10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki Buku Bekal ke Sekolah

by - Isnin, Januari 12, 2015

 

cover2

Saya nak mula buat bekal untuk anak saya bila bukak sekolah nanti ”. Makanan kat kantin sekolah anak saya tu macam tak bersih, mahal pulak itu.

Itu adalah antara whatsapp yang banyak saya terima sekarang ini. Rasa berbunga-bunga dalam hati mendengar ramai mereka yang begitu prihatin dengan kesihatan anak-anak mereka.

Teringat pesan arwah mak saya dulu. Perkara pertama nak jaga tentang anak-anak ini adalah makan pakainya. Kena tengok elok-elok, jangan pandang remeh, besar kesannya bila anak besar nanti.

Tak ada idea nak masak untuk bekal anak anda? Dapatkan buku ini. Semoga buku-buku ini dapat membantu anda.

 

10 sebab kenapa anda perlu memiliki Buku Bekal ke Sekolah

  1. Buku ini adalah yang pertama berada di pasaran .
  2. Segala resepi didalam buku ini boleh diguna pakai untuk menu keluarga malahan boleh dijadikan menu untuk bekal bagi orang dewasa ataupun boleh dijadikan menu untuk berkelah.
  3. Kebanyakan resepi-resepinya adalah mudah dan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati.
  4. Terdapat cara-cara penyediaan sos bagi memendekkan masa memasak.
  5. Buku ini memang mampu milik. Harganya hanya RM 15 sahaja
  6. Senang sangat nak beli buku ini. Boleh dibeli secara online ataupun terus dari saya. Klik sahaja di SINI. Anda juga boleh membeli buku-buku ini dari mana-mana kedai-kedai buku terkemuka.
  7. Setiap resepi didalam buku ini memaparkan gambar tentang cara penyediaan langkah demi langkah.
  8. Sarat dengan resepi dari negara-negara lain dan pelbagai tips tentang cara penyediaan menu. Anda tidak akan bosan mencuba resepi-resepi ini.
  9. Mengandungi idea tentang bagaimana untuk menghias bekal
  10. Terdapat resepi yang telah diolah sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur.

 

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan buku-buku untuk bekal ke sekolah di sini .

- http://azianhasan.com/buku-idea-bekal-ke-sekolah -

You May Also Like

1 comments

  1. wah, boleh beri idea untuk parent dan tentu anak-anak sangat suka sebab ada banyak pilihan ^-^

    BalasPadam