , boleh baca di SINI.





Persoalannya.. jika negara maju begitu boleh di lockdown , bayangkan negara kita yang pura pura maju ni ! Apakah kita bersedia ? Face Mask dan Sanitizer pun leh takda stok , kan ? Ni kan pula makanan ! Haaa.. camana tu ! 

Aku pandang wife.. wife pandang aku. Nak buat apa sekarang ni ? Apakah kita patut simpan bekalan makanan dan ubat ubatan ??? Huhuh.. Menurut sebuah pertubuhan bawah tanah di Facebook , mereka dah bersedia dari awalnya. Masing masing memberikan nasihat apa yang perlu disediakan supaya tidak berlaku kekalutan nanti.


Camana dengan korang ? Dah bersedia ke ? Apakah manusia akan berlawan dengan zombie ? Hehehe.. tinggi imaginasi manusia ni.. 

You May Also Like

5 comments

  1. adehai, risau betul bila kalau malaysia pun jadi macam singapura, dan masalahnya singapura pun sebelah jer dengan malaysia, mesti kena tempias.

    menteri kat malaysia masih cakap boleh dikawal, tapi dah naik kenyataan hadkan keluar masuk hospital bagi beberapa golongan, sy dah nak bersalin ni rasa nak bersalin dekat rumah jer jadinya. huuuu

    BalasPadam
  2. Allahu. risau risau dan makin risau sebenarnya. tapi kenapa malaysia masih buah endah tak endah T_T

    BalasPadam
  3. Nasib baik ade kebun...boleh ambik makanan kat kebun je

    BalasPadam
  4. Terkadang sebenarnya Allah dah beri hint daripada awal-awal lagi..tapi kerana sikap manusia yang acuh tidak acuh hingga melarat jadinya..barangkali tidak kena pada diri sendiri..atau fikir ah bukan keluarga aku yang kena..hinggalah hujungnya nanti ramai mangsa..nauzubillah harap sangat tidak berlakulah kerana kesian kepada orang-orang tua..ibu ayah yang anak-anaknya duduk berjauhan..apatah lagi mereka yang sudah uzur.

    BalasPadam
  5. Memang merisaukan keadaan sekarang. Moga Malaysia terhindar daripad aperkara yang tidak diingini

    BalasPadam