Impianku jadi kenyataan !

by - Khamis, November 07, 2013

 

Tak terduga rezeki ku setelah bergelar blogger. Alhamdulillah , syukur pada Allah … Jutaan terima kasih buat isteri , keluarga dan juga sahabat sahabat yang memberi sokongan tak berbelah bagi sejak aku mula bergelar blogger !

Antara yang aku impikan bila jadi blogger ni ialah dapat produk berjenama percuma dan aku buat review mengenainya ! Dapat produk dan dibayar tu , lagi la bonus kan ? Antaranya laptop Toshiba , external hardisk , Nokia dan mcm2 lagi ..

Kemudian dapat berjalan jalan ke sana sini atas tiket blogger , percuma !! Haaa .. Atas tiket lain tu , penah la tapi blogger ni yang aku nak . Selain dari tu , buat review makanan , hotel , produk kecantikan dan produk baby !

Haaa.. bayangkan masa Qhaliff lahir , stroller dan baby carrier pon dapat free.. Jimat banyak dah tu .. Segalanya atas tiket blogger .. Tak berbaloi lagikah ?

Dan hari ni , satu lagi tawaran yang membuatkan aku tergamam ! Aku ditawarkan set home  teater berjenama Pioneer ! Amik kauuu .. mini cinema terus kat rumah aku !! Huhhu.. InshaAllah .. nanti aku review produk tu ehh ..

Pastinya banyak lagi menarik sedang menanti pada mereka yang rajin berusaha dan jangan lupa , mintak pada Allah .. Tu penting .. nak itu nak ini  tapi tak reti nak mintak dengan cara yang betul ! huhuh..

You May Also Like

9 comments

  1. Waa tahniah en ben..berkat usaha dah nampak hasilnya .....rezeki qalif juga tu...

    BalasPadam
  2. Tahniah...di samping itu boleh le tulis tip2 berblogging di blog ini.

    BalasPadam
  3. Wahhhh. Bagusnya abg ben! Tahniah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, rezeki bagi mereka yang rajin berusaha.... :D

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..murah rezeki abg..good luck :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... sy tumpang gembira. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. rezeki namanye tu.

    BalasPadam