Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 21 Mei 2016

Apasal nak kena bayar blogger ??

image

“ Ben , client tak nak bayar ! Walhal ari tu kata nak bayar laa.. Tapi sekarang pusing cakap ! “

Aku mengeluh.. Bukan kali pertama aku kena begini ! Tapi aku redha jer. Aku hanya mampu berkata tiada rezeki buatku hari ini tapi aku bersyukur , aku masih punya rezeki untuk teruskan kehidupan.

Namun kali ini , melibatkan ramai blogger ? Apakah aku perlu kata begitu juga ? Ada di antara blogger yg jadikan blog ni sumber pendapatan sampingan dan bermakna mereka tak perlu lagi buat kerjaya lain bagi menampung keperluan hidup. Maklumlah , gaji utama tak cukup. Sekurangnya dengan blog , dapat la cover duit belanja anak anak.. Dan aku , blog adalah sumber pendapatan utama.

Bila aku dapat jemputan.. aku akan tengok dari mana. Apakah berbaloi jika aku pergi ? Atau adakah aku diberi token ? Hurm.. kalau bagi , apakah memadai atau sekadar bagi ala alaa jer ?

Bukan aku nak demand kawan .. Bayangkan eh ! Setiap kali aku nak g event / job , banyak perkara aku kena uruskan.. Yang pertama , aku kena keluar awal pagi. Hantar wife dulu ke Putrajaya. Rumah aku nun di Sepang. Kemudian aku kena hantar anak anak ke Cheras. Barulah aku boleh ke lokasi event tersebut. Minyak , tol .. sapa nak cover ? Duit jaga budak , camana lak ? Ingat free ke ? Tak payah bayar orang tua ke ??

image

Pastu di lokasi.. aku bukan duduk borak borak.. Kena buat kerja ! Walau pun aku gi tu untuk makan jer ! Haaaa.. Bila aku dijemput tu , maknanya , aku diminta buat kerja ! Kalau sekadar nak duduk , baik aku lepak ngan anak anak kat rumah ! Lagi berbaloi.. Ke tengok X-Men ke.. Tengok Angry Bird pon best.. kan ?

Kemudian di rumah.. Nak update blog pasal event tadi.. Masa bila aku nak update ? Anak anak ajak bermain.. Aku pon nak g gym lagi.. Kena tunggu diorang tidur , baru boleh update blog.. Masa tu dah jam 2 pagi ! Huhh.. Mata dah kuyu. Otak dah beku ! Dah tu camana ??? Tidur jap ..kang pas subuh je la update !

Belum part kepantasan menjawab pertanyaan client.. Lambat jawab , client lari ! Lambat jawab kata blogger dah banyak songeh ! Orang tengok kita ni , tak leh berenggang dengan telefon ! Anak ada di sebelah pon kita dok main handphone ! Walhal ????

Bila nak update lak.. gambar banyak ! Fuhhhh.. makan data ni ! Sapa nak bayar data internet ni ? Elektrik untuk laptop , camana lak ? Arghhh.. Dah tu camana ???

Apakah aku berblog ni suka suka ? Kalau suka suka , baik aku gi event.. aku cari sesuatu yang best untuk diupdate ! Cari isu panas !  Bukan cari menda biasa biasa jer ! Sapa nak baca kan ? Baca bab kontroversi la best ! Baru meriahhh ! Setakat vvip rasmi majlis , apadahal ! Tapi tak.. blogger tumpu pad isu utama.. tujuan utama ! Fuhhh…

Banyak faktor wooo.. Kalau tak nak bayar , promote la produk tu kat suratkhabar atau kat GoShop di Astro tu.. Free jer ! Wat pe kasi blogger yang berbayar. Ada gak blogger yang tak berbayar ! Haa.. kasi kat diorang.. Diorang memang share dengan Bank Negara.. Duit banyak la katakan.. Tu pasal tak kisah !

Hurmm.. Blogger nak amik gambar , guna kamera.. guna hp ! Nak update blog , kena ada laptop.. Ingat semua tu , jiran sebelah umah kasi ke ?

Pastu ada yang kata.. Bila dah bayar blogger , nak impak ! Mesti  nak produk dia meletop punyaa ! Hek eleee.. baik aku jual produk aku sendiri ! Buat apa susah susah promote produk orang ! Blogger sekadar membuat awareness dan jugak promosi di media sosial.. Laku atau tidak , terpulang pada kekuatan promosi berterusan pihak client tu dan juga produk tu sendiri !

9 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Setuju sangat... Banyak client yang tak nampak apa yang kita hadapi...

zaitie hasnan berkata... [Reply to comment]

dtg singgah lawat abg ben,

hopefully lepas baca post ni diorang sedar la sket...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

semoga dipermudahkan urusan. aamiin

Nurazzah AR berkata... [Reply to comment]

Jalan-jalan singgah sini tengok blog Ben yang femes amos ini ...
ya akak sokong En Ben ... tak ada benda yang free dalam dunia sekarang ini

Nooraini Ali. berkata... [Reply to comment]

setuju dan peuh informasi, wajib dibaca oleh semua yang berniat nak gunakan blogger untuk marketing.

fred omar berkata... [Reply to comment]

Terus terang ini kerja saya, bukan charity.-Optom. Eye Wear

nadhie wueen berkata... [Reply to comment]

yup.. betul. setuju sangat. dorang ingat blogger ni apa? huhue

Nurfaezah Abdullah berkata... [Reply to comment]

entri terbaik!

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Betul...kalau mereka fhm..kita mudahkan kerja mereka lebih dari itu kan ben...insyaAllah murah rezeki ben dan kbba lg...syukur

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI