Filem Highland Tower kisah benar ?

 

Aku tak tau kewujudan filem ni sehinggalah terlihatnya di app GSC sewaktu nak booking filem THOR . Tergaru kepala jap.. Takkan nak cerita pasal hantu kat sana pulak kot ? Lantak laa.. Tak menarik minat aku ..

Kemudian ternampak kengkawan post mengenai filem ni kat FB dan Twitter .. Ada yang kata nak pergi tengok sbb kata ‘macam best’ .. Dan yang dah tengok post kata menyesal gi tengok ! Aisey… Macam tu pulak .. Mesti trailer dasat giler tu..

Semalam , aku tonton DISEBALIK TABIR HIGHLAND TOWER kat channel berapa tah .. Hurmmm.. Aku senyum je. Apakah aku termakan dengan gaya mereka bercerita seolah olah apa yang mereka rakam tu benar ? Olololo…. Kalau benar la kaannn… balik dari rakaman tu dah heboh dahhhh .. Kenapa siap buat filem ? Hehehe ..Banyak persoalan tapi malas nak fikir..

Aku up status mengenai filem ni di FB untuk baca pandangan rakan rakan .. Mana tau kot ada yang dah gi tengok .. Sememangnya ada .. huhu ..

  1. Citer hampeh....setakat jerit2 konon nk buat penonton takut...so lame and boring.
  2. Xbest lnsg abg Ben Ashaari.. Mcm cerita mengarut je.. Mcm di buat2 je semua hntunya, kena rasuk bagai pun mcm dibuat2.. Dh tw nk g tempat mcm tu bukan nk prepare bw ustaz ke apa ke.. Xpaham betul la.. Huhu..
  3. yg hantu hitam lari bongkok tu nampak nau nipunya. jejak tanah ko..
  4. dgr cerita siap ada g kena histeria kt panggung...
  5. Anak klina beriya gi n0nt0n blk skt kepala yg kuar dr mulut dia CITER B0D0H ibu bt rugi duit tiket jerk hihihi klina senyum s0rg dlm hati pdn muka saper suruh kau p0ie tgk ...

 

Kira dasat gak la sampai leh dapat lebih RM2 juta sampaikan tokey besar pon tak percaya .. Ramai gak la tertipu eh ? Hehehehe … Aku , lama dah tak percaya dengan filem tempatan terutama yang mmg nk kaut untung besar.. Bukan semua tauuuuu tapi kebanyakkanya mmg begitu perancangan hanya nak kaut duit orang jer . Bisnes kan ? Sapa nak rugi ..

Yang tertipu dan yang diperbodohkan , kita juga.. Alasan nak support filem tempatan la sangat .. Persoalannya , mereka buat filem tu atas dasar apa ? Bila meletop , sombong giler ! Cehh…

20 ulasan:

  1. ramai da yang tertipu,nasib baik xtengok lagi.baru 4 hari dah kumpul 1juta,pacik kayoo

    BalasPadam
  2. nasib baik terbaca dulu org review sbb g nonton.. hahaha.. klu gitu, cd 3 hengget la kat pasar malam... lg berbaloi.. klu xsyok, boleh lempar g sungai... hehehe

    BalasPadam
  3. hehe...tgk cite Seekers kt tv lagi scary.fuh..

    BalasPadam
  4. tak jadi lah tengok macam ni. haha

    BalasPadam
  5. Hujung bulan lepas, tertengok kat channel apa tak ingat. The making cerita ni lah. Rasa channel sama mcm abg ben tgk kot. hihi. Konon nak buat mcm blair witch project. Masalahnye blair witch project tu pun ntah apa2. Apatah lagi kalo dr arahan tempatan.. *batuk2*

    BalasPadam
  6. rasanya kekununnya nak ikut macam filem Blair Witch Project ni abang Ben...

    BalasPadam
  7. la x besh rupenye...semlm tgk di sebalik tabir punye la gempak...sampai nk masak sensorang kt dapo pon takot...ciss...

    BalasPadam
  8. macam best jeee...macam bestt jeeee...

    BalasPadam
  9. biasala...footage...bukan bleh dapat 100%.... kene plak time diorang shoot hantu xkuar...kenela tambah sket2 effect...

    sy suka mengkaji kisah highland tower ni...so, nak kate best tu xla...nak kata xbest tu xjugakla...cuma kamera goyang2..kuar panggung terus pening2 rasa nak muntah

    BalasPadam
  10. baik tengok cita hantu orang putih.. best lagi.. tapi cita orang putih pula selalunya ada babak 'sampingan'.. huhu.. jadi, tengok cita korea jelah.. :p

    BalasPadam
  11. Laa ye ke..tngok the making mcm seram giler.nsib baik xpegi tngok lg

    BalasPadam
  12. Haah...tak tahu pun wujudnya citer ni.
    Huhuhu

    BalasPadam
  13. Haah...tak tahu pun wujudnya citer ni.
    Huhuhu

    BalasPadam
  14. Hahahaha. Setuju sangat. Kita tak tahu jugak akan cter ni. Tau2 housemate kata nak g tengok. Kwn dia smpai snggup nak tmn dia tgk. Sbb best. Sy terfikir gak, cam best je cam best je. Fikir balik spt kebiasaannya local film agak tidak berbaloi untuk spend ur 10 ringgit.

    BalasPadam
  15. betul la abg ben, citer tipu pun diaorg kater betul2, tapi tengok antu lari nampak kaki pulak jejak lantai hehe. Takyah tengok laaaa ....

    BalasPadam
  16. this movie was disgrace to highland tower ghost ben..kalau hantu tu tau ade filem macam nie mesti dorang marah sbb kenapa tak seram..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  17. Sbenarnya..saya pelik..kenapa Piere Adre mnjadi pngarah untuk filem ini..mana janji beliau untuk menerbitkan filem2 berbentuk Islamik...tidak akan menayangkan wanita2 aurat terdedah...menerbitkan filem2 yang lebih bermutu dan mampu membina masyarakat madani dan bertamadun tinggi...jangan kerana mengejar habuan..semua janji yang dilafazkan hanya tinggal janji..serius agak kecewa..kerana sangat mengharap abang piere dapat membawa perubahan kepada industri perfileman negara..

    BalasPadam
  18. fuh, nasib x tgk.. logik jgk kan kalau rakaman dorng tu betul, x sempat buat filem dh heboh..

    BalasPadam
  19. ermm....kte pun xfaham langsung cerita nie

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.