Bonus punya cerita !

by - Isnin, Januari 05, 2015

 

Wife confident hari ni bonus ! Maka semalam , dia abiskan baki gaji yang ada dengan membeli barang dapur . Aku , malas nak kata apa apa .. Duit dia , duit aku gak. Duit aku , sah sah duit dia .. Sama je la kan ?

Dan wife pon gi la shopping dengan Qhaliff kat Tesco Nilai. Ikutkan nak membeli belah kat Alamanda jer tapi sewaktu kat Alamanda , Qhaliff boleh bantai tidur sepanjang perjalanan .. Bila nak balik rumah , baru dia terjaga . Adeh , geram betul ..

Sementara wife g ngan Qhaliff , Zahra ngan aku di rumah. Aku tidurkan Zahra sambil layan internet. Tiba tiba terbaca status pasal bonus ! Eh , takkan kot ??? Byk fitnah skang ni dan juga gurauan nakal !

image

Aku pun mesej kat wife.. Jangan perabiskan duit. Dan sejam kemudian , wife sampai rumah dengan muka yang cukup gembira ! Beli macam macam ..

Aku suruh dia baca mesej .. Dia tak percayaaa ! Mentang mentang laaa aku ni berstatus keyboard warrior tahap 2 jer.. Tak percaya kata kata aku.. Ok fineeee ….

Dan pagi tadi .. Lebih tepat lagi.. sejak kul 1 pagi tadi .. dia dok cek bank dia ! Dia nak buktikan kata kata aku tu salah sama sekali ! Tetiba aku dapat mesej bergambar. Aku baca dan terus gelak !

image

Setepek kena kat muka kalau aku bagi kat wife aku ! Hahahaha.. Aku tunjuk kat dia , dan dia ketawa terbahak bahak ! Hahaha.. Sah dia cek bank dia sehingga subuh tadi ..

Akhirnya ..

image

“ Pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus kepada penjawat awam dan bantuan khas kepada pesara kerajaan diawalkan pada 15 Januari ini. “.

Info sahih dikeluarkan ! Dan terduduklah ramai penjawat awam gara gara percaya hari ni , dapat bonus seperti mana yang dijanjikan.. hehehe … termasuklah wife aku.. lalaala..

Nasib baik la aku blogger ! Walaupun tak berpendapatan tetap , tapi alhamdulillah.. boleh sara keluarga aku lagi.. huhuh.. InshaAllah. Thank You !

You May Also Like

11 comments

  1. kahkahkah! komik qhaliff dan zahra bermula!

    BalasPadam
  2. Komik tu kelakar. Kena dengan ekspresi! HAHAHA

    BalasPadam
  3. Ok entry ini kelakar, termasuk la dialog dua beradik tu, hahaha

    BalasPadam
  4. Adoi.. Hahaha.. Lawak ada, kesian pun ada.. Tp ayat Zahra best.. :)

    BalasPadam
  5. insyaAllah thank you tu tak tahan!

    BalasPadam
  6. rmai lah warga gomen yang menunggu bonus trmsklah sya..padan kt mka sndiri

    BalasPadam
  7. Kuang kuang kuang... 😄😄😄

    BalasPadam
  8. ini lawak..hehe...xpe seminggu je lagi

    BalasPadam