BEN ASHAARI



Ok .. segmen ni memerlukan kreativiti korang sebagai seorang blogger .. Mana mana entri yang terhasil akan diletakkan di entri sticky post sehingga malam karang .. Wah.. lama tu... Promosi gitu ..

Ini peluang pada korang untuk membuktikan bahawa blogger adalah kreatif sebenarnya .. Bukan sekadar mengarut di tepi jalan .. okeh ? Jadi buat dengan menarik gitu .. :)

Bagi yang berminat ... sila buat satu entri khas :

  1. Tajuk : TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !! dan linkkan ke entri ini ..
  2. Sila hasilkan sebuat cerita (tamo lucah okeh ! ) .. tak kira dalam bentuk dialog atau apa saja .. Yang penting dalam perlu ada watak ! Watak watak perlulah dipilih di SINI .. Korang dah tengok kan dua contoh yang ada semalam ? Kalau takde idea , boleh rujuk entri INI atau entri INI .. Tapi jangan sampai ada yang terasa hati atau menghiris jiwa ! Amaran ni... aku tak bertanggungjawab tau !
  3. Senaraikan pelakon pelakon pilihan korang ... Amik di BENASHAARI2 .. Beri nama blogger dan linkkan ke blognya
    1. 1 PELAKON LELAKI ( HERO ) - nama blogger (cth BEN )
    2. 1 PELAKON WANITA ( HEROIN )
    3. 1 PELAKON SEBAGAI AYAH
    4. 1 PELAKON SEBAGAI IBU
    5. 5 WATAK PENJAHAT
    6. Cipta watak lain sekurangnya 3 watak ..
  4. Amacam ... senang kan ???

OK.... itu jer.. kalau dah siap.. sila pastekan url korang di ruangan entri ni .. Ala.. senang je kan ???

Cerita cerita yang dah siap :

  1. a n a . i z z t y
  2. Pembawa_Wacana
  3. Miss Ran
  4. padlie
  5. Aya^Yaya
  6. Novelgurl
  7. Ujang9897
  8. n!cK
  9. yad'z
  10. Fakhrul1409
  11. Qaseh dalia adelia
  12. Faizal Fredley
  13. Nurul Afifah
  14. mukmien
  15. ...AmALinA....~
  16. Syarifah Nornazrah Al Yahya
  17. mynameismy
  18. mas.saari
  19. author faethal
  20. iqbalhakimi
  21. nur
  22. cik pulau
  23. AdyBudika
  24. a n a . i z z t y
  25. putERi-kAtEk
  26. Sunah Mohammad
  27. d_tieah
  28. Muslimah Optimis
  29. :: Little Kouru::
  30. mynameismy
  31. AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
  32. fadzli
Share
Tweet
Pin
Share
89 comments

 

Sapa yang sekarang ini berada di Sabah ?? Haaa.. ni ada projek baeekkk punya neh... Rugi tak sambut projek nih ... Ehem.. Korang tengok projek vlog kitorang ?? Belum ??? Kalau belum , meh tengok kat SINI ...

Ok .. 1TUBE.MY akan ke sana pada 5hb Mac 2011 ini sehingga 8hb ( kot ) .. bertujuan untuk merakamkan vlog blogger di Sabah .. Jeng jeng jeng ... Ada sapa sapa berminat ???

Tumpuan 1tube.my kali ini di bandar Kota Kinabalu ... Mana mana blogger yang berminat untuk merakamkan vlog mereka untuk pertama kalinya , digalakkan bertemu dengan mereka ..

Amacam ?? Berminat ? Kalau berminat , sila email butiran peribadi seperti nama , no tel dan juga url blog korang ke benashaari@yahoo.com dan aku akan memanjangkan nama korang ke pihak 1TUBE.MY ..

Tunggu apa lagi ???

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

“Oii Padli cepatlah sikit feri dah sampai ni”..kedengaran suara ujang yang agak serak memanggil sahabatnya..lamunan padli yang baru sahaja hendak mengimbau kembali detik-detik manis nya bersama keluarga  di langkawi  bagaikan terputus dihiris oleh suara yang biasa di dengarinya itu…matanya yang merenung tajam ke arah burung helang sebagai mercu tanda langkawi mulai berkaca mungkin terkenangkan orang tersayang, lantas lamuanannya terhenti disitu jua…padli melangkah kaki dengan lesu menuju kearah feri yang setia menunggu penumpangnya.

Kini setahun sudah padli bersendirian tanpa keluarga tersayang, setelah peristiwa 6 Julai 2009 yang telah meragut 4 orang ahli keluarganya dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Kota Bharu…ingatan itu masih segar bermain di benak fikirannya. Ayah, ibu dan kedua abangnya telah pergi mengadap Ilahi..kini hanya tinggal padli seorang yang bakal meneruskan waris keluarga Pak ben.

sambungan > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Vlog di Taman Canselor Putrajaya ari tu , dah siap dinaikkan .. Aku punya dah capai 4 ribu lebih tontonan.. Gulp .. terima kasih pada yang sudi promo...

image

Ada yang kata suara aku lain dalam ni.. Gaya tak sama cam kat luar .. Eceh... aku segan sebenarnya depan kamera .. haha.. serius woo.. pemalu wooo ... ok ok.. dah tengok belum ?? Klik sini kalau belum tengok eh .. SINI

Manakala vlog rakan rakan yang lain .. Sila klik nama ...

  1. UJANG
  2. HANIM
  3. 1.ichbincheya 2.nurelleohnurelle 3.luvknewrule 4.faziera193
  4. Taufik n Nisa
  5. Ery Farieha n Nisa
  6. Yuyu Zulaikha

Ok .. tu je kot yang ada ? Ke ada lagi ?? kalau ada bagitau eh...

TERIMA KASIH 1TUBE.MY !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Kisahnya bermula dengan percintaan Roy(Ujang) & Suzy(Eka)..suda hampir 4 taun mereka menyulam cinta yg penuh suka & duka...tidak lama lagi mereka akan ditunangkan dan seterusnya berkahwin...

Pada 1 hari Suzy kua berjalan2 di Pavillion bersama kawan baiknya(Fyna)..sedang mereka berjalan2 dan bergurau senda tiba2 dtg seorang jejaka tampan yang xdikenali dan terus menyapa Suzy..Suzy berasa sungguh hairan kerana dye langsung tidak mengenali jejaka tersebut..lalu jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Syam(IqbalHakimi)..bermula dr situ la hubungan mereka semakin rapat sehingga membuahkan bibit2 cinta...

 

sambungan  > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Pada zaman dahulu, ada seorang Putera Raja yang sangat hensem lagi berwibawa. Putera Faizal namanya.. Baginda adalah seorang yang cukup berjiwa rakyat. Ini terbukti kerana baginda makan nasi guna tangan, buang air kat tandas, tidur atas katil dan mandi guna air.

Setiap bulan, baginda akan meronda ke serata Negeri untuk melihat kehidupan rakyat. Dengan menaiki keldai, baginda akan merentas desa dan mengharung sungai demi rakyat jelata. Semasa perjalanan, baginda akan ditemani oleh Axuerha, Usop dan Pezol. Axuerha bertanggungjawab sebagai PA baginda manakala Usop dan Pezol adalah panglima baginda yang terbilang. Terbilang kerana boleh dibilang.. Ye la dua orang je.. Boleh bilang dengan jari kan?

Pada suatu hari, ketika tiba di sebuah kawasan pedalaman, kedengaran sayup esak tangis seseorang diselangi gelak tawa bernada jahat lagi kerek.

 

sambungan  >> SINI

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

image http://theuglyreality-hanisa.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Watak-watak di bawah bukan menggunakan nama sebenar... Kalau nak tau sape... klik la dekat watak tersebut.. Ini lakonan sahaja...bukan betul....ibarat kata...ini tipu-tip saja...:)

Cite ni di warong kedai kopi Wacanaku.... Pak Samad sedang goreng pisang untuk hidangan pelanggannya... TIBA-TIBA.....datang seorang lelaki dan perempuan... dengan memakai pakaian sungguh encem dan segak... si pempuan pula sangat sopan dan trendy.... tutup aurat gitu.... name mereka... Sudin dan Saudah, hero dan heroin citer ni...

Kelihatan jauh di belakang ayah dan mak mereka... Said dan Siti..  Kedatangan hero dan heroin kita di warong ni sebab ada kes kecurian di warong Wacanaku... Kes kecurian dan juger penculikan..... Disyaki 5 orang yang membuat kerja ni.... Name mereka ialah Ben, Ujang, PW, Iqbal, dan Naz... Kepale depa ni adalah Ben... Mereka telah menculik anak patung Saudah dan mencuri botol kicap warong Wacanaku....

sambungan > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

image(terlupa lak bos aku dalam FB aku .. adeh.. bukan bos je.. wife pon ada .. adik ipar..abang ipar.. aduh.. )

Nak dijadikan cerita ...

Semua bos aku takde ari ni ! Eceh.. merdeka ?? Takde maknanyaa.. Aku mmg merdeka pon tiap tiap ari.. hahaha ... Tapi kali ni kedua dua bos tkde .. Sorang dalam persiapan nak berkahwin.. Sorang lagi dlm perjalanan ke Indonesia .. Ada kije kat sana ..

Maka aku di sini ??? Haha.. walaupun bos takde , aku bukan spesis merayau.. Sedangkan waktu lunch pon aku tak bergerak dari kerusi aku ni apatah lagi bila time bos takde .. hehehe..takde maknanyaa..

Dari aku menghilangkan diri , masa yang ada tu ( kalau takde keje la ) aku abiskan masa dengan update blog jer .. dapat gak duit kan ? Sapa nak kasi ?? haaaa...

Share
Tweet
Pin
Share
58 comments

-TUTUP TUTUP TUTUP !! TAK KIRA.. TUTUP DAH !! -

Ok.. satu segmen menarik kejap lagi.. Sapa yang berminat untuk menyertai atau berada dalam senarai pelakon yang bakal diarahkan oleh blogger sendiri , sila isi borang.. hehe.. camana nak isi borang ?

Sila buat satu entri khas :

  1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk SAYA NAK ! SAYA NAK ! dan linkkan ke entri ini ..

Tutup ? Kul 12 tengahari ini !! Sapa cepat , dia senaraikan di BENASHAARI2 dan selepas itu segmen kita bermula.. hehe...

Tinggalkan url link korang di ruang komen entri ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
132 comments

 

Ehem... ada sapa sapa nak bercinta dengan aku ? Ada tak ? Ok.. jangan cari pasal.. hahaha... Gurau jer ..

Bercinta ... bercinta ... best ke bercinta ? Mmg la best .. Anugerah Allah .. CINTA .. satu perasaan yang tak boleh digambarkan .. Tapi hati hati je la masa bercinta okeh ? Jangan tambahkan dosa ... Faham maksud aku kan ?

Cinta sesama blogger ? Hurm... best atau tidak , terpulang pada mereka sendiri .. Cuma apa yang aku nak nasihatkan cuma , jika masih belajar .. maka tamatkan pelajaran tu dulu .. bukan tak boleh tapi jangan lupa tujuan asal kat situ .. Korang masuk situ dengan duit sapa ? Masa yang dibazirkan tu camana ?

Bagi aku la kan ... kalau sukakan seseorang tu , biar berkawan dulu .. Lepas abis belajar , baru tentukan .. Serius.. tu lagi best dari dok berkepit masa belajar.. Korang rugi masa .. rugi pengalaman .. Mana tidaknya , nanti nak buat apa apa pon susah .. kena dapatkan 'kebenaran' la konon .. Kes cemburu satu hal lagi.. Kalau single kan best .. buat je apa pon.. takde sapa nak larang ..

Bab bercinta sesama blogger.. Aku boleh katakan , jika bercinta dlm dunia cyber ini terutama blogger , akan hilang segala keindahan berblog.. Kenapa ? Dia takkan ada idea dah .. apa yang dia nak cerita ? Segalanya mengenai cinta dia ? Bila bergaduh ? Bila putus ? Bila happy best la.. amik gambar .. buat entri gitu gini ..  Abis satu dunia tau.. Ingat , satu dunia baca blog ni .. Cuma faham atau tidak je la.. hehe ..

Kalau nak bercinta gak sesama blogger , selesaikan dengan segera.. Suka ?? Bertunang terus nikah.. senang ... jangan panjang kisah cinta tu .. bukan apa , dari blog penuh pembaca terus hilang pembaca .. Jangan lupa , kita bukan pelakon filem SEMBILU !

Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

 

Mmg pedih .. mmg tak seronok bila blog kita dikritik atau dikutuk .. Bukan kerana mental kita lemah tapi tak berpeluang membalasnya .. Kenapa ? bila kita membalasnya , maka kita jadi seperti dia ..Kalau buat tak tau , orang anggap kita bacul pulak kan ? Sakit hati ? Pergh..

Gini .. aku pon masih terima gak komen komen bersikap bacul ni ... Pandai balling batu tapi tutup muka ... Seronok .. mmg seronok .. Apa yang aku buat , aku delete je komen dia .. tak perlu nak fikir segala katanya ... buang masa ...

Pikir positif yakni blog kita sudah menjadi bacaan rasmi dia sekarang .. Jika setiap hari dia datang dan mengutuk , maka mmg dia adalah silent reader kita yang terbaik lah.. Mmg sayang sungguh dia kat blog kita tu... Kena buat entri penghargaan buat dia .. kalau boleh mintak alamat surat menyurat.. Kita kirim baju yang punya nama blog kita besar besar kat dia ..Mana tau dia bangga dapat pastu pakai g mana mana.. Kata pengkritik tegar kan ?

Bukan ego tak leh terima kritikan tapi kritikan yang dilemparkan lebih pada mengarut.. Lebih pada caci maki ... Bukan membina tapi memusnahkan  semangat juang orang .. Tu semua sikap sikap yang dibenci agama.... Sepatutnya kita saling bantu membantu.. Jika ada yang tak kena , tegur dengan cara berhemah .. Kalau maki hamun , rasa rasa sapa yang berdiri disebelah sambil membisik di telinga tu ? Dah jadi kawan baik syaitan ke ?

Kita , sebagai blogger ... senyum je .. toksah nangis .. toksah tensen.. Tak mati kita dengan kutukan mereka .. apa yang boleh mereka buat selain dari jadi manusia bacul ? Tak de apa.. tu je ..

Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

 

Salam.. selamat pagi ..

5 tahun ... Satu jangka masa yang cukup panjang bagi aku untuk beraada di satu satu tempat.. biasa aku hanya boleh melekat sekurang-kurangnya 2 tahun saja .. Tapi aku di sini sudah lebih 5 tahun dan bermakna aku gembira di sini ..

Walaupun ada pergolakkan kecil tapi seringkali dapat diselesaikan dengan baik tapi ini nampaknya ada yang 'bermain kotor' .. Sangat sangat menyedihkan .. Geram ? Jangan cakap la ...

Hendak diadukkan pada siapa ? Segalanya dah termakan hasutannya.. Hurm... Semalam , aku tengok ASTRO , Mistik Alam Misteri ... Sebijik betul situasinya ... Astagfirullah al'azim ..

Tidak takut pada Allah kah ? Tapi bila melihat orangnya , mmg rasanya spesis tak kisah ... Cuma tu lah .. yang tak bersalah telah menjadi mangsa ... Dan 'virus' ini semakin merebak sehinggalah dia berkuasa 100% tempat tu ... Hurm...

Apakah di dalam kepalanya ? Apakah dia tidak sedar nyawanya milik Allah ?? Apakah dia tak sedar yang dia sendiri akan menemui Allah ? Tapi nak kata apa dah kan .. bila mata hati dibutakan dek syaitan ... segalanya menjadi hitam ...

Nak bekerja pon dah jadi malas..Pada siapa nak pergi mengadu .. Hanya tunggu masa jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

182941_192190490801318_136294546390913_552733_5075282_n Gambar hiasan - eceh.. gambar bersama Jaa masa vlog @ putrajaya ari tu haa...

Aku baru terima jemputan untuk hadiri gathering Cikgu Gathering di Times Square , Sabtu ni .. Gulp ... Geng geng blogger cikgu lak buat gathering eh .. huhu..

Sejak kali pertama aku g gathering SB ari tu , sampai sekarang .. tiap tiap minggu ada je projek ngan blogger .. Huih... mmg boleh bikin isu gini .. huhu ..

Aku tak pasti lagi boleh g ke tak sbb sabtu ni aku ada hal penting nak diuruskan ... 90% aku nak g ... seronok jumpa kawan kawan baru tapi 10% lagi , i segan u.. semua cikgu cikgi je.. aku ? cikga jer.. segan aii..

Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

 183407_195614647128846_100000409372347_664848_764610_n 181684_195614603795517_100000409372347_664847_1163607_n

Penat.. bangun kul 5 lebih.. workout ... g kerja.. lepas kerja , g gym.. baru balik rumah.. Semuanya guna public transport.. Dan pada masa yang sama , aku berblog .. Setiap kali aku ada masa lapang.. seperti sekarang .. ada lagi 12 minit untuk sampai ERL , aku update entri ini ..

Semasa dalam LRT aku blogwalking , masuk ke blog yang aku mmg kenal .. kira aku silent reader dia jer... Tapi bila baca entri dia yang INI , aku rasa sedikit kecewa .. APAAA ??? Kecewa ????

Tidak sama sekali.. Aku tidak kecewa langsung .. Bayangkan .. aku ini cuma manusia biasa ... Sedangkan ALLAH mengurniakan rezekiNYA pada kita ini pon masih ada yang tidak reti bersyukur dan berpuashati ini kan pulak aku ??? Mana mungkin .. Aku tidak mungkin dan tidak boleh puaskan hati semua pihak..

Tak kisahlah .. janji dari 100 orang , aku dapat puaskan seorang pon dah memadai ... aku cuma insan biasa ... kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

imageKejap je dah lebih 10 ribu .. Baru ari Isnin ari tu merayakan 10 ribu Follower .. Yelah , aku kan blogger biasa jer .. bukan artis .. dah tua .. tak kacak lak tu ... haaa... entri pon tak best.. pendek pendek jer .. tapi mampu gak capai 10k dan terus naik ..

Ini membuktikan , sapa sapa boleh jugak dapat ... ASALkan ???? Dah puas bagitau.. rujuk VLOG aku tu yer .. hehe.. nak baliK.. mau pg gym... menghilangkan pp aku tuuuuu ... grrr ..

Share
Tweet
Pin
Share
52 comments

 

image Aku dalam proses menyiapkan satu filem pendek.. dalam 5 minit punya filem... Yang mana pelakon utamanya aku sendiri ( rujuk gambar bawah ) dan penjahat last sekali ( gambar atas yang bertulis ujang )

image

Cerita dia ringkas jer .. mana si hero ni pergi , si penjahat ni akan ikut .. Apa tujuan dia ikut , itu biarlah rahsia .. nak tau kena tengok movie ni nanti.. Penuh dengan adegan romantik antara hero dengan heroin ( dah tau sapa ) ... dan juga adegan aksi yang sangat menarik .. Cuma babak penjahat ni yang dilakonkan oleh blogger picisan , Ujang cumalah 5 saat .. tu pon sekadar lalu depan kamera .. Bajet tak banyak untuk dia ..

Skrip untuk Ujang , ada.. sapa kata tak de ... Bayangkan bila kamera difokuskan ke arah rambut  Ujang , dan dia toleh ke arah kamera lalu dia membuka mulut untuk berkata " Aa" .. terus director jerit dengan cepat dan lantang " CUTTTTTTT " .. Perfect !!!

Itu je la babak untuk Ujang .. Kira yang pertama dan terakhir.. Selebihnya babak antara hero bersama penjahat yang lain ..

Tajuk filem ni ? lom pk lagi.. sbb pening kepala pk skrip untuk Ujang !

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

 

Sedihkan ? Tulis entri dah best dah .. cerita siap bergambar lagi.. Gambar tu pulak siap edit dalam photoshop lagi.. haaa..tapi takde pon orang masuk baca dan komen .. Frust kan ? Kecewa kan ? Rasa cam nak bersara je dari dunia blog ni .. Join je balik dunia farmville je.. kan kan ?

Cuba periksa balik blog korang .. apa tak kena ? Entri kah atau blog tu sendiri ? Ada blog yang aku masuk  dan tertarik nak komen ..tapi bila nak tinggalkan komen , aku kena jawab pelbagai soalan .. cam nak exam jer lagaknya ..Itu mematahkan semangat juang aku untuk meninggalkan komen.. Tu baru aku ! Kalau lagi 100 orang tu camana ?

Cuba tengok entri INI .. Aku letak gambar.. kacak kacak belaka.. tapi 1 komen je dapat .. haaa .. Tu entri awal tahun 2010 .. Dan tengok INI .. Tu entri 2009 ..

Kedua dua entri ni antara yang best aku cuba buat tapi sayangnya kurang mendapat perhatian .. Kenapa ? Cuba korang fikir .. camana pembaca nak tau tentang kewujudan blog korang tu ?? Jawapannya cuma satu jer .. korang buat blog tapi tak buat promosi awalan.. Promosi pengenalan takde ..

Korang kena anggap blog korang tu satu produk jualan .. Bagaimana nak perkenalkan produk korang tu kepada orang ramai sedangkan diorg pon ada gak blog .. Camana nak bagitau blog korang tu menarik dan bagus untuk dibaca ? Dan paling penting , kat mana nak jual produk korang tu ..

Bila promosi pengenalan berjaya , insyaAllah .. blog akan ada pengunjung.. bila dah gitu , mantapkan entri ! Nak panjang atau pendek , bergantung pada kreativiti korang sendiri... Kena bijak dan pantas .. Cepat amik peluang .. jangan nganga jer ...

Belajar bersabar.. hari ini bukan penentu esok hari... tapi hari ini adalah permulaan untuk esok hari ..

Share
Tweet
Pin
Share
71 comments

 

Kalau perempuan mengayakan ala ala comel cam melagakan hidung , pipi gitu , boleh je kan ? Nampak cutee gitu.. Kalau lelaki buat camana ? Nanti nak tengok Mat Gebu ngan Ujang buat masa g Sedenak nanti eh ? Aku nak amik gambar .. nampak comel ke tak .. OK Mat ? Ujang on je tu .. hehe.. guwau je eh..

Ceritanya gini .. seringkali aku ternampak , mamat indon atau bangla ( aku rasa laa .. kalau tak maaf eh ) , kalau berjalan berkumpulan  pasti ada yang berpegangan tangan gitu .. Gulp.. bukan apa .. bila aku tengok tangan diorng tu penuh ngan bulu berkerinting tu , aku tak leh sanggup bayangkan jika bersimpul mati nanti .. haaa... Huhu..

Perempuan pegang tangan sesama mereka bila berjalan .. ok je kan ?  Kalau lelaki ? Boleh tak ? Nampak cute tak ? Tak punya kan ? Apakah cute ini milik perempuan je ??? Cuba bayangkan jika lelaki pakai seluar mandi  polka dot pink putih ( maaf eh.. nak bayangkan sesuatu yang cute ) ok tak ?

Jadi kan ... cute ni lebih sesuai untuk perempuan dalam pelbagai sudut.. Lelaki ? Sememangnya dah dikenali dengan gagah dan tampan.. Macam vin diesel tu la.. kang cakap cam aku , ada gak yang jeles ..

Betul tak ?

Share
Tweet
Pin
Share
55 comments

 

image http://hasrulhassan.blogspot.com/

 

I LIKE !!! TERSURAT N TERSIRAT

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Sewaktu aku kecik kecik dulu ... aku kecik dulu comel tau !! Haa... Pakat kena cubit je pipi.. Yela yela.. aku tauu.. korang pon comel.. Ni cerita aku ke cerita korang ?? Sibuk je nak bercerita gak !!  Grrr...  Ok.. sambung .. diam boleh ?? Ok... gini cerita dia .. aku ..panjang dah .. g perenggan kedua la ... tu laa.. korang la nih !

Teringat la mak aku neh.. kalau nak bersiap keluar g mana mana terutama nak g kenduri la .. Dia punya siap , mak aih .. kalau zaman tu ada blog , bapak aku sah sah boleh siap 5 entri dah ! Aku rasa semua perempuan gitu kot .. Nak dapatkan keyakinan.. Nanti orang kata ,bini sapa ? Bini korang gak kan .. haaa

Bila aku check .. tu dia.. mak aku aih.. pakai kain dalam... pastu baru pakai baju kurung .. Aku tanya la.. awat pakai kain dalam ??? Tak panas ke ? Dia jawab , kain baju kurung ni kan nipis.. jarang .. orang boleh nampak ! Oooo... Aku masa tu main oo jee.. tak paham pon sebenarnya ..

Zaman sekarang ni , aku rasa tak ramai dah pakai kain dalam .. susah la nak jumpa perempuan terutama yang muda muda ni .. Kalau boleh tak nak pakai kain pon ada kan.. hahaha.. aku gurau je laaa... Tapi hakikat kan ??? Haa... Aku , selalu sangat la dapat tengok show free.. bukan salah aku okeh !! Bukan aku sengaja nak tengok.. Dah diorg berdiri tengah panas.. Cahaya menerjah masuk .. lalu , jeng jeng jeng.. korang pk la sendiri !!

Tujuan aku ni satu je la... bukan nak bukak aib perempuan ..cuma nak bagitau je la.. Bagi yang menitikberatkan aurat dan maruah diri tu , baju kurung korang tu ada yang nipis.. jadi boleh nampak ( lutsinar gitu ) bila ada cahaya yang menyinari badan korang tu .. Bagi yang tak kisah tu , ala ala I SEKSI UUU  tu.. aku tak nak kata apa la.. buat la selalu ... tangggung je sendiri eh.. Pakcik Beng dah bagitau ni.. nanti kang ada yang menskodeng , jgn pulak g marah orang tu ... haaa.. sendiri cari bala.. kan kan  ?

Share
Tweet
Pin
Share
46 comments

 

Kali pertama aku dengar perkataan 'blog' ialah dari mulut sahabat aku , Kong ( tuan punya GengBlogger.com ) ... Dia suruh aku buat blog memandangkan aku 'gila' update status kat FB ..

Blog ?? Apa tu ? Kalau aku bukak internet pon semata mata YM dan FB .. Lain , tarak .. Main game ? Jauh sekali... bosan ..hahhaha.. Dia cakap boleh buat duit ngan blog.. Aku tak minat ..

Satu hari tu , wife aku kecoh .. dia nak buat blog sebab kawan dia ada blog .. dia paksa aku buat .. Grr.. aku lama dah tinggalkan bidang website ni.. aku tak suka.. serius.. sbb apa ? Bila aku dah mula , susah nak berhenti.. Buat mereka yang tak tau , aku dulu ada dah website sendiri.. pada penghujung tahun 90an ..mmg laris gak la masa tu .. Aku promosi di mirc .. hehe.. tu pasal bab promosi ni , kacang je bagi aku.. pengalaman kata orang .. hehe ..

Ok sambung .. wife aku suruh gak buat untuk dia.. Maka aku pon mula godek godek... Kemudian aku tengok la dia update... Ler , tu jer ?? Kalau gini aku pon boleh.. Kemudian , wife tunjuk aku blog blog yang popular gitu .. eceh.. Aku pon tengok je la .. Aiseyman.. Gini je ???? Aku pon boleh apa !!

Maka wujudlah benashaari.blogspot.com ... Si kong sponsor jadi dot com ... Hehe.. 2 tahun dah dia sponsor.. murah je.. hehe.. Memula aku punya entri cerita tentang kehidupan aku.. kemana saja aku pergi aku cerita .. Aku tulis dan aku update.. Ada yang gelakkan aku buat blog ni.. buang masa katanya .. Adik perempuan aku pon sekali weh.. Dia siap cakap , wat pe wat blog ni.. kang blog ke mana , bini ke mana ! Aku sengih jer ..

Aku perhatikan blog blog orang .. cerita mereka .. sama je tapi mengapa ramai pengunjung blog mereka ? Kajian demi kajian aku buat.. Semua isu , topik aku cuba.. Kena kritik , kena kutuk ... semua tu dah aku lalui .. Bosan dan  geram sbb yang kutuk ni , sebenarnya sekadar debu di tepi tong sampah je ... nak balas , buang masa jer ..

Setiap saat setiap minit aku fikirkan resepi.. Apakah resepi mereka ?? Apakah yang membuatkan blog mereka ramai pengunjung ? Faktor masa bukanlah jawapannya... Mesti ada sesuatu yang menarik ..

Maka aku cuba satu persatu dan akhirnya aku perasan ...GENGBLOGGER.COM !! Itulah jawapan sebenarnya .. Itulah yang aku perlu buat sebenarnya !!

Hari ini , setiap kali aku bukak laptop , takde sapa nak tersengih .. atau nak perli aku dah .. malah diorg nak tengok apa yang aku taip .. Aku tak kisah dah .. di mana mana saja akan aku bukak laptop aku tu.. 5 minit sudah cukup untuk aku hasilkan satu entri luahan hati aku.. Aku tak perlu cari info info yang bermutu untuk dibuat satu entri luahan hati .. cuma emosi perlu stabil .. hehe ..

Dan inilah aku sekarang ... mereka gelak dulu.. sekarang aku gelak jer.. sbb diorng pon sibuk nak buat blog setelah mendengar cerita aku mengenai dunia blog .. Sapa tak tertarik bukan ?

Share
Tweet
Pin
Share
53 comments

 

Mula mula aku buat blog , aku tak kisah langsung tentang " ada ke orang nak baca blog kau " tu .. Sebab aku sedar sapa aku .. Tapi itulah yang membuatkan aku bersemangat untuk bagitau pada dunia , " HELLLOOOOOOOOOO.... BEN ASHAARI DISINI !! " ..

Cabaran itu aku sahut.. Aku nak buat  mereka senantiasa nak membaca cerita dari aku .. Setiap hari sampai mereka jemu !! Boleh ke jemu ? Boleh .. kalau aku tak pandai lagi bercerita atau cerita aku membosankan .. Tapi aku kena pastikan itu tidak berlaku ..

Jangan lupa ! Orang yang nak baca blog aku ni , sama je level aku .. Level yang mana dia sendiri pon hamba Allah .. Kena solat gak 5 kali sehari .. Kena puasa gak.. Sama je kan ? Apa bezanya ? Sama sama berdarah merah .. Kalau takat diukur dari segi kekayaan atau pangkat , maka selayaknya mereka cuma perlu baca atau tonton CNN atau  majalah business je la.. kan ? Diorng pon mesti bosan ! Sesekali nak gak 'skodeng' cerita cerita dongeng rakyat cam aku punya ni .. kan ?

Jadi , jangan putus semangat .. Samada ada atau tidak orang nak baca blog kita tu , lantak la.. Korang nak bercerita , bercerita jer .. kemudian , g je paste url korang tu kat mana mana kelab blogger yang ada .. Kalau menarik cerita kita itu , pastinya akan lama mereka kat situ .. kalau tak menarik , pastikan akan datang kasi menarik !

Jangan risau .. tak rugi apa apa pun .. Bergembiralah dengan blog korang tu .. Hari ini padang pasir.. sapa tau boleh bertukar jadi sekebun pokok kurma jika benar benar nak menukarkannya.. Pastikan cara dan jalannya tepat dan niat  kerana ALLAH

Share
Tweet
Pin
Share
75 comments

 

Aku malas nak update blog hari ni .. Entah mengapa rasa macam berat saja nak update .. Mungkin penat kot atau , nak berehat dalam seminggu dua .. Yelah , selama ni teruk mengerjakan blog aku ni ha.. Blog ni pon tak kunjung putus terima tetamu.. Kalau dia mampu bercakap pasti dia suruh aku offline dulu... Tak larat dia nak menjamu tetamu dah .. huhu ..

Aku update di Twitter dan Facebook.. Tapi mereka tak percaya yang aku mampu bercuti dari update blog .. Grrr... Mungkin betul la kot.. Aku sukar nak bercuti dari berblog sebab setiap entri adalah suara hati aku .. kan kan ?

Satu perkara .. mengenai vlog aku semalam .. Dah tengok ? Kalau belum klik SINI .. Sebenarnya aku nak tambah lagi dalam tu.. Oh ya.. aku sedar dalam tu aku dok guna kata ganti diri yang mana kejap SAYA , kejap AKU .. Kena faham , aku ckp tu spontan .. kemudian .. bila aku menjawab soalan , biasanya aku akan guna SAYA  .. lagi pon ari tu aku sangat sangat penat.. Terlari sana sini .. Dari kenduri kawin di Cheras kemudian kembali ke Putrajaya ... makan pon skit je tu... padahal makanan kat kenduri tu sedap sedap blaka.. huhu.. mana tak naik pp aku nih !

Ok.. pasal vlog tu .. aku sebenarnya nak melahirkan rasa kecewa .. Kecewa sbb blogger yang gemar mengutuk sana sini tapi penakut ! Penakut menunjukkan sapa dirinya sebenar tapi dengan berani mengutuk orang .. Semua orang boleh buat gitu .. Pakai topeng kemudian g bunuh orang !

Tapi sebenarnya sapa yang malu ? Orang yang tak tau mengenai dunia blog memandang rendah terhadap blogger .. Bagi mereka , blog cuma tempat mengarut .. Nak bergossip .. mengutuk... atau sekadar amik tips atau petua petua .. paling best pon platform ahli politik meluahkan pendapat.. Kita ni camana ?? Sekadar memeriahkan saja ? Tiada memberi sebarang faedah terhadap dunia blog ?

Disebabkan segelintir inilah dunia blog dipandang sebelah mata .. Berlagak macho tapi penakut ! Entah cukup umur atau tidak sebenarnya.. Sama gak mereka yang pandai memberi komen tapi takde muka ! Semua orang boleh lepaskan pandangan negatif dengan tutup muka.. Tapi apakah kebaikkannya ? Membantu membaiki blog ? Aku tak rasa langsung !

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

Sahabat paling agung .. paling susah dicari ganti ialah sahabat sahabat Nabi Muhammad s.a.w  .. Kalau kita baca kisah mereka , atau dengar hadis mengenai mereka mereka itu , sesungguhnya mereka cukup bertuah berada di zaman itu !

Terlalu banyak kisah sebenarnya yang kita boleh jadikan panduan dan teladan namun berapa ramai antara kita yang mengambil ikhtibar dari persahabatan mereka itu ? Hurm..

hurm.. persahabatan .. atas dasar apa persahabatan terbentuk sebenarnya .. Ke arah manakah perjalanan persahabatan itu  ? hurm... bukan sesuatu yang mudah untuk menentukan keikhlasan persahabatan itu ..

Teruji sedikit , berapa ramai yang undur diri  ? Berapa ramai akan membantu ? Entah la ... dunia sekarang ni , segala bantuan perlu ada balasan .. Bukan segalanya percuma dah ...

Hidup kita ni belum benar benar teruji sebenarnya .. Andaikata kita cacat dan lumpuh.. siapa sebenarnya yang sanggup jaga kita ? Andai berlaku , berapa ramaikan yang akan bersabar melayan karenah kita ?

Itu baru sahabat .. Kita sendiri sebagai anak , bila orang tua minta bantuan sedikit , terus je jawab ' takde duit ' atau ' takde masa ' ... Astagfirullah al a'zim ... Itukah balasan kita ?

Terlalu banyak pengalaman hendak dikongsikan bersama sebenarnya... Blog aku ni , di waktu ini ramai pembaca muda .. Maka letakkanlah segala niat , KERANA ALLAH .. insyaAllah ...segalanya membuahkan senyuman kerana ikhlasan kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

Tiada mood .. rasa seolah nak tutup terus blog dan lupakan dunia maya ini .. FACEBOOK , TWITTER mahupun YM sekali gus.. Dunia aku setiap hari adalah realiti kehidupan .. Tiada lagi maya ..

Penat .. bosan .. kecewa .. itu semua yang ada sekarang ini dalam diri aku .. Umpama kita belajar dengan tekun.. Siang malam berjaga.. Bila tiba masa peperiksaan , rakan kita yang tak belajar langsung tu lulus dengan cemerlang dan dapat lanjutkan pelajaran ke menara gading sedangkan kita tau dia menipu sewaktu peperiksaan dan kita ? Terpaksa g audition Mentor dengan harapan nak ubah nasib diri sendiri .. Boleh gitu ? Hurm..

Sebenarnya aku tak kisah semua itu .. Ada yang bagitau aku , entri aku kena cilok .. atau digubah kemudiannya dia yang cipta idea tu .. hehe...  Aku perlu marahkah ? Tak pon.. aku senyum je la.. Ibarat pencipta kereta la .. Orang lain cipta tapi dengan kreativiti yang pencipta lain tu ada , maka dijadikan dengan lebih baik .. Namun kita tau sapa pencipta asalnya.. Memadai... pahala jika ada kebaikkan..

Sebenarnya yang boleh mematahkan semangat aku ni adalah satu jer .. KEPERCAYAAN .. untuk aku terus hidup dalam dunia blog ini , aku perlukan KEPERCAYAAN ... Samada aku perlu percaya diri sendiri bahawa aku boleh maju atau mereka percaya pada aku yang aku boleh maju !

Tapi jika mereka tidak percaya , itu tidak mengapa .. Satu suntikan semangat buat aku untuk aku buktikan .. tapi jika diri sendiri sudah luntur semangat , maka segalanya akan berakhir ...

Siapakah yang patut menaikkan kembali semangat ini ???

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Ramai bertanya mengenai tips berblog pada aku .. hurm.. ok .. kali ni aku dah keluarkan secara live ... Dah ada dua vlog aku yang mana aku ada kongsikan tips tips mengenai promosi dan cara aku berblog... :)

Buat mereka yang tak tau nak buat apa atau kehilangan mood nak berblog , bolehlah redah sambil tonton vlog kedua aku ni .. InsyaAllah , boleh membantu... SINI

TERIMA KASIH ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Kenapa ? Kerana inginkan sesuatu yang kononnya menjanjikan satu kuasa , manusia sanggup mengadaikan maruahnya ? Dia sanggup butakan mata dia demi menurut nafsu tamakan kuasa ?

Ahh... bosan !! Ini baru kuasa kecil ! Baru naik tangga .. Dah sanggup melupakan segalanya ... Bayangkan jika inginkan kuasa yang lebih besar, apa yang sanggup dia lakukan ?

Jika tiada pilihan sekali pon , berpeganglah pada hukum Allah ! Benar kerana benar ! Salah jangan diturutkan ... Mereka yang dibawah itu teraniaya ! Di mana perjuangan kerana Allah ?

Jangan lupa ! Hari ini kita mendabik dada kerana punya kuasa ! Ingat !! Jangan sampai mereka yang sekecil itu bergabung !! Musnah satu kota jika itu berlaku !! Kuasa yang ada sekarang ini cumalah satu benang rapuh .. Mereka yang dibawah itu sebenarnya rantai !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Damai petang ini ..

Ku jenguk ke luar tingkap ..

Hujan renyai menuruni ..

Ku renung langit biru ..

 

Menjelmalah kau , pelangi ..

Namun tidak kelihatan jua  ..

Mengapa hari ini ..

Saat ku rindu ... saat itu kau tiada .

 

Pelangi petang , pelangi sayang ..

Cahaya mu , ku rindu ...

Jelmalah , walau sesaat ..

Aku rindu ... warna mu itu ...

 

Menjelmalah kau , pelangi ..

Aku berdiri disini ..

Hanya kerana mu ...

Menagih cintamu ...

Pelangi petang ..

Pelangi sayang ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Mmg begitu manusia ... ada yang bijak maka digunakan akal untuk mengolah segala maklumat yang dia dapat .. ada yang kurang bijak dengan terus menafsir segala maklumat yang diperoleh maka keputusan yang diperolehi kurang memberangsangkan .. Tetapi jika yang tak nak guna akal , maka apa yang dia nampak itulah dia luahkan ..

Dunia blog ni , mmg benar ..macam macam pendapat ..mcm mcm karenah dan macam macam perangai .. Unik.. Itu yang mewarnai dunia kita dari dulu sampai sekarang .. Dan itulah juga punca perbalahan spesis manusia .. Sifat rakus serta tamak selalu menguasai diri .. Tu belum masuk dengan perangai negatif yang lain ..

Hurm.. Seronok dapat pelbagai komen.. Dari situ kita boleh menilai karektor seseorang .. ada yang ikhlas .. ada yang selamba .. ada yang ... hurmm nak kata apa eh ? Tak pe... tu aku rasa korang pon tau ..

Pendek kata , sebelum kita meninggalkan komen , pandang pandang la atas bawah kiri kanan.. Jangan bodohkan diri sendiri.. Malu orang tengok... Walaupun tak tunjuk muka , tapi diri sendiri tau betapa jahil dan ceteknya pemikiran kita kalau meninggalkan komen yang begitu ..er ... kononnya membina .. hehe.. Bijak bijak.. anak sapa nih ?

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments

Kalu slow ... meh klik SINI

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

Ada yang pelik ... Pelik bila melihatkan aku senantiasa update blog tanpa henti ... Maka pelbagai pertanyaan dilontarkan ke kepala aku .. Sbb itulah pipi aku makin tembam ... lebam disebabkan lontaran itu ..  hurm.. sian kan ?

Masa.. aku takde masa .. Serius .. masa yang aku ada cukup untuk aku tidur dan makan jer .. Selebihnya rutin aku sebagai seorang lelaki yang berumur 25 tahun .. Sibuk .. sibuk sibuk .. sangat sibuk ..

Tapi sejak aku berblog pada penghujung 2009 , aku tidak pernah lepaskan laptop aku.. kemana mana saja aku usung .. Tolong jangan pk soalan tak masuk akal , okeh ! Kang ada tanya , bawak masuk toilet gak ke ??? Grrr..

Wife aku ? Penat dah cakap .. serius .. menyampah ? Kalau boleh lama dah dia buat laptop masak 3 rasa atau rendang kari laptop ... atau kalau takde idea , dia buat singgang laptop jer ...

Aku tanya semula ... Dia nak aku serius atau suka suka ? Jika nak aku suka suka , aku rela tengok tv dari dok bersuka suka dengan blog .. Tiada istilah suka suka dalam kamus hidup aku ... segalanya adalah serius .. Kalau aku kata aku nak , maka aku usahakan sampai aku dapat !

Lama kelamaan , dia memahami dan tengok segala usaha aku membuahkan kejayaan .. Korang nampak tak KLCC tu .. Tingkat atas sekali tu ada sebuah pejabat .. ok ..pejabat tu takde kene mengena dengan aku okeh .. Aku suruh tengok je.. tu sahaja ..

Alhamdulillah ... skang dia ok jer.. Dulu tu mmg ok tapi dia set limit .. Aku kata kat dia .. Tengok PAPADOM .. Jika ingin berjaya , bagi tempoh untuk berusaha keras... Selepas itu , kita makan segala kejayaan kita itu ...

Untuk mulakan sesuatu tu mmg bukan mudah.. tapi jika dah mula , jangan patahkan semangat ! Kerana sekali patah untuk menyambungnya , bukanlah mudah ...

Share
Tweet
Pin
Share
60 comments

 

" Tamo .. tamo .. tamo .. tamo .. tamoooooo.... Berjuta kali aku bilang aku tamo kawin lagi ! faham tak !! Korang paksa aku pon aku tamo .. tmao tamo tamo !! Tak faham ?? Jangan sampai aku lari dari sini ! "

Bila ditanya kenapa tak nak kawin ? Maka jawapannya ialah ... T.A.K.U.T !! Takut nape ? Malam pertama ??? Aiseyman...  Tang tu aku rasa ramai suka.. kan kan ? Ah , sudah.. aku pulak yang kena jeling .. Apa lakkk weh... aku bukan gatal ! Hakikat apa ??? Sapa tak suka tu tak normal la kan ?? Haaa...

Sebenarnya apa yang diorng takut ialah PENCERAIAN ... kan kan ? Terlalu banyak contoh atau bukti depan mata sekarang ni .. Kawan kawan kawin ari ni , esok lusa cerai .. Tak pun lagi 10 tahun cerai.. Kalau tak cerai pon , curang .. Ala.. macam macam yang nampak .. kan kan ?

Persoalannya... Yang dia nampak tu cumalah dunia disebelah timur jer ! Bagaimana dengan dunia disebelah barat ? Utara atau selatan ? Maksud aku ialah , contoh yang ada depan dia itu adalah contoh dalam dunia dia jer .. Dia perlu keluar dari dunia dia dan lihat dunia orang lain .. Barulah adil dan saksama kan ?

Ada sorang kawan aku .. dia kata dia takut kawin sbb takut bercerai berai ! Aku bagitau dia , aku takut nak hidup sebab aku takut akan mati nanti .. Tapi ada pilihankah ? Tiada bukan ? Kawin tu ada pilihan .. Tapi alangkah ruginya jika tidak mencuba .. Kita hidup sekali saja atas bumi Allah ni .. Jika dihidupkan sekali lagi itu , tiba masa untuk .. tu korang tau la kan ...

Nikmatilah kehidupan ini.. Jangan persiakan .. Entah kejap lagi atau esok kita tak bertemu lagi... Setiap saat adalah emas yang tidak ternilai dan kita telah lepaskan dengan begitu saja tanpa menggunakan dengan berfaedah ...

Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

Pernah dengar nama nama ni ?

TOM ANuAR ,Zulkif ,Yazid , Shahrin dan Eddie ... Amacam ? Pernah dengar tan mana nama ni ?? Aku kerat jari laa korang tau !!

Nama nama diatas tu semuanya otai ! Otai tapi bukan dalam bidang blog ,vlog atau goblog ... Bukan bukan bukan !! Nak tau ??? Haa... ini nama nama yang terkenal pada suatu masa dulu ... Hehe..

Nak tau ??

image Nak tau dengan lebih lanjut ??? Sila redah sini > SINI

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Huih... camana eh ? Ops... ada blogger tanya aku.. " Bang beng , camaner  nak tarik pembaca ke blog kiter eh ? " .. Kalaulah aku tau , sah sah aku dah jadi blogger popular di tanahair neh !!

Masalahnya aku pon terkial kial nih.. Mana ada ramai pembaca kat blog aku nih.. Kalau kat blog Mat Gebu tu , lain la.. sekali masuk tengok , beratus ratus lemon.. Haa.. i jeles okeh !

Tapi tak pe.. aku kongsikan tips aku yang dah berkali kali aku kongsikan .. Bagaimana nak tarik pembaca ke blog kita ialah dengan 'umpan' !!

Umpan mesti best ! Jangan guna cacing atau ikan kembong.. Tak sangkut punya .. Umpan dengan kreativiti ... Tunjukkan bakat korang dalam dunia penulisan ..Tu yang paling susah .. Sbb apa ? Sbb semua orang mampu buat blog.. tapi berapa ramai yang mampu menulis dengan menarik ?

Bak kata Ajai dalam Mentor .. Semua orang ada tekak ! Semua orang boleh menyanyi ..tapi berapa ramai mampu menyanyi dengan baik dan berbakat ? Belum tentu semua bukan ? Lebih kurang gitu la.. Ada kot skit aku tambah.. hehe..

KREATIF.. Penulisan yang menarik dan kreatif pastinya akan menarik sikit demi sedikit .. JANGAN GELOJOH !!!!! Jangan ingat baru buat blog sehari dua dah harapkan ratusan pembaca .. Pergh... menangis beb..

Bukan tak boleh.. boleh.. g letak iklan dalam media cetak dan media elektronik.. Sah sah jap je meletop ..

Andaikata aku seorang blogger baru .. apa yang aku akan buat untuk mendapatkan pembaca ialah dengan memikat kawan kawan aku di FACEBOOK .. jika berjaya , barulah aku melangkah setapak lagi dengan memikat pembaca pembaca yang tidak mengenali aku !

Pelbagaikan cerita ... pastikan penuh dengan gaya dan emosi tapi kawal !

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

 

Lelaki ramai .. betul ? Ok.. aku setuju.. Perempuan ramai ?? Betul ?? Ok .. aku setuju gak setelah dicampurkan dengan lelaki yang sibuk nak jadi wanita gak ... kan ? Tapi lelaki yang berkualiti ni berapa ramai yang ada ? Ok ..fine.. aku tau , perempuan pon banyak yang tak berkualiti dah kan ? Tapi sebagai lelaki , kita ( eceh ) kenalah bimbing wanita wanita yang tercari arah hidup ini ke jalan yang benar lagi terang walaupun sudah bersuluh ..

Ya.. bukan semua lelaki boleh jadi pemimpin tapi lelaki perlu jadi pemimpin samada suka atau tidak ! Bukan satu tugas yang ringan tapi perlu dilaksanakan dengan cemerlang .. Ilmu dunia dan akhirat perlu ada dalam diri .. Tak semestinya belajar tinggi sampai bergelar profesor baru boleh dikatakan berilmu kan ? Kan kan kan ?

Skang.. kita tengok .. kita cuba tips tips mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup .. Elooo.. 'kita' tu perempuan je okeh !! Yang lelaki pon sibuk wat pe??? Gay ehhh .. Jangan cari pasal ! Kang nabi tak mengaku umat dia kan .. haaa...

Tips bermula dari paling penting ...

  1. Berpengetahuan dalam bidang agama Islam amatlah penting .. Sapa nak bimbing sapa kan ? Haaa... kes naya neh ..
  2. Berpendidikan .. Maksudnya ada pergi sekolah la..kalau tak abis sekolah pon sekurangnya kenal la huruf Z tu.. Kira dia abis gak la A,B,C tu ...
  3. Berduit ... tang ni orang kata , cinta punya pasal duit tak de pon tak pe .. Akak oiii.... nak makan pe ? Ulat dalam batu pon leh hidup eh ? Awak tu ulat keee ?? Takkan ari ari nak makan batu kot ?? Cinta cinta gak... Hidup mesti mau diteruskan .. Oleh itu bakal kekasih perlulah ada pekerjaan yang mampu menyara dirinya sendiri dan barulah keluarganya.. Kalau dia mampu sara keluarganya tapi diri sendiri terabai , sapa nak sara dia lak ???
  4. Keturunan ... tang ni ... masih lagi praktikal ke untuk diamalkan ? Kalau aku , dapat keturunan Angelina Jolie pon ok dah.. haaha.. gurau.. Keturunan penting gak.. kena tau keturunan dia.. maksud aku , dari mana asal usul dia .. kot nanti anak buluh betung , tak ke naya ??
  5. Akhlak .. kalau ada agama berpendidikan , berduit dan keturunan yang bagus bagus , pastinya mempunyai akhlak yang baik kan ? Tapi tak semua eh ? Tak pe.. boleh diperbetulkan nanti ..
  6. Harta ?? Aisey.. tu boleh kumpul sama sama.. Jangan hidup atas harta orang .. nanti jadi apa apa , sehelai sepinggang awak keluar dari rumah tu ..
  7. Rupa dan fizikal .... Hurm... ada yang kata tak kisah rupa.. Tapi bila lalu je lelaki kacak cam aku ni , sah sah kepala pusing 180 darjah ! Eceh.. tu baru aku !! kalau kena cam .. sapa eh.. sapa yang hensem eh ?? Sapa sapa la tapi yang pasti bukan UJANG .. haaa.. mau berdetik dalam hati tu.. " Wah..hensemnyaaa.. kalaulah.. " haa.. siap ada kalaulahh tuu..
  8. Dan yang terakhir , mestilah sporting , lucu , matang dan bijak berkomunikasi ... kan kan ? Jangan lupa , comel .. cam aku gak.. kan kan ?

Haa... kalau jumpa orang cam ni ( aku dah ada orang punya ..maaf.. hahaha.. ) jangan tengok jer... cepat cepat g pinang ... atau g je ngorat.. Tak tau nak ngorat camana ? aisey.. takkan nak aku ajar gak kot ? Apa ? Perigi cari timba ? Eceh.. lantak la.. janji dapat !

Share
Tweet
Pin
Share
74 comments

 

image image

Dan banyak lagi contoh .. cepat sebelum kehabisan ! Hanya di

http://islamicoparadise.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Jeng jeng ...  Sapa lelaki bujang ? Dan lelaki tak bujang tu camana ? Sukar nak bezakan .. Tapi yang pasti lelaki tak bujang tu lebih 'berseri' dari lelaki bujang .. Betul tak ?

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Antarabangsa yang berpusat di Pulau Jerejak , Prof . Ben Ashaari mengakui betapa lelaki yang tak bujang terutamanya yang dah berkahwin ini lebih menarik penampilannya walaupun sekadar berseluar pendek !!! Pelik tapi itulah hakikatnya yang perlu diterima oleh lelaki lelaki bujang ...

Lelaki yang sudah berpunya ini , maksudnya dah bernikah secara halal ( bukan di Siam ) , mempunyai aura kematangan dari sudut fizikal terutamanya muka .. Tu belum lagi badan .. Ada yang kata lelaki dah kawin dan boroi ini comel ! Bayangkan laaa.. 'comel mengatasi kacak ! ' ... Camana tu  ??

Selera wanita ni mmg macam macam tapi yang pasti mereka mengemari yang comel dan bukannya kacak ! Mereka takut akan lelaki kacak ni terutamanya yang bujang bujang ( maaf la yer ) kerana khuatir akan mengumpul sebanyak mungkin kekasih padahal itu adalah cerita dongeng zaman romeo n juliet dulu .. Tidak ada lagi sekarang !

Faktor paling ketara ialah , lelaki bujang ni , bab komunikasi mmg hancus.. Lebur.. berdebu ! Tetapi lelaki yang dah kawin ni , bila berbicara , tersenyum selalu !! Mana laaa anak dara tak cair !!  Sapa sokong ??? Aku tau.. ramai sokong ..

Masalah berlarutan.. Bila lelaki bujang kurang lagi menjadi pilihan anak dara maka mereka mengalihkan pandangan ke isteri orang ! Ini mmg masalah dunia .. Sudah salah disisi undang undang malah dalam agama sendiri mengharamkan semua ini ! Awas ! Syaitan sedang membisik telinga  dan hati anda !! Bawak beristighfar !!

Apa yang perlu lelaki bujang buat ialah , " bangun dari  tidur !! " .. Anda bujang ! Anda kacak ! tapi anda tak comel !! Haaa.. Jadi la kacak dan comel .. Camana tu ?? Buang ego anda itu.. jadilah lelaki yang senantiasa mesra alam bila berkomunikasi dengan wanita ..

Sapa sokong ? Tak sokong ?? huh.. baru pakat nak open table !

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

 

image http://gardisareyou.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

" U nampak kacak hari la "

" Wah, tergoda i .. nasib baik u dah kawin "

Dialog yang  biasa kita boleh dengar samada di pejabat atau di mana mana ... Dialog begini mungkin kita pandang remeh ..  Sebab apa ? Kita mungkin fikir si dia tu cuma nak bertegur sapa atau nak melawak ..

Tapi cuma kita fikir sejenak.. Kata kata begitu dah cukup untuk membuatkan kita 'naik seri' sekejap.. Dalam kata lain , perasan la jap .. kan kan ?

Namun kita terlupa , walaupun sekejap namun itu antara kata kata semangat untuk kita senantiasa nampak kemas dan menarik .. Bukan untuk mengoda sesiapa tapi lebih pada kepuasan diri sendiri agar mereka yang senantiasa berdepan dengan kita , lebih selesa.. kan ?

Masalahnya ... ini hanya berlaku pada mereka yang tiada hubungan sah ! Maksud aku.. biasanya kalu kawin sudah , amat sukarlah nak dengar puji pujian begini samada si isteri memuji si suami atau sebaliknya .. Kenapa ini terjadi ??

Antara penyebabnya ialah .. KAU KU MILIKI .. tak kisah dah.. tak puji pon tak pe... dah jadi hak milik .. Tapi mereka terlupa .. Walaupun hak milik tapi bukan KEKAL ! Boleh dikebas bila bila masa saja !! Itu yang bahaya .. Jika ada lanun yang sanggup menolak tepi hukum agama dan menganggu rumahtangga orang , yang mana mungkin dia tertarik dengan isterinya atau suaminya maka dinekadnya untuk mengebas ! Camana tu ?

Sebelum dapat , puji melambung lambung .. Kalau boleh nak tempat iklan kat tv tu, siap nak tempah la.. nak bagitau betapa ayu/kacaknya si dia .. Tapi bila dah dapat ??? Jangankan puji , tengok pon tidak.. Tapi bila orang lain tengok , pandai pulak cemburu eh ???

Sebab itulah ramai orang takut nak kawin... best lagi bercinta ... Tapi terlupa .. diorg takut akan penceraian tapi tak takut pulak dosa yang semakin mengunung tu.. hhehe... kan kan ?

Segalanya ada risiko.. Apa yang diperlukan ialah , kematangan menyelesaikan masalah ... dan juga kesabaran menghadapi semua ini ..

Hurm... dunia dunia ..

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

Serius.. aku dok pk badan aku ni makin mengecut.. tak nampak besar pon ...

Tadi , sewaktu aku beli tiket ERL di stsn ERL Putrajaya , staff kat situ tegur aku .. Brother la.. Dia tanya aku , "amik protein ke ?" Aku kurang pendengaran .. Aku cakap " Ha?? " .. Dia ulang tanya .. " Abang amik protein apa ? "

Aiseyman.. nampak sangat ke badan aku ni ?? Ni aku pakai baju kemeja ni.. Besar.. tak masukkan baju pon.. biar je gitu .. Pon leh kantoi ke ? Hurm...

Aku jawab.. "aah .. " Dia tanya semula , " Muscletech ke ? tak amik creatine ke ? " Aku jawab.. " Muscletech , nitrotech.. Creatine tak amik.. amik ni pon , jarang je .. bukan selalu " ..

Lepas bayar .. gerak je .. Adeh... Segan sebenarnya.. Aku kurang gemar orang menegur bab fizikal ni... Bukan pe , takut jadi riak .. sombong.. iskh... tamo la.. dosa dosa..

Haa .. aku skang kat ERL ... Semalam aku kantoi ngan sapa tah .. tak ingat lak.. Blogger gak kot.. Dia kata kali pertama dia face to face ngan aku kat sini .. Masalahnya , dia kenal aku.. tapi aku tak kenal dia .. Mana aci kan ?? Grrr...

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Apakah perkara yang paling membosankan berlaku di setiap pagi ?? Mendengar isteri tersayang membebel !! Kan kan ? Sapa sokong ?? Ye... mestilah lelaki kan kan ?

Kenapa isteri membebel pagi pagi ?? Tamo tauuuuuu.. tamoooo.... Mmg para isteri suka membebel pagi pagi .. kan kan ? sukaaa je tengok muka para suami menahan geram ... kan kan ? Sabar bang.. kita sabar je.. Kalau tak sabar , kita sama sama je nyanyi lagu P.Ramlee yang popular tu... Ala.. yang tuuu laa.. Bukan Bujang Lapok laaa... Satu lagi tuu .. Haaaaaa... yang tu laaa.... nanti kita ramai ramai join kelab Salleh Yakob eh ..

Tapi kan , yang mana ada calon secara diam diam tu.. awas ! Bila kita tidur kan , akan ada suara kecil membisik di telinga kita .. Haa... Seolah olah suara kecil tu mengajak kita berbual tapi peliknya waktu kita tidur tuuuuu ... haaa... korang rasa sapa laaa yang rajin ajak kita berbual tuu ??

Yaaa .. betull !! Isteri kita tuuu .. hahahaha.. nak korek rahsia para suami !! Waktu tidur la mudah para suami mudah terbabas wooo.. Yelah , kadang kadang kita ni ( suami / lelaki ) fikir dok bermimpi .. kita pon melayan je la kan .. Sekali rupanya dok kena soal siasat dengan pegawai penyiasat CSI !! Perghhhh .. bahaya bahaya !

Cara untuk menyelamatkan diri ... Bila tidur , kawal mimpi tuuu .. Boleh punya ...Jangan kasi tidur mati.. Camana ? Pandai pandai laaaa.. Aku bukan pe... takut spesis yang dah ada 'spare part' tu terbabas dalam mimpi.. Haaa... kesian je ... hahaha.. sapa suruh cari pasal kan ??? Hahaha..

Nasib badan la kan ...

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Dua cara yang berbeza .. Ada blogger tanya aku , bagaimana nak jadi seperti BEN ASHAARI ?  Mau berjaya dalam dunia blog ! Lalu aku pandang ke cermin .. Aku perhatikan cermin itu .. Sudah berjayakah aku ??

Macam pernah yang korang baca sebelum ini , aku terus terang .. aku masih terlalu jauh untuk dikatakan BERJAYA .. 1% pon tidak langsung .. Apa yang aku berjaya cumalah memperkenalkan BEN ASHAARI.COM kepada dunia blog .. Itu saja ! Tidak lebih dari itu !! Tetapi aku sedang menuju ke arah kejayaan itu !! Pasti.. Aku nak nikmati kejayaan itu !!

OK... Popularkan blog atau popularkan blogger .. Mak aih.. Hari tu , aku lepak dengan blogger otai ...Orang lama la .. Kira blognya dah terkenal dalam dunia blog ini .. Dia cakap ngan aku ... Semakin ramai blogger !! Aku kata , satu perkembangan yang bagus ... Semua orang teringin jadi blogger .. Secara tidak langsung , blog sekarang bukan lagi dikhaskan untuk orang yang gemar menyampaikan berita palsu atau khabar angin .. Blog sekarang adalah medium penyebaran maklumat antara yang terpantas tika ini ! Jangan tak tau ... haaa.. aku dah cuba.. ternyata 'merbahaya' !

Tapi apa yang berlaku sekarang ini ialah , mereka buat blog adalah untuk jadi popular !! Tu nombor satu ... nombor dua , kononnya menambahkan duit kocek ! Tapi apa yang berlaku ialah yang nombor dua tu kembali ke nombor satu .. Mereka  nak popular .. Hurm.. kenapa nak popular ? Aku rasa antara sebab mungkin nak muncul dalam media elektronik atau media cetak.. Berbalik juga pada alasan no 1 ! Nak popular ...

Bila popular, apakah blognya akan popular ?? Kita tengok contoh artis majalah dengan artis album.. Artis majalah ni popular dalam majalah jer.. tapi album baru satu ! Tu pon takde atau satu lagu je top.. Lain ? Habuk ... Berbeza dengan artis album... laris.. ada je show sana sini ..Walaupun publisiti takde atau kurang tapi dia tetap masyuk ! Camana tu ?

Apa yang patut berlaku ialah .... popularkan blog ! popularkan blog .. popularkan blog.. Maksud popular ni ialah sebarkan .. sebarkan .. bagi semua tau tentang kewujudan blog korang tu .. bila orang sebut www.benashaari.com , orang tau .. Biar orang tau pasal blog tu dari tau penulisnya .. Yang nak popular ialah blognya .. penulisnya tu biar no 2.. ada rezeki maka ada la ..

Untuk popularkan blog , bukan mudah .. Banyak kerja kena buat .. Macam macam kajian ... Rintangan.. halangan .. mmg wujud semua ni .. Disini , kesabaran , kekreatifan , keunikan serta kebijaksanaan memainkan peranan penting .. Bila blog popular, mereka akan cari tuan punya blog untuk berbincang mengenai blog mereka .. Bukannya mereka cari blogger itu untuk berbincang mengenai blogger itu dan akhirnya blognya tenggelam.. Blogger itu naik adalah kerana dirinya ! bukan kerana penulisannya .. Jadi apakah benar dia buat blog semata mata minat menulis atau mempunyai maksud yg lain ? Sekadar batu loncatan untuk popular ? Tepuk dada tanya selera ...

Kepuasan terletak di tangan korang sendiri.. Mahu bergelar blogger popular atau miliki blog yang yang popular !

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

http://bicaramakdara.blogspot.com

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tengok cerita PAPADOM ? Satu filem yang memberi aku satu semangat untuk berjaya .. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan..

Ramai tanya aku ..Wife tak kisah ke ? Aku dok berkepit je ngan laptop ? Hehe.. Untuk pengetahuan , wife aku antara silent reader aku.. Wajib dia bukak dan baca bila sampai opis.. dia akan baca semua entri entri aku yang malam semalam punya .. haaa ..

Untuk berjaya , bukan mudah .. Jika ada cita cita , maka perlu ada usaha .. Nak jadi blogger ? Semua orang boleh .. Tapi untuk menjadi blogger yang sebenar sebenar blogger , berapa ramai yang sebenarnya mampu ? Tak semua .. Berapa ramai yang benar benar mampu menulis ? Tak semua ...

Sama gak jika kita g audition MENTOR .. Tu diaa.. beratur orang nak mencubanya .. Ada sampai pasang niat nak mengubah nasib keluarga .. Hurm.. Aku tak nak komen bab tu .. Tapi berapa ramai yang layak ? Yang benar benar ada bakat ?

Bakat ... samada terpendam atau diasah .. Jika ada minat , maka asahlah .. Belajar selok belok .. Jika terpendam , keluarlah .. tunjukkan .. tajamkan .. Tapi yang aku perasan , ramai yang gemar menjadi 'blogger popular'  dari blogger sebenar ...

Blogger popular ni , apa yang aku nampak cumalah popular di satu satu kelompok saja ... Sayangnya begitu kan ? bukan takde bakat .. Ada !!! Sangat sangat berbakat ! tapi gemar dihabiskan masa itu dengan 'melepak'  ...

Maaf aku cakap.. aku bukan nak perli atau mengutuk .. aku pon lebih kurang jer .. Tapi apa yang aku buat ialah , aku cuba tajamkan penulisan aku .. cuma lebih beremosi lagi agar pembaca lebih mampu menghayatinya .. Dari situ aku tau di mana kekuatan penulisan aku ..

Aku nak trafik tinggi ? Mudah je .. setiap hari aku buat segmen .. pasti tinggi ... tapi bukan itu tujuan aku buat blog .. Segmen adalah untuk aku mempromosi blog .. antara blog aku dengan blog yang lain .. tu segmen .. Tapi bila aku menghasilkan entri , maka itulah kata kata hati aku ..

Jika ramai yang masuk dan baca .. maka aku telah berjaya menghasilkan sesuatu .. sesuatu yang aku tulis dari hati aku sendiri.. dan mereka masuk untuk membacanya .. Apakah itu kepuasan yang aku cari ???

YA !

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Wah .. tidak ku sangka .. dalam diam diam dah lebih satu ribu rupanya .. heheh...

image Walaupun tak beberapa aktif sangat bertwitter namun masih ada yang sudi add aku .. Terharu .. huk huk .. nak nangis sat bleh ? Hehe.. guwau jer ..

Aku cuma bertwitter masa nak g kerja dan otw balik rumah je.. Masa kat opis , takde masa dah .. cukup dah dengan berblog.. tak sempat nak berbalas balas twitt.. Sbb tu ada yang terbabas aku tak balas .. huhu.. jgn marah eh..

Bagi yang sudi nak add aku , cari je BENASHAARI .. hehehe..tqqq ...

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

IMAG0066

Kalau dah hantu , maka hantulah dia .. Hehe.. hantu blog ! Tu la dia .. Letak ayam KKR depan mata pon aku tak hirau kalau aku dah mula menaip entri.. Tak kisah apa apa dah ! Yang penting , update !!

Itulah yang berlaku tadi di Alamanda .. Walaupun dah masuk waktu makan malam , aku tetap update satu entri dulu ... sbb dah datang idea.. jangan biarkan 'berlalu' ...

Bila dah ada idea .. jangan tunggu basi .. Bila dah basi .. nak kasi fresh , dah tak best kan ? Kena pantas.. Bagi aku , blogger ni macam wartawan .. Bezanya wartawan ni kena ada editor .. Blog tak perlu... kasi up terus.. Tapi kalau salah fakta , siap lerrr... I SAMAN U ... U SAMAN I ...

Vlog di Putrajaya ari tu .. Yang bawak laptop dan update blog mereka di sana .. sapa eh ??? Ok.. aku sorang jer .. hahaha... Yang lain mmg berhibur.. ok la tu.. diorng muda lagi.. banyak masa lagi untuk berjaya .. dan aku , semakin kesuntukkan masa ..

Usia blog aku ni , baru setahun lebih .. terlalu jauh lagi untuk berjaya .. maka aku kena kerja keras.. Atau , biarkan je begitu.. Update bila rasa nak update .. Tapi bila begitu , jangan la dengkikan blogger lain yang naik .. kan ?

Kerja keras atau kerja secara bijak ? mana satu pilihan anda ??

Share
Tweet
Pin
Share
46 comments

 

Dua hari ni blog aku asik dok keluar perkataan HELIZA ... Mesti ada yang fikir aku nak mengatal .. Iskh.. jangan begitu .. Apa yang aku lakukan itu adalah satu 'amanah' yang telah dipertanggungjawabkan untuk aku.. Inilah cara aku ...

Aku dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran album HELIZA tempohari... Satu penghormatan buat aku.. Jadi apa yang aku lakukan adalah untuk membalas kembali penghormatan yang diberikan olehnya dengan mempromosi album beliau ..

Mungkin 'aura' aku tak la sebagus blogger blogger lain tapi aku cuba melakukan yang terbaik.. Maka aku promosi sebaik mungkin sebagaimana aku mempromosi majalah RAPI , 1Tube.my yang mana telah sudi menjadikan aku salah satu segmen mereka ...

Sememangnya aku , ujang , broframestone sengaja mencetus satu 'isu' agar kelihatan seperti mana yang korang fikirkan sedangkan itu cuma satu drama jer .. OKeh ?

Kami sedar kami siapa .. Jangan risau .. okeh !

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Putus cinta ? Kerapkali lelaki dipersalahkan ! Kenapa lelaki ? Dijawab oleh perempuan , katanya lelaki gatal ! Pantang tengok perempuan berdahi licin , cun , jelita , seksi  dan banyak lagi la alasannya ..

Laaa... maknanya puncanya adalah perempuan la kan ? Perempuan la bersalah kan ? Haaa... Lelaki , kalau tak digoda .. tak jalan.. Tapi kalau di goda tapi tak layan , tak jadi gak kan ? Tapi untuk berapa lama tu ?

Bayangkan kalau hari hari digoda ? Jari jemari pegang tasbih pon silap silap letak dalam laci !! Syaitan tuu... dah membisik.. Iman nipis.. Walaupun berkopiah sekali pon , belum tentu kebal !

Tapi , jika perempuan sendiri yang sedar diri ... pakai elok elok.. tau mana batasannya , pergaulannya ... rasa rasa lelaki camana ? Bayangkan ikan diletak dalam tupperware .. walaupun hidung si kucing tu terbau haruman ikan tu , boleh ke dia nak bukak tudung tupperware tu ? Mampu tunjuk taring n kuku je la jawabnya.. Selamat ikan tu kan ? Bila selamat ikan tu , maka kucing tu makan je la biskut kering tuan dia bagi tu ..

Sebelum nak salahkan lelaki atas perpisahan kerana dek orang ketiga , cuma kita sama sama perbetulkan kehidupan kita .. Berbalik pada Al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w .. InsyaAllah ... Selamat semua .. Kalau gatal sangat pon , buat cara yang halal !  Yang ni , mmg sah kucing gatal la .. Tak larat pon nak gak .. camana tu ?

Share
Tweet
Pin
Share
55 comments

       image     image 

pelbagai lagi ada dijual di > http://shawlsayucinta.blogspot.com/

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes