Rabu, 19 April 2017

Terasa 'jauh' dengan Qhaliff !

Sian dia.. Walaupun bersua muka setiap hari , tapi peluang nak bermanja , bermain dengan dia takda ! Aku tak tau kenapa aku takda masa dengan dia.. Kesian kat dia. Kekadang dia mintak nak tidur dengan aku. Tapi bila tiba masanya, Zahra datang menyelit. Dia memang cemburu skit. Tagline diorang .. " My daddy ! My daddy ! " . Pastu gaduh laaaa.. Adehh.. 
Paling menyedihkan.. kalau aku dalam mood tak bagus ! Dia memang takut la nak tegur atau datang dekat. Tapi Zahra , tak ! Dia akan tetap datang dan cium pipi aku tanpa rasa takut. Qhaliff je akan jauhkan diri.. Huhuh.. 
Malam tadi.. aku memang sangat sangat stress ! Tekanan datang dari pelbagai sudut. Aku rasa cam nak mengamuk je tapi aku amik keputusan untuk tidur je.. tidur awal. Bangun dari tidur , aku keluar dari bilik.. Qhaliff tidur di luar keseorangan.. Hurmm.. sian dia..  Zahra , cam biasa.. waktu tidurnya dah berubah kembali.... dia tidur di siang hari ! Malam , teman aku update blog.
Sekejap je masa berlalu. Dulu , dia laaa yang sering dalam pelukan aku. Sering aku dukung , ke mana mana saja ! Dekat sungguh dia dengan aku. Tapi sekarang ..  Rasa nak je berhenti dari apa yang aku buat sekarang ni dan beri tumpuan pada dia dan adik adik dia. Tapi , sapa nak tolong bayarkan cukai cukai yang dikenakan pada aku skang ni ? Huhuhuh..

Kalau ke UniKL atau Bangunan DBKL di Kampung Baru , wajib singgah Bawal Sempoi !

Lama dah nak singgah Restoran Bawal Sempoi yang baru je di buka ni kat Kg.Baru , Kuala Lumpur. Bukan sebab kawan atau sebab promosi gempak dia tetapi sebab teringin nak pekena ikan keli dan sotong megatron dia ! Haahhaha.. baik punyaaaa alasan ! Tapi serius , memang teringin selepas diberitahu dek seorang rakan blogger mengenai kesedapan kari ikan dia ! Bukan apa , bab kari ni.. aku payah nak suka orang lain punya selain mak aku punya jer.. Huhuhh..
Restoran Bawal Sempoi yang terletak di depan bangunan UniKL dan DBKL di Jalan Raja Abdullah hanya dibuka pada waktu pagi yakni jam 10 hingga jam 4 petang.. bergantung pada stok ! Biasanya abis awal sebab diserbu dek peminat sotong dan ikan bawal ! Huhuhhu.. Alhamdulillah.. 
Nak parking , tak susah.. boleh je parking dalam bangunan yang berdekatan atau parking je sebelah restoran ni. Memang tersedia parking di sini. 
Pastu... pastu... kena cepat masuk dan booking tempat atau akan berdiri seketika untuk menanti meja kosong .. huhu.. Apa yang menariknya di sini ialah.. tokeynya yang tak kedekut ! Air 'terpilih' boleh refill.. nasi boleh tambah , ulam pun begitu juga ! Haaaaa... Lauk je kena bayar ! Hahahaha.. Makan sampai pengsan ! Tapi confirm takkan pengsan punya sebab rugi ! Pengsan nanti , korang punya lauk akan dikebas dek kawan sebelah ! Hahahahaah..

Belum cecah jam 1 tengahari , orang dah mula beratur. Tokey pon dah mula sibuk.. tapi tokey seawal jam 10 dah sibuk. Ada je yang dah datang awal untuk elakkan 'kesesakkan' di dalam restoran ni. Huhuhuh.. 
Jom tengok lauk pauknya.. 4 jenis lauk yang cukup mengiurkan.. heeee... Ada ikan bawal , sotong , ikan keli dan ayam goreng ! Tapi sila amik kari kepala ikan dia !  Terbaboooooo rasanya ! Rempah yang digiling sendiri yer ! Takkan jumpa kat restoran berhampiran.. hahaha... 



Perghhhh... tak sabar nak makan ! Telan air liur dah waktu ni.. huhu ..


Huhuh.. Amacam ? Menarik dan tertarik kan ? Hahahaha.. Memang aku makan sampai hirup kari dia la ! Sedap okkkk ! Sambal hijau dia pon power. Makan dengan ulam.. huhu... Dap dap ! Kesedapannya hingga terlupa nak tapau sebab dah terlalu kenyang. Nak kena ulang gi semula ni.. secepat mungkin ! Huhhhhh..
Nak ke sini ? Alamat ? 

Bawal Sempoi Kg Baru KL
No. 49A, Jalan Raja Abdullah,
Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur.
No. HP / Whatsapp : +60172520031 
.
Kalau nak mudah wasap jer terus klik link nie www.wasap.my/60172520031 .

Selamat Menjamu Selera dan Jangan Lupa Tapau ! Heeee..

Jus bawang besar ? Haru sungguh laaa wei !

Balik dari jumpa seorang rakan di Putrajaya, aku terus buat jus 'darah tinggi'.Oh, aku saja saja' lepak berisi' dengan dia kat sana sambil bercerita mengenai kewangan peribadi dan cara pengurusan yang betul. Satu ilmu yang cukup bermanfaat sambil mencuci mata tengok langit biru.. Langit biru la sangat ! Hahahaha..
Jus ' darah tinggi' aku ni mengabungkan saderi , epal hijau, lobak merah , tomato. Memang sedap la minum dan Alhamdulillah , sering membuatkan tekanan darah menjadi normal. Kalau tak , memang mencecah tinggi di awan. 
Cuma malam tadi tu , bahan bahan yang tersedia buat aku garu kepala ! Aku nak tanya wife , dia dah tidur.. hehehe.. Aku puas pikir.. nak 'dicampurkan' ke tak ? Kalau campur , mesti ada rasa lain nanti ! Tapi mesti ada sebab nape wife letak dengan bahan bahan yang biasa aku guna ! Hurmm.. Aku nekad ! Aku campurkan sekali laa.. Mungkin mampu buang angin dalam badan ? Kan kan ? Mana tau wife dapat resepi baru yang aku tak tau kelebihannya ! Kan kan ? 
Aku masukkan saderi , epal.. pastu Zassssssss ! Fuh , sedap ! Terliur dah rasa .. Kemudian, masukkan lagi dan lagi ..sampai abis ! Giliran bahan baru lak ! Tawakal je la.. Aku masukkan bawang besar yang wife dah hiris kecil !  Bila diblend , dia punya bau naikkk.. fuhhh , pedih mata ! Hahaahha.. Boleh ke minum ni ?? 
Siap... Aku minum jus tu dan rasanya... Arghhhhhhhhhh !!! Arghhhhhh !! Paginya aku tanya wife.. bawang tu memang salah satu bahan dia ke ?? Tak pasal pasal aku kena bebel ! Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI