BEN ASHAARI



9 bulan wife buat pemeriksaan kandungan di Klinik Azalea , Putrajaya. Sebelum sebelum ini,  wife pergi ke klinik kerajaan je. Tapi kandungan ketiga ni ada sedikit masalah , maka untuk mudah , buat pemeriksaan di klinik swasta setiap minggu tapi klinik kerajaan tetap gak pergi. 

Kandungan ke 3 ni, wife dapat cuti panjang. Berbulan lamanya. Huhuh.. Tapi dia kena duduk berehat je di rumah. Tak boleh bergerak banyak sangat. Kesan pada kandungan. Sebab tu dia dapat cuti panjang.. huhu.... Tambah lagi dia ada rekod sebelum ni.. Hurm.

Masa scan 4D , Doktor Azalea ada sebut.. " Hensem budak ni... " . Aku tengok dia. Aku tengok monitor. Camana dia leh tau hensem ? Huhuhu.. Tak kisah la. Asalkan kandungan sihat dan sempurna anggota tubuh badannya dah bersyukur aku.

Dan hari berganti hari... rezeki Aariz dilahirkan di hospital Prince Court. Wife pun seronok aja di sini. Gitu gak aku. Kena masuk dan saksikan hari bersejarah itu. Huhuh... 

Berkat pengalaman 2 orang anak , segalanya diuruskan dengan baik. Aariz selamat dilahirkan. Dan membesar bagai johan. 



Dan sungguh aku tak sangka la... memang tepat kata kata Doktor Azalea. Dan aku masih cam.. Wow... Camana dia tau ???  Tapi masa scan tu , nampak la bentuk pipi dan dagu dia tu. Hahaha.. Dan yer.. masih aku ingat... Aariz suka cukup menendang masa dalam kandungan. Huhuhu... 

Alhamdulillah.. hari ni genaplah dia berusia 4 tahun... dan dia sangat cepat menangkap kata kata berbanding abang dan kakak dia. Dan dah pandai perli dah !! Dia bijak menyelamatkan diri kalau dia melakukan kesalahan. Cepat je mulut tuduh orang lain. Sel sel otak berhubung sungguh la... Tu sekarang aku tengah pikir mana nak hantar dia  sekolah nanti.. Huhuh..





Alhamdulillah.. dia penyeri di rumah ni. Abang dan kakak dia pun suka bermain dengan dia. Diorang pun masing masing beralah dengan dia ni. Huhuh.. walaupun dimulakan dengan pergaduhan. Heee... Si kecik yang mulakan dulu. Tapi aku selalu nasihat kat kakak dan abang ..

" Kalau daddy takda nanti.. abang ngan kakak la kena jaga dia. Takkan nak gaduh jugak masa tu ? Sekarang ni la abang dan kakak kena beralah dengan adik. Jaga adik elok elok bila daddy takda nanti.. tau ? "

Gitullah... Semoga anak anak ini membesar menjadi insan yang setia pada Allah dan berbakti pada  negaranya..

Selamat Hari Lahir , Muhammad Aariz Iman.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Aku selalu cakap kat wife yang aku tak berminat nak kaya. Kenapa aku cakap gitu ? Sebabnya aku kenal diri aku.  Kenal sangat. Maka apa yang ada buat masa ini , sesungguhnya adalah dengan izinNya. Inilah rezeki aku.. inilah hasil dari apa yang aku usahakan selama ini. Aku selalu je terima tawaran berniaga atau buat bisnes bersama. Tapi fikirkan akan baik buruknya , maka aku tolak. Walaupun ikutkan aku boleh je nak kaya tapi.. tak pe la...Cukuplah dosa dosa yang aku ada sekarang ni. 

Masalah duit tu cukup atau tidak , sebenarnya terpulang pada cara kita menguruskannya. Kenapa kita sibuk nak jadikan orang lain sebagai contoh ? Kita tak tau pun camana mereka berada di situ. Segala kepayahan... segala pengorbanan. Bukan sehari dua. Yang kita nampak , kejayaan dan kemewahan  hasil dari segala apa yang dia telah usahakan. 

Tau apa akan jadi bila asyik dok menekan suami kita ? Sang suami boleh hilang pertimbangan jika imannya tak kuat. Jika dia bekerja di bahagian bahagian yang melibatkan 'kuasa' dan 'pengaruh' maka di situlah akan jadi titik mula segalanya. 

Rasuah ! 

Salah guna kuasa ! 

Pecah amanah ! 

Mencuri !

Meminjam duit ! 

Apa saja sanggup dilakukan asalkan dapat mengembirakan atau memberi kemewahan ! Kena tangkap , tu belakang cerita. Hurm.. yang penting , dapat tutup telinga sebentar dari dengan bunyi bising ! Terpaksa ! 

Teringat pada cerita 3 Abdul. Nah... inilah pengajaran dari kehidupan buat kita. Cerita tu bukan sekadar cerita tapi realiti yang sebenarnya sedang berlaku pada masyarakat kita. 

Suka sangat ikut orang... Tapi tak pernah nak cermin diri sendiri ! Terimalah seadanya. Kalau benar nak kaya. sama samalah berubah. Berhijrah. Cari perniagaan yang halal dan berkat ! Jangan sesekali biarkan suami korang tu , hilang pertimbangan. Bila dah mula hilang , dia dah tak fikir apa dah.. Ketika tu, nak menyesal pun tiada gunanya.. 

Apa guna kaya kalau sumbernya tak berkat. Hidup porak peranda ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments


Hurm... Anak anak aku ni , suka makan. Tapi agak memilih gak la. Cam Qhaliff , kalau ayam tu.. memang dia hidup la. Nasi tolak tepi. Zahra dan Aariz , hantu sup dan mee. Tapi Zahra ni nasi pun kalau dihidangkan depan dia , makan je. Tak banyak cerita. 

Cuma diorang ni aku selalu kasi makan skit skit jer. Tak nak ajar makan banyak banyak atau bertambah. Sesekali je terutama bila diorang guna banyak tenaga.  Kenapa ? Budak budak ni perut tak sama cam orang dewasa. Kalau diberi makan hinggak kekenyangan selalu, maka size perutnya akan besar. Pastu akan jadi habit. Makan sampai kenyang ! 

Aku lihat mereka yang kurus kurus ni.. makan diorang berselera tapi selalu je tak abis. Nafsu besar tapi makannya ciput jer !  Tapi mereka makan kerap ! Begitulah aku nak buat pada anak anak aku ni. Makan kerap tak pe cuma tak nak sekali makan.. baham macam harimau kelaparan.. er , cam aku ! Huhuh.. Tu pasal wife selalu bebel kat aku. Konon diet tapi makan bertambah tambah ! 

Nah.. selepas aku tengok video Christiano Ronaldo baru baru ni.. cari dia kekalkan fitness dia.. baru aku paham. Dia suka makan. 6 kali sehari tapi dia makan skit jer. Apa yang dia makan tu semuanya berkhasiat ! 

Aku dah mulakan 2 minggu. Makan tak bertambah. Amik skit jer.. Tunggu jam lain lak makan kalau lapar ! Heehehe.. Anak anak pun gitu. Kalau kita ajar diorang makan sampai kenyang.. maka diorang akan amalkan makan hingga kenyang ! 

Cuma diorang ni payah betul la nak makan sayur dan buah ! Zahra je ok. Nak jadi cam daddy katanya.  Tapi tak pe.. InshaAllah ok. Kena kasi si abang makan dulu sebab dia boleh 'bunuh diri' bila paksa makan sayur atau buah ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
" RM0.00 MBB/MIB: Moratorium HP/HP-i akan tamat pada 30 Sep 2020. Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila kunjungi Pusat Kewangan Auto kami atau hubungi 0322969800 "

Hurm.. dah beberapa kali dapat sms begini. Nampaknya dah sampai masa untuk kembali bayar hutang piutang ! Huhuhu.. Tiada lagi 'bulan madu' untuk mereka yang seperti aku. Nak makan luar pasni pun akan pikir panjang. Simpan tu memang dah simpan. Cuma masih ada la part part enjoy tu. Dan ianya akan berakhir bulan ni. Tiada dah pasni. 

Mengenang nasib ramai yang dibuang kerja. Bagaimana nak uruskan hutang hutang tu nanti ? Mereka yang berniaga... bagaimana jika orang seperti aku mula menyatu perbelanjaan ? Tiada lagi bersantai di luar rumah ? Pergi melancong ? Setiap hali cuti , masing masing duduk di rumah je. Beriadah di depan rumah. Tiada lagi pembelian mewah.  Apa nasib peniaga kecil ? Yang besar juga akan bermasalah. Pemotongan gaji serta pengurangan kakitangan. 

Yang masih bernasib baik ialah penjawat awam. Tapi mau kena ingat juga.. jika ekonomi tidak bergerak seperti biasa , mereka juga pasti akan 'bermasalah'.  Negara negara lain dah melaluinya berbulan bulan dan kita bakal hadapinya nanti. 

Tahun depan , Aariz pulak akan masuk tadika. 5 tahun. Aku masih memikirkan apakah dia perlu ke tadika atau buat home schooling je. 6 tahun nanti baru hantar.  Terpaksa. Nak hantar tadika pun bukan murah. Abang dan kakak dia pun dah masuk sekolah. Nak gak guna banyak duit. Huhuh.. 


Berniaga ? Aku masih memikirkan cara untuk dapatkan pendapatan sampingan. Tanpa 'menipu' orang lain. Hurm... Faham faham je la kan ? Sekarang ni,  orang nak kaya atau berduit , tak kisah dah bab berkat atau halal. Asalkan diorang 'selamat ' dah . Yer , bukan semua tapi ramai dah macam ni.. 

Plan B, C perlu disediakan... Respek tul orang boleh beli kereta baru dan rumah ketika ekonomi begini. Maklumlah , apa juga pekerjaan makan gaji.. belum tentu hala tuju. Nampak cam ok tapi... 

Semoga Allah lindungi kita semua. Apa pun , jangan buat kerja kerja yang tidak berkat ya..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Baru je belikan untuk diorang. Tapi masih mintak lagi setiap kali diorang tengok di Youtube. Hurm..  penat kekadang nak jelaskan kat diorang. Menangis merajuk tu biasa dah diorang. Masalah ni berlaku bila aku ada ngan diorang. Kalau dengan mak dia , tak berani nak bersuara. Huhu.. Apakah aku berlembut dengan mereka ? 

Kesian juga bila tak dapat penuhi permintaan mereka. Tapi itulah.. kalau diberi , tak reti nak jaga. Kecuali Zahra.. dia memang pandai jaga permainan dia. Heee.. Aariz ? Qhaliff ? Hurm... 

Entah bagaimana..tiba tiba ada satu kejadian berlaku di depan mata ketika wife masuk ke dalam kedai KK Mart. Terus aku bertanya pada anak anak.. 

" Qhaliff,  Zahra.. Aariz.. Cuba tengok orang tu. Dia tengah buat apa ? " sambil jari aku menuding pada lelaki tersebut. Terasa sayu di dalam hati. Apakah aku juga bakal begitu satu hari nanti ? 

Anak anak senyap. 

Aku mula menjelaskan pada mereka.  Satu persatu. Betapa payahnya nak mencari duit sekarang ni. Ditambah lagi dengan ekonomi sekarang ni.  Setiap sen perlu dikira. Bukan senang senang nak buang duit begitu saja. 

Anak anak senyap.. 

" Nak daddy jadi macam tu ke ? Gi cari duit dengan  selongkar tong sampah ? " tanya aku. 

Qhaliff geleng kepala. 




Dan tiga jam kemudian.. di rumah. Selepas menonton sekali lagi citer Beyblade , masing masing mintak ! Dah tau... biasa la.. Budak budak !
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
" Bye daddy.. " Qhaliff melambai  sebelum masuk ke dalam sekolahnya.  Yer , itulah rutin aku setiap hari. Hantar dan ambil dia di sekolah. Aku tak nak kasi dia naik bas sekolah buat masa sekarang dan kalau boleh , biarlah aku je hantar dia hingga tamat persekolahan. 

Itulah yang arwah ayah aku lakukan pada aku dan adik beradik yang lain. Dia dan ibu ku menghantar ke sekolah dengan bas sekolah.. yang mereka miliki. Bermula dari van sekolah hinggalah dah ada beberapa buah bas dan sekarang diteruskan perniagaan itu oleh abang dan adik perempuan aku. 

Sayu bila dengar Qhaliff ucap 'bye' pada aku. Teringat ketika aku di bangku sekolah menengah.. ketika arwah ayah menurunkan aku di persimpangan sekolah.. di awal pagi hari. Tiba tiba menitis airmata. 

"Kesian dia.. awal awal pagi lagi dah bangun bekerja. Mencari sesuap nasi. Tapi aku masih tak mampu membanggakan dia. Tidak pernah membawa pulang apa apa anugerah pun ke rumah.. " tunduk sayu. Berjalan lemah ke sekolah. 

Semalam.. ketika amik Qhaliff balik sekolah. Dia masuk ke dalam kereta pastu senyap. Muka monyok. 

" Camana sekolah ari ni ? " tanya aku. Dia senyap. Aku pandang dia. 

" Ada orang buli Qhaliff ke? Pukul Qhaliff ? " tanya aku lagi. 

" Takda... " ringkas jawabnya. Kemudian dia menangis. Dia pun cerita apa yang berlaku pada dia di sekolah. Aku tersenyum. Fuh , cabaran aku untuk memujuk dia. Bukan mudah nak pujuk dia bagi dia happy semula ! Hahahaa..

Tapi aku kan jaga dia dari kecik lagi. Aku tau apa yang boleh mengembalikan keceriaan dia.. Hahaha.. terus singgah di satu kedai runcit ni. Aku beli Sneakers. Yer , aku pun suka makan coklat bila aku dalam keadaan stress atau berduka. Coklat mengembalikan mood aku semula. 

Seperti yang aku jangkakan.. lepas dia makan , dia ok. Terus aku nasihati dia.  Apa yang perlu dia lakukan jika ingin menangi pertandingan di sekolah. Bukan sekadar masuk dan menang begitu saja. Ramai yang bagus bagus dan kita kena bersaing. Yer , dia seperti aku. Sukar menerima kekalahan. Hahaha.. Lebih baik tak masuk terus . Begitulah katanya.. 

" Wasting time je buat topi tu ! " katanya. 

" Qhaliff.. bukan soal menang atau kalah. Tapi apa yang kita dapat bila kita sertai. Qhaliff tau ke buat  topi sebelum ni ? Tak tau kan ? Sekarang Qhaliff dah tau kan ? Pastu Qhaliff kena improve lagi mewarna. Tengok camana Qhaliff color ni ! Haa.. Tengok camana Zahra rajin mewarna hari hari kat rumah. Kalau Qhaliff nak menang , Qhaliff kena berusaha. Kena rajin buat latihan. Barulah boleh bersaing dengan yang lain lain. Kalah atau menang, itu rezeki dari Allah. Yang penting , kita cuba. Faham ? " pujuk aku lembut. 

" Faham... " dia jawab dan kemudian bermain dengan Aariz. Adiknya yang senantiasa mencari abangnya untuk bermain bersama. 

Satu lagi yang arwah ayah aku suka buat ialah berpiknik di tepi sungai bersama sama keluarga. Setiap kali cuti hujung minggu, mesti kami sekeluarga pergi ke sungai Congkak mahupun Sungai Tekala. Dua sungai ni memang seronok untuk berpiknik. Dan lokasinya lebih selamat. 

Kemudian di situ, aku dan arwah ayah akan mencari ikan mahupun udang. Huhuh.. Aku ulangi semula dengan anak anak hari tu.. 


Kadang kadang , kita ingat dengan memberikan mainan , hadiah atau bawak melancong ke tempat tempat best tu cukup dah mengembirakan anak anak.. Padahal tidak. Apa yang mereka inginkan ialah perhatian dari kita..  Dan kita pulak , hari hari sibuk mengadap telefon pintar atas alasan kerja !

Bayangkan mereka dah besar nanti.. datang lawat kita dan duduk abiskan masa dengan mengadap telefon pintar jer.. atas alasan kerja ! Asal balik.. dah !
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Nahh.. berkali kali aku cakap pada kawan kawan di media sosial ni.. kalau nak beli spek kat area Kuala Lumpur ni, bagitau aku. Aku boleh syorkan kedai yang memang puashati punya ! Tak puashati, kasi tau aku. Aku leh kasi tau big boss dia ! Dan ramai dah kawan kawan aku , gi buat kat sana... memang berbaloi ! Malah dapat jimat lagi !! 

Dan mereka yang dah pernah pergi buat kat situ , pasti akan kembali lagi ! Kenapa ? Sebab tau sana layanan bagus..harga munasabah pastu boleh kawtim lagi ! Haaa , maksudnya korang boleh dapatkan cermin mata yang korang nak dengan harga yang tiada selindung punya ! Segala penerangan harga akan diberitahu kat situ. 

Nak tukar gelap ? Silau ketika memandu atau menggunakan gajet ? Rabun jauh atau dekat  ? Korang gabungkan semua tu pun boleh dalam satu cermin mata dengan harga yang ... confirm buat korang terngaga punya ! 

" >> SPECK IMPIAN <<

Speck mata power tinggi jimat 500 lebih! 😱😱Thanks Ben Ashaari memang sangat2 puas hati dan sangat2 recommended! Kalau tahu awal tiap2 tahun hakak tukar speck tau😆

Dulu punya speck dah lah mahal lepas tu kena tipu😤😤. Nak tahu korang tengok lah video tu.

Sini memang 👍👍👍 dah siap ni pakai terus tak rasa macam angkasawan! Best pakai terletak. Alpha lens + multicoat + anitisilau betul testing.

Harga speck sini bermula Rm65 siap sejam (power tinggi cam hakak kena tengok stok cermin ada ke idok).

Yang penting hakak bayar guna #tabungJsd tak usik duit gaji pon🥺🥺. Dapat pula bingkai yang diidamkan lagi lah 💃💃💃. Hanya mereka yang speck power tinggi je paham. "





Sahabat blogger KBBA9 , Fir Radzi bawak mertuanya ke Eyes Vision Optical untuk buat spek. Awalnya diorang je nak buat tapi akhirnya dia jugak terjebak sebab harganya serta tawaran spek yang diberikan ! Tahap kerabunan dia cam aku la. Tapi dulu hanya boleh pakai cermin mata biasa jer. Nak letak tukar gelap ,memang tak mampu la.. 

Tu dulu laa.. sekarang ??? 

" Pergi pickup cermin mata kat @eyesvisiongroup hari ni untuk yang mertua dan aku punya sekali. Guna lens Alpha Blue 420 dan transition gelap bila tengah panas. Bergaya sikit dengan Ray Ban walaupun power mata 500 lebih setiap mata kiri dan kanan."



Kawan dari sekolah rendah aku ni, Badrul... antara orang yang banyak songeh kalau nak membeli barang. Tapi dia dah ke situ dalam tahun ni.. 3 kali ! Hahahaha... Dan terbaru , dia bawak bingkai Ray Ban kesayangan dia ke situ.. tukar cermin jer. Letak cermin ada power gitu ! Baru puashati pakai. Takda la nak tukar tukar spek gitu.. Huhuhu.. 

Dan ketika aku ke sana baru baru ni, memang aku nampak orang yang masuk ke kedai dia adalah terdiri dari mereka yang 'memilih' ! Mereka kelihatan begitu selesa dilayan. Diberi kaunseling sebelum memilih bingkai yang berkenan. Ada banyak pilihan. Jangan risau bab harga. Kalau bajet tak tinggi, masih boleh dapat cermin mata berkualiti ! 




Kalau korang nak gi , contact terus Mr. June. Bagitau korang dapat tau pasal spek ni dari Ben Ashaari. InshaAllah dapat harga cun.. heee.. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku ternampak ada page yang promote film ni.  Sebelum ni pernah la nampak tapi cam tak menarik minat aku sangat. Tapi bila tengok scene scene yang ada dalam filem ni , aku tertarik lak. Yelah , budak yang zero kehidupannya tiba-tiba ada keluarga berlainan 'kulit'  menjaganya. Bukan dari kecik tapi dah besar ! Dia pulak memang payah nak duduk dengan keluarga angkat. Tapi dengan diorang, dia terlekat terus ! 

Apa sebabnya ? 

Tu aku kata filem ni bagus.  Kehadiran seseorang dalam hidup kita ni , mampu mengubah kita ! Samada ke arah kebaikan atau kehancuran. Tapi Big Mike ni telah mengubah kehidupan keluarga Leigh Ann lakonan Sandra Bullock dan keluarganya. Sangat best cara penerimaan keluarga mereka. Anak anak pun suka ! 

Blind Side diterbitkan pada tahun 2009. Sebuah kisah benar Micheal Oher yang mana kehidupannya terbiar dan tak tentu hala. Tapi perubahan yang dilakukan oleh keluarga angkatnya ini , menjadikan segalanya sangat bermakna  buatnya dari menjadi dia seorang yang terkenal. 

Benarlah.. bila sampai waktunya , kita perlu berhijrah ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Ketika aku hidupkan Bezza untuk ke gym, aku lihat dashboard bahagian petrol dulu. Hurm.. Kalau 3 bar begini , bagi aku dah bahaya ! Hahahaha.. Giler kan ? Banyak lagi tu.. Siap boleh pergi balik dari KLIA ke KLCC kot ? Huhuhu.. 

Tapi tidak bagi aku. Pengalaman lepas dah cukup mengajar aku. Kita takkan sangka apa yang ada di depan kita. Bayangkan kalau dengan kedudukan begitu petrol yang tinggal , kita keluar awal pagi tiba tiba ada berlaku kemalangan di depan sana ! Nahh.. camana ? Pasti makan masa punya nak lepas dari kawasan tu ! Kena pulak awal pagi kereta banyak. Berdarahhhh kau tunggu kat situ ! Berpeluh peluh risau kot kot petrol abis. Stesen petrol lak, takda dalam kawasan korang bergerak tu ! Haa.. camana ? 

Pernah berlaku pada aku dua kali. Kali pertama , dengan kedudukan begitu.. aku tersangkut dalam kesesakkan jalan raya dek kerana banjir !  Tak bergerak kereta selama 40 minit. Mengelupur aku. Terpaksa matikan enjin seketika. 

Begitu juga pernah berlaku pada wife ketika nak pergi kerja. Awal awal pagi dah jammed ! Ada eksiden. Petrol di kedudukan begitu. Dia dah siap call tanya cukup ke tak ? Huhuh.. Dan paling menakutkan bila masuk ke lebuhraya LPT 2 atau SPINE.. Fuh , jangan main main ! Memang aku akan isi penuh punya.  Elak masalah dari mengundang masalah.. bagi aku ! 



Bila penuh isian, aku tak risau dah sangat bila wife bersama sama anak di pagi hari. Wife aku pun dah ikut perangai aku. Dia dulu , kalau tak silap aku tunggu 2 bar gitu baru isi. Hehehehe.. Aku tak la.. Memang kalau part kereta ni , aku cukup berjaga jaga terutama part enjin tu. Haish... sian kalau breakdown di tengah jalan.

Korang camana pulak ?

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dia insan paling sukar nak gunting rambut dulu. Geli bila mesin rambut tu kena telinga dan leher dia. Kena hati hati bila begini. Boleh melukakan dia. Jadi kena la belajar mesin rambut anak sendiri sementara nak tunggu dia dah biasa. Nak pecah 'dara' gitu ! Hahahaha.. 

Bila dia dah biasa.. baru boleh bawak ke kedai gunting rambut yang biasa.. Dan carilah kedai kedai yang tak ramai orang. Bukan apa.. nak layan karenah dia nanti , orang lain jadi menyampah lak. Huhuh.. Masa terbuang gitu je walhal nak gunting sikit jer.. 

Dan dah biasa.. mula la dia demand ! Nak gunting kasi nampak hensem. Kalau tak hensem , muncung la mulut dia tu ! Hahaha.. Mau kena jeling memanjang je kita nanti. Hee... 






Asyik tengok cermin. Pastu pandang aku. Angguk tanda puashati ! Hahahaha.. Dan bila dah abis , dia akan tanya.. 

" Hensem tak ? " 

Amboi... kecik kecik ! Hahaaa.. ikut aku nak potong style askar je.. tapi kesian lak dia nanti kat sekolah jadi bahan jenaka kawan kawan kat sekolah. Dia ni mental tak kuat lagi. Mudah sentap.. cam.. cam.. sapa eh ? Hahaha..

Tak kisah la.. janij kemas. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku suka godek Instagram mereka yang follow aku atau komen mahupun yang Like di posting aku. Saja la nak tau sapa mereka. Kalau tak patut orangnya, aku blocked je terus. Ramai je yang mengarut di Instagram tu dan aku dah pun blocked diorang..

Dan yang berkebolehan, berbakat besar atau kreatif pasti akan menarik minat aku. Apa yang aku buat ialah mewar warkan keistimewaan mereka tu. Mana la tau , kot kot ada yang teringin nak guna khidmat mereka.. kan kan ? 

Seperti Cik Aishah atau MellowCandy17 ni.. Aku dapati rekaan design grafik dia sangat menarik perhatian aku. Lalu aku mintak dia buatkan header untuk blog aku. Nak tengok camana dia punya citarasa dan idea. Maklumlah , orang muda.. hehee.. 

Diberinya aku 4 design. Dan semua menarik perhatian aku. Tak tau mana yang sesuai untuk blog aku. Kalau guna di FB profile aku pun cun gak tu. Heheheee...


Di Instagramnya , aku nampak banyak dah projek projek yang dia buat. Cantik cantik dan menepati selera aku la.. Korang , aku tak pasti. Korang boleh tengok sendiri dan yang aku tahu, harga untuk tempahan dengannya memang masuk akal. 

Kalau korang berminat nak tempah logo atau design , korang boleh direct message pada dia terus. Pandai pandai la deal ngan dia.. Hee..

Ha... mana yang sesuai untuk blog aku ? Pening pikir ni..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Hari ni , berbadminton lagi di Puchong Sport Centre. Kali ni , ada 4 keluarga blogger KBBA9 turun main bersama. Meriah ! Masing masing bawak anak. Bukan soal sapa bagus main tapi dapat berkumpul dan bermain bersama sama. Anak anak pun dapat berkawan sesama mereka. 

Tapi... tapi.. itulah dia. Wife terlupa bawak kasut sukan dia. Aku suruh je dia beli baru kat kedai sukan yang ada di dalam kompleks badminton ni tapi dia tak nak.. 

"Jimat ! " katanya. 

Hurrm.. berkali kali paksa , tapi dia tetap dengan jawapan dia. Malas nak kata apa dah. Ikut je la. Dan aku bermain la dengan santainya. Tiba tiba ternampak wife terjatuh. Aku pandang. Jatuh biasa je kot. Maklumlah , aku pun berkali kali jatuh dalam gelangangg badminton dek kerana terlalu eksaited main. Huhuh.. 

Dia duduk di tempat duduk yang tersedia. 

" Bang.. bengkak ! " katanya. Air muka berubah. 

Aku tengok.. 

" Hurm.." kepala berputar mencari penyelesaian. Dalam kepala aku ni , macam macam dok fikir. Dengan kereta Livina aku tiba tiba aircondnya tak berfungsi.. dengan masalah peribadi lagi.. Fuh.. Tiba-tiba teringat  akan kedai di dalam tu yang mana ada jual air. Terus aku ke sana. Tapi takda ais. 

Aku kembali padanya. Terseliuh je kakinya. Yang mana pada aku biasa je la tapi tidak pada dia. Hahaha.. Perempuan kan ! Bila time dia gaduh ngan kita . time tu dia seolah olah Hulk. Takda apa yang boleh sakitkan dia !! Tapi bila dalam keadaan 'normal' , nampak ular dalam handphone pun dia leh meraung ! Pelik kan ? Tak.. tu la perempuan normal ! Hahahah.. 

Ok sambung.. Nak balik terus , baru je sampai. Camana eh ? Masa ada dalam 45 minit je lagi. Kitorang memang sampai lambat. Nak urus hal Livina tu dulu. Huhuh.. Akhirnya ada kawan syorkan pergi ke Klinik Kesihatan. Tertanya gak aku.. bukak ke ? Kalau ikut aku , balik rumah je pastu demah dengan ice pack. Jika bengkak tak surut , gi klinik swasta je la. 

Klinik Kerajaan tutup ! Huhuh.. Aku ikut plan aku. Gi cari spray untuk surutkan bengkak di farmasi. Tak jumpa farmasi. Terus ke Putrajaya. Ke klinik... Sampai kat Putrajay , waktu lunch. Klinik rehat ! Huhuh.. Plan C.. balik rumah dulu. Lepas Asar keluar. Rehat kat rumah dulu. Kasi demah dengan ice pack . 

Plan berjalan lancar. Dalam jam 6 petang , baru gi Putrajaya. Kasi semua rehat. Maklumlah , semalam pun dah berjalan kaki dan pastu ke rumah mak aku. Jam 2 pagi baru sampai rumah. Huhuh.. masing masing kepenatan. Tambah lagi ari ni punya aktiviti.. memang pengsan la semua. 

Ke klinik.. Ada banyak klinik tapi klinik mana yang ok ?? Wife kata nak gi klinik tadi gak. Katanya klinik tu bagus dan murah ! Doktor periksa pun tak main main. Macam ari tu masa Aariz dan Zahra demam selsema , gi  klinik top di Putrajaya, doktor tu takut takut nak periksa. Kat Klinik Mutiara tu, dokor bertugas time tu check selamba jer.. Ikut SOP je la kan ? Tak yah takut.. 

Fuh.. Sebelum nak gi klinik, aku dah call agen insuran aku. Tanya dia bekenaan masalah ni. Boleh claim ke tak ? Kot kot la kena beratus ringgit ! Huhuh.. Ada insuran apa guna kan ? Dan dia kata boleh claim. Nanti kasi dia je resit tu. Dia uruskan. Alhamdulillah. 

Klinik tutup jam 7 petang. Wife call dulu sebelum ke sana. Aku memecut dari Sepang dalam 6.15 petang. Sempatkah ? Aku harap sempat. Sian tengok wife dah terhenjut henjut jalan. Aku membebel la gak dalam kereta. Dah cakap banyak kali. Kaki tu penting. Jangan sampai sakit. Abis semua kerja tak jadi ! Cuti panjang lak ni haa.. Tersadai kat rumah. Huhuh.. 

Sampai 6.45 petang. Masih sempat. Alhamdulillah. Takda orang. Sihat sihat orang Putrajaya ni. Hahaha.. Ke sebab ramai yang gi bercuti ? Huhuh.. Tak kisah la.. Takda orang bagus gak time time emergency ni. 

Wife masuk ke dalam. Aku jaga budak budak yang tidur kepenatan.. Dia kata dia boleh berjalan. Tak pe la.. Biar dia berdikari. Time gaduh , dia lagi sado dari aku. Aku sendiri tengok dia pun aku gerun ! Hahahaha... 

" Kena suntik.. " dia antar mesej. Fuh.. mesti kaw kaw punya harga. Hahahaha.. Nasib boleh claim.

15 minit kemudian dia kembali ke kereta. Dia masuk dan duduk. Aku tanya ok ke tak ? Dia kata ok la skit. Takda la sakit macam awal tadi. Huhuh.. Senyum je la aku.. 

" Bayangkan masa lutut abang sakit macam tercabut tu ! Kena memandu pulang sorang sorang dengan kesakitan tu.. " kata aku dan bagitau ketika di rumah, dia membebel macam aku bebel skang. Stress kan ? Hahaha.. 

Aku tanya la berapa RM ? Soalan maut ! Dia suruh teka.. 

" RM200 ? " aku beri tekaan.

" RM85 jer.. Doktor pun layan baik jer. " jawab dia. 

Mak aih.. murah tul ! Patut la dia bersungguh nak ke sini. Siap suntik, balut dan ubat tahan sakit. 




Siap.. balik ! Dan nampaknya , untuk 3-4 hari ni.. aku kena buat la kerja kerja di rumah ni. Huhuh.. Berworkout di rumah je la nampak gayanya.. 



Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Ketika ni, aku nampak dia la bakal paling senyap di rumah aku. Tak nampak buat perangai dan mengikut jer. Dalam gambar tu kalau tak silap aku, baru 1 tahun lebih. Nak berdukung je ngan aku. Sampai si kakak cemburu sangat. Huhuhu.. 

Tapi bila dah masuk 4 tahun.. mak aihh ! Perangai dia jauh berubah. Macam aku dah perangai dia. Suka kenakan orang dan kaki provoke. Kaki mengadu pun satu hal gak. Hahahah.. Kaki mengadu tu bukan perangai aku yer.. 

Semalam.. 

Dalam jam 1 pagi, dia mintak roti coklat kat aku. Aku tak nak kasi tapi dia menangis nak. Disebabkan dia baru je berak , mestilah dia lapar.. Aku pun buat je la sekeping untuk dia. Seronok dapat..

" Thank you , daddy ! " katanya dan terus masuk ke bilik.

Aku sambung layan movie di handphone aku. Lama tak layan movie. Ada cerita best baru tengok.. Heee.. Tiba-tiba aku Aariz baring sambil mulut mengunyah. Aku suruh dia bangun. Tak kasi dia makan sambil baring ! Bahaya. Takut tercekik lak. 

Dia punya mata seolah olah mengantuk tak ingat punya ! Aduh... Aku suruh dia bukak mulut. Masih ada roti dalam mulut. Terus aku dukung dia ke dapur. Bagi secawan air. Dia minum.Basuh mulut dia.. Tapi mata dia masih tertutup. 

Masuk dalam bilik.. aku baringkan dia.. Tepuk tepuk dia.. Tiba-tiba dia ketawa... Dan terus bangun. Melompat.. Happy dapat kenakan aku !!! Hampeh laaaa... rupa-rupanya dia berpura pura ! Mana dia belajar bab ni pun aku tak tau laaa Tak pernah lagi dia kenakan orang . Ni pertama kali.. Haish...  Tak sanngka akal dia dah ke situ.. Nak bergurau tahap prank gitu. Huh.. 


" Tahun depan , sekolah ye ? " tanya mak dia.

" Tak nak.. Aariz kecik lagi. Nak sekolah ngan abang. Nak friend ngan abang. Tak nak kakak." kata dia. Dia ngan Zahra tak ngam. Selalu je gaduh. Kes jeles ! Hahahaha.. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Setiap kali aku post gambar di Instagram , tak sampai seminit akan ada yang save ! Dan ramainya yang save tu antara 14 users ke atas. Aku tak tau la diorang buat apa tapi antara yang aku tau diorang buat fake account di aplikasi gay dan juga sebarkan di Twitter. Yer, golongan songsang ni perlukan bantuan psikologi dengan segera. Kasihan mereka.

Dah tu kenapa aku posing gitu ? Laa... Salah ke ? Bukannya seksi pun. Yang kata seksi tu , orang sakit akal jer.. Di Instagram tu , rasanya berjuta lelaki yang workout post gambar bersenam. Tujuan untuk share cara dan teknik bersenam. Macam aku, lebih pada nak memberi semangat dan motivasi pada rakan rakan yang berat untuk bersenam ! Mereka nak tapi tak de motivasi. Maka aku yang dulu macam tu pun , gunakan platform ni untuk beri sokongan ! 

Okk.. rasanya aku dah kena ubah cara posting. Ramai dah nasihat untuk buat watermark ni tapi aku tak nak. Tak sangka la sampai seteruk ni ! Yang guna untuk scam orang tu, aku tau dah. Memang dah jadi kes polis. Bukan kecik anak punya nilai wang yang ditipunya. Nasib baik kena tangkap dah. 


Jumlah yang save , 14 orang. 

Aku ingat nak buat macam ni. Tapi masih ada yang save ! Huhuh.. Memang cacat akal tu. Hahaha.. Pelik pelik... Bersungguh nak jual gambar aku eh ? Haish.. Tak takut dosa ke kawan ? Ke memang tak percaya pada dosa pahala ? Tak percaya pada hari akhirat ? Ke tak percaya pada Allah ? 

Kesannya.. ramai LELAKI yang mesej aku di Instagram dan 'mengurat' aku ! Hahaha.. Secara terang terangan. Hensem hensem lak tu ! Patut la anak dara sekarang payah nak jumpa laki kacak ! Oh , diorang tak sado tauuu.. Kering kontang atau boroi gitu ! Nah... ada yang beranak pinak pun ! Memang tak sangka la.. Selera songsang !


Dan semalam aku buat gini. Setelah 12 jam.. takda yang save ! Hehehehe... Nampaknya , macam ni je la yer... Kena letak nama aku besar besar ! 


Macam macam la perangai manusia ni. Dengan perangai ahli ahli politik yang pelik. Sampai rakyat pun terabai ! Apa tindakan terhadap mereka yang berperangai sonsang gini ???
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Tiga hari berturut turut aku makan bakso ni kat Taman Warisan, Putrajaya. Kuah dan cili dia sedap. Bebola daging pon ok la. Memang sampai ke kuah aku hirup ! Hahahaha.. Nasib baik la makan waktu tengahari. Kalau malam ? Fuh.. jenuh gak la.. 

Jenuh kenapa ?  Kalau betul betul nak turun berat badan dengan cara sihat tanpa melibatkan sebarang produk pembakar lemak, maka aku kena bakar semula kalori yang masuk melalui bakso ni. Nampak tak berat pun tapi... nah... kalau setakat bihun sup biasa je dah 200+ kalori , ni ada daging lak ! Berapa ? Aku anggarkan dekat 500 gak la.. Sebab 4 bijik bebola gitu..

Jadi nak bakar camana ni ? Macam aku , ada stepper dan treadmill di rumah. Jadi aku bakar dalam 150-200 kalori jer. Baki tu aku bakar masa di gym. Dan kena pastikan la cukup ! Tapi cukupkah ??? Jom tengok kiraan bakaran kalori jika aku amik workout di gym selama 2 jam ..



Tapi sebenarnya , berapa kalori aku perlukan setiap hari untuk terus hidup dengan sihat ni? Hahahaha.. Meh kita kira dulu.. 


Fuh.... tu dia ! Faham tak ni ? Hahahaha.. Ok selain jaga makan dan bersenam ,pastikan kita cukup tidur ! Sekurang-kurangnya 7-9 jam sehari. Makanya tidurlah awal yer. Sebenarnya bagus tidur awal ni.. Elak rasa lapar ! Pagi baru makan. Kalau berjaga , layan Netflix , layan media sosial.. memang siap laaa perut ! Confirm lapar punya.. 

Dan penting bila jaga makan tu, elakkan gula. InshaAllah cepat skit turun berat tu dan muka cepat runcing. Eceh.. Amacam ? Berminat nak turunkan berat badan atau nak kekalkan berat tu ? Hee.. Segalanya terpulang pada diri sendiri. 

Esok cuti.. kita mulakan malam ni dengan berjalan jalan di Putrajaya ! 



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Tahun 2012-2019

Selalu je kawan kawan cakap gitu kat aku.. Aku ulang alik gym ni dari umur 22 tahun lagi. Ketika tu, badan aku dah berlemak abis dek kerana dok makan nasi kandar ari ari ! Tak sedar pun !! Yang buat aku sedar ketika nak pakai baju melayu. Tak muat !!! Barulah ketika tu aku tau aku dah membesar bagai johan. 

Sebelum tu, aku aktif bersukan. Main badminton, bolasepak... jogging.. tapi sejak bekerja siang malam.. susah dah nak bersukan. Stress datang menjengok aku.  Ari ari dok fikir nak selesaikan kerja. Bila rehat, turun gi makan nasi kandar. Ayam masak madu 2 ketul. Wajib ! Fuh....

Kemudian aku start main besi. Beli bench.. barbell.. plate.. Letak dalam bilik tidur. Nak gi gym , malu. Dalam kepala , kat gym penuh dengan raksasa ! Maksud aku brother brohter katang ! Sado sado gitu. Malu la Kita boroi dan berlemak. 

Satu hari , ada kawan memaksa aku gi gym selepas tengok aku serius. Dia pun tak la besar mana pun. Baru nak main cam aku. Dia kenal owner gym tu. Aku pun ok jer la. Bila masuk ke gym tu, aku terkejut la.. 

" Eh, macam ni je ke ? " bisik hati aku. Kalau aku tau , lama dah aku gi gym. Huhuhu... Kenapa ? Gym ni bukan selalu je penuh orang. Ada waktu waktu dia la. Maka kita kena pandai cari waktu tak ramai orang. Nah.. ketika tu, belasah la workout.

Sejak tu, aku mula buat kawan dalam gym tu. Ada dah bertitle Mr. Malaysia pun sekarang ni. Tapi aku berworkout bukanlah mengejar apa apa pencapaian. Aku sekadar lakukan untuk diri aku. Jaga kesihatan , mental dan fizikal. Sebab aku kenal diri aku ni camana. Pernah tekanan darah naik melambung lambung dek kerana stress kerja. Tak berbaloi ! Makan tak hengat satu hal lagi ! 

Alhamdulillah... mula kelihatan perubahan ketika umur aku 28 tahun. Maklumlah , main natural jer. Aku cuma amik susu HL, ayam golek dan telur jer setiap hari. Tak nak usik apa apa suppliment lagi selagi belum serius nak keluar masuk gym. Huhuh.. 


Tahun 2020

Di gym , banyak kali dah orang tanya aku... 

" Abang main berapa lama dah ? " 

Aku senyum... Dari usia 22 tahun dan sekarang , 44 tahun. Berapa tahun ? Badan aku naik turun jer. Boroi bila stop sekejap. Tu pun sebab nak fokus jaga anak. Besarkan si baby tu dulu baru boleh gi gym... macam sekarang. 

Untuk apa semua ni ? Hurm.. Kadang kadang kita tak sedar yang kita ni mampu memberi motivasi pada orang lain.  Kalau kita boleh lakukan , dia mesti lagi boleh ! Takda apa yang mustahil melainkan kita sendiri yang tak nak lakukan ! 

Dan aku sendiri nak buktikan bukan semua lelaki lepas kawin tu boroi ! Bila ada anak tu je boroi ! Atau takda masa untuk diri sendiri ! Yang paling penting ialah motivasi untuk anak anak juga. Mereka tau , menjaga kesihatan tu penting. 

Sebagai blogger juga , aku kena jaga personaliti aku. Bukanlah nak tayang badan atau muka. Tapi perlu juga kelihatan kemas setiap kali gi event dan sebagainya. Di gym yang aku gi tu, berapa ramai dah dok tanya bagaimana nak turunkan berat badan dan sebagainya. Nah , itu pun juga ilmu. Bila mereka tengok kita , mereka teruja juga untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul. Takda la dok bedal ubat kurus tak tentu hala ! 

Dan paling utama ialah bila kita bersenam gini.. wajib jaga pemakanan ! Tu nombor 1 dan paling susah. Setiap hari kita akan nampak menu menu sedap viral di media sosial. Macam aku, tak jadi hal dah. Lali. Apa yang ada depan mata aku, aku makan. Nak kata pantang sangat tu tak la. Cuma kalau boleh aku elak yang manis dan masin. 

Maka jawapan aku, aku sado nak gi mana ? Aku sado nak pastikan baju baju aku 10 tahun lepas masih boleh dipakai dengan kemas , seperti 10 tahun lepas. Dan gi gym ni awet muda. Heehehe.. Tak nak kelihatan tua sebelum usia ! Heeee...

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments


Tengok trending di Twitter. Nama Nabila Razali naik..... Er , sapa dia ?? Hahahaah... Maaf la nak.. pakcik lama tak layan Meletops dan seangkatan dengannya. Tapi tak pe.. tak kenal maka tak cinta kan. Hehehe.. Maka aku pun cari la info pasal video klip Peluang Kedua ni. Dan jumpa..

Dan.. sapa dia MK ???? Mak aih... tua benar aku aih.. hahahaha.. Dok layan lagu Indonesia banyak sangat aku ni.. sampai tak tau perkembangan lagu dalam negara dah.. Huhuhuh.. 


" PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa syukur dan terharu apabila muzik video Peluang Kedua mencapai tontonan 1 juta dalam tempoh sehari dimuat naik di saluran Youtube, ia sekaligus mengulangi rekod single hitnya Pematah Hati.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya!”

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini.

Nabila turut tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada tim produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.

“Selain kami juga, orang-orang kuat di belakang tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini.

“Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya. "



Hurmm... hurmm... aku dengar dah lagu dia. Hurm... Lagu dia sedap. MK rap pun layan la.. Taste anak muda gitu... Bagi aku pun ok gak la.. Cuma suara Nabila Razali tu... cam... tak berapa kena je ? Ke aku kena dengar banyak kali baru ngam ngan telinga aku kot ? 

Apa pun.. Tahniah la buat mereka yer... Teruskan perjuangan. Selagi lagu tu tak bercampur aduk bahasa, aku sokong ! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Tengok dah video tu ? Seriuss , aku sokong sangat tindakan anggota polis tu ! Memang patut sangat. Ada yang kritik sebab tak ikut prosedur. Amenda laaa woiii ! Ko dah nampak orang tu bertentangan arus menunggang motorsikal.. pastu nak suh kejar bahayakan nyawa dia ? Huhh.. giler ke apa ? Sapa suruh lari ?? Kalau takat takda lesen dan roadtax, menyerah diri je la ! Patut dari awal awal lagi sedar yang awak tu akan melakukan kesalahan ! 

Bayangkan kalau orang tu ada senjata api ? Dan tengok la orang ramai yang ada di kawasan  tu lak. Adoi.. tak ke perbuatan tu merbahaya ! Haish.. pelik pelik laaa ! Kalau kena kat anak sendiri ? Padan la muka ! Dah tau salah , sapa suruh buat ! Nak pertahan anak pun, beragak agak la skit. Atau cuba bayangkan orang tu pendatang asing yang masuk negara ni secara haram dan ada rekod jenayah ? Dan positif Covid 19 la tu ! Haaa.. Eleh.. Kalau eh ? Ko nak tunggu disahkan benar ada rekod baru boleh terajang ? Adoiyai.. maki kang.. kata aku tak jaga bahasa dalam blog ni. 

Dalam kes ni , yer.. aku sokong sangat anggota polis tu ! Dah nampak ramai sangat buat perangai macam ni. Jangan kasi muka pada mereka yang langgar undang undang. Kena tegas atau ramai yang akan besar kepala ! 

Jika tindakan dikenakan pada anggota tu, aku harap dia banyakkan bersabar. Anda hero ! Terbaik ! 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Seluar sukan ketat jenama Adidas yang aku beli kat Al Ikhsan ni , aku nak guna untuk hiking.. kononnya. Pakai dua lapis la. Takut pacat masuk dalam ! Hahahah.. dia punya trauma tu.. sampai ke hari ni. Heee..

Entah kenapa , ari tu aku gatal nak pakai keluar berlari dengan anak anak.. Berlari tu tak la sangat tapi banyakkan berjalan. Saja nak pakai. Camana feel pakai keluar malam malam. Hahaha.. Aku tengok meriah je orang pakai kan ? Heee.. Tapi masa aku pakai tu, orang tak ramai la... Sebab malam Isnin. Orang dah mood nak tidur awal sebab esok kerja. 

Sepanjang berjalan tu.. aku dok dengar Qhaliff bercakap ngan mak dia. Hurm.. budak ni mesti mengumpat aku punya ! Boleh agak sebab bila aku pandang dia , dia gelak. Hurmm... tau dah apa butiran umpatan diorang tu. 

" Daddy, tak malu ke pakai seluar ketat tu ? " tanya Qhaliff.. 

Tau dah !! Huhh...

" Eh.. ni kan seluar sukan ? Tengok diorang tu pakai.. ok je kan ? Tengok dalam Instagram ni. Orang sado pakai.. Ni kan seluar sukan.. " jawab aku. 

" Alaa.. diorang sado. Daddy tak sado pun.. ". katanya lagi pastu gelak. 

Aku cam.. tak sabar nak sunatkan dia ni !  Tapi yelah.. memang segan la pakai seluar ketat ni. ! Hahaha.. Pakai malam je la duk umah.. Huhuh.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes