Produk terkini Mitsubishi Electric

by - Rabu, Januari 21, 2015

 

Kali terakhir aku ke ShowRoom Mitsubishi Electric , pada tahun 2013. Ketika tu aku diperkenalkan dengan peti ais keluaran mereka yang dikatakan terbaik diantara yang terbaik ! Ahaa.. Yer, memang aku akuinya malah jiran aku sendiri ada memilikinya. Sejak itu aku percaya yang produk Mitsubishi Electric sangat berkualiti dan bermutu tinggi !

Beberapa minggu lepas , aku bersama beberapa orang rakan blogger sekali lagi dijemput ke Showroom Mitsubishi Electric yang terletak di Petaling Jaya. Kali ini bukan satu produk yang diperkenalkan tetapi 4 produk sekali gus ! Waahhhh !! Ini sangat lumayannnn.. hehehe.. Lumayan sebab banyak info yang akan diperolehi..

image

Cara mereka memperkenalkan produk kepada para blogger amatlah menarik sekali.. melalui permainan ! Hehehe.. Dengan cara itu , blogger akan lebih memahami kelebihan setiap produk keluaran Mitsubishi Electric ini.

Kelebihan produk keluaran mereka berbanding dengan jenama yang lain ada banyak tapi paling penting ialah penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang rendah mana produk Mitsubishi Electric ini memperolehi 5 bintang dari segi kecekapan tenaga disusuli dengan kos penyelenggaraan yang rendah serta mudah. Maknanya boleh buat sendiri laa.. hehe..Itu pun kalau berani laa.. sebaiknya dapatkan ilmu dahulu sebelum buat sendiri.. kan ? Jangan lupa setiap produk mereka juga mesra hijau.

Ok.. Antara produk yang mereka perkenalkan kepada blogger ialah penghawa dingin ! Gambar dibawah ni , blogger diajar cara nak melakukan penyelenggaraan sendiri di rumah. Mudah dan pantas je !

image

Ada banyak penghawa dingin keluaran Mitsubishi ni.. Tapi yang paling terkini dan menawan hati aku ialah .. Yang di bawah ini laaa ! Kenapa ? Nampak tak i-See Sensor tuuu !

image

image

Ahaaaa..  Biasanya kalau kita keseorangan di rumah , kita pasang penghawa dingin kena duduk di tempat yang berhampiran untuk memastikan kita merasa la kedinginannya kan ? Tetapi dengan adanya i-See Sensor ni , tak perlu dah.. Duduk la di mana saja ( jangan la duduk kat dapur pastu nak rasa air cond kat ruang tamu… gile ke apa ? ) , di dlm kawasan liputannya , inshaAllah akan rasa sejuknya.. hehehe ..

Jangan lupa.. 7 tahun jaminan untuk kompressor !! Penting nii.. hehehe..

image

image

Ok.. Produk kedua lak .. Pengering tangan atau Hand Dryer ( Jet Towel ) . 

image image

image

Ini terus terang bagi aku la kan.. Kalau rumah besar dan atau letak di pejabat , memang best laaa ! Cepat je tangan kering kalau guna hand dryer ni.. Tak perlu bazir tisu… kan ?

Yang ketiga ialah Peti Sejuk Mitsubishi L4Grande.

image

Kelebihan teknologinya ..

  • Anti Bacteria Food Liner

  • Deodorizer

  • Vitamin Factory ( sayuran dan buahan akan segar sentiasa )

  • Door Alarm System ( kalau terlupa nak tutup rapat , dia bunyi )

  • LED Light

  • Door Auto Closed

  • Egg Case

Penjimatan elektrik antara elemen yang penting.. Pastinya bila ada peti ais gini di dapur rumah kita , akan membuatkan mak atau isteri kita lebih kerap berada di dapur.. Ada saja diaorang teringin nak memasak.. Hehehhe.. kan ?

Yang ke empat.. Kipas Elektrik dan Ventilation fan. Aku dah ceritakan di entri aku yang bertajuk Kipas Elektrik dari Mitsubishi Elektric ni..

Ok.. Yang ni menarik ! Aku rasa belum ada mana mana pengeluar barangan elektrik ada aplikasi android atau iOS untuk pengguna mereka.

Aplikasi yang bertujuan memudahkan pengguna yang tercari cari produk elektrik yang terkini serta ada pengiraan penggunaan elektrik ini pastinya berbaloi untuk kita semua ! Tunggu kehadirannya nanti yer .. Akan dilancarkan tidak lama lagi.. Sabar ehhhh .. sabar…

Kesimpulan .. hehe.. Sila dapatkan segera ! Pasti rumah anda akan berseri… wow !!

Gambar oleh – AkuBioMed

You May Also Like

6 comments

  1. Peti ais tu memang menarik. Aircond juga. dikatakan selepas GST aircond antara barang yang susut harga

    BalasPadam
  2. tertarik..menarik..dan macam ditarik..

    BalasPadam
  3. menarik fridge tu.. harganya brp agaknya ye? Aircond pun mmg bgs tu

    BalasPadam