Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 April 2017

Bila anak kesayangan 'kasar' dengan ibu bapanya..

Aku membesarkan Qhaliff dari usia dia sehari. Tak pernah la aku tinggalkan dia di rumah mana mana pengasuh ! Tidak pernah sama sekali. Begitu juga dengan Zahra. Kecuali mak aku saja yang pernah jaga mereka.. Tu pun cuma untuk beberapa jam saja.. bila aku ada kerja nak dibuat ! 
Dan seperti ramai ibu bapa dan penjaga, mereka akan terasa perubahan bila mereka dah mula bersosial di tadika mahupun sekolah. Begitu juga aku. Semalam , memang aku terasa sungguh dengan 'perbuatan' Qhaliff. Hurmm.. Mungkin begitu juga perasaan orang tua aku satu tika dulu.

Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al-Isra’ ayat 23 hingga 24,

“Dan Tuhanmu (ALLAH)  telah memerintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia (ALLAH), dan hendaklah kepada kedua orang ibu-bapa berbuat baik dengan sempurna. Jikalau salah seorang dari ibu-bapamu atau keduanya sudah sampai kepada umur tua, janganlah sekali-kali kamu berkata, ‘Ah!’ kepada mereka. Dan jangan (pula) kamu menengking mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang sopan (dan hormat).”.

“Dan berbaktilah kepada keduanya dengan perasaan kasih sayang (yang mendalam) dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku (ALLAH) ! Kasihanilah keduanya (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil.”.

Keterangan Ayat 23 dan 24 Surah Al-Isra’

Hurmm.. Ketika tu aku nak tengok bahagian belakang badan Qhaliff sebab cikgu dia bagitau , badan dia masih kelihatan merah. Tu yang nak tengok. Kalau perlu ke klinik , aku nak bawa. Tapi dia menyentap baju dia dari tangan aku dan berkata sesuatu yang menguris hati aku ! Tergamam aku. Tak pernah dia kata gitu pada aku... Hurmm...Dan ini bukanlah masalah yang aku seorang saja hadapi. Ada juga kawan kawan aku bercerita mengenai masalah gini.. Perubahan tingkahlaku pada anak anaknya setelah bersosial di sekolah. 
Sekarang... baru aku memahaminya. Berdosanya aku pada kedua orang tua aku .. banyak sungguh dosa aku pada mereka.  Aku masih ada masa untuk membentuk anak-anak aku. Moga mereka tidak mengikut jejak langkah aku.. yang mana aku dulu sangatlah keras hati dan degil. Hurmm.. 
Hurm. korang yang masih ada mak ayah , berbaktilah pada mereka selagi mereka ada. 


1 komen :

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Sangat keras hati dan degil tu sama lah...mmg rasa sedih bila kita yg masih ada ibu bapa x sebaik mungkin gembirakan mereka masih hidup...rasa penyesalan...mungkin Qhaliff tak sengaja...dia masih dalam tempoh belajar...janji ben bg sokongan motivasi padanya...dia takut tu sebab dia respon yang buat kita terasa...tp jgn ambil hati...mereka x sengaja.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI