Politik negara ? Arghh.. aku malas amik tau ! Janji gaji aku tiap bulan ada !!

by - Isnin, Februari 24, 2020

Kemelut politk negara semakin sampai kemuncak. Semalam , satu berita angin mengatakan bahawa rakyat Malaysia bakal digemparkan dengan penubuhan kerajaan baru atau bakal menghadapi pilihanraya umum ! Tapi sehingga kini masih lagi krik krik.. Aku duduk kat gym pun tak tenang. Hahahaa.. Sibuk nak amik tau. ! Tapi sesungguhnya penting kerana ianya menentukan masa depan anak cucu kita ! 

Dulu... aku tak amik kisah ! Ketika aku 20an. Asalkan aku bergaji , dah la. Apa nak jadi ngan politik negara , aku tak peduli. Tapi ketika Pak Lah dan Najib memerintah , aku dah nampak kesannya jika tak amik tau. Ditambah lagi ketika tu , aku sendiri di dalam kerajaan. Dah nampak kesan dari tak amik tau ! Dah la tak amik tau.. mengundi pun tidak ! 

Salah pilih , sendiri tanggung kesan ! Tak pilih , pun sendiri kena jawab ! Sapa suruh biarkan ? Apa kesannya ? Nah.. tengok sendiri la sekarang ni. Dari sudut ekonomi , budaya , malah aspek pendidikan turut terganggu ! Segalanya dek kerana politik ! 

Dan pilihanraya yang lepas , aku turun mengundi. Dek kerana nak turunkan kerajaan yang tamak dan gila kuasa.. nah , rakyat nak kerajaan baru memerintah. Dengan gabungan dua pemimpin yang dikatakan mempunyai kebjiksanaan dan aura tersendiri.


Tak sampai sepenggal.. belang masing masing dah nampak ! Tak kisah la dari kecik..hinggalah ke besar. Dah sampai tak tau sapa 'tuan rumah' sekarang ni. Nasib baik Virus Wuhan 'menghentikan' seketika masalah ni. 

Dan sekarang... ramalan aku dari awal , dah semakin menampakkan kebenaran. Dan bagi aku la.. Anwar tak perlu dah masuk campur. Dah wife dia pun berkuasa sekarang , sewajarnya dia bersara je dari arena politik. Kasi je anaknya naik. Itu yang sepatutnya. Dah sepatutnya anak anak muda yang memerintah kerajaan sekarang ni.  Ini tidak... masing masing nak catat nama dalam sejarah Malaysia.. Haih ! Kesannya ??? 

You May Also Like

1 comments

  1. kita tunggu dan lihat apa kesannya pada semua nnt. :) tawakal dan doa negara kita selamat

    BalasPadam