“ Sikit sikit , balik Kelantan ! “

by - Sabtu, Januari 10, 2015

 

Teringat kata kata aku dulu pada seorang rakan blogger yang kerap balik kampungnya di Kelantan. Asal ada cuti lebih sehari dua , Kelantan la destinasinya ! Aku memang respek la.. Sesekali aku suka sakat dia ..

“Alaa.. tak yah balik laa.. Dah selalu balik.. Tak ke mana la kampung tu.. “.

Dan dia senyum jer.. Aku tau sangat orang Kelantan ni. Pantang cuti , mesti balik kampung ! Respek aar !! Bukan dekat Kelantan tu kalau dari KL .. Aku sendiri pon kalau memandu dari KL , memang akan makan sekurang-kurangnya 10 jam..Paling lama , 12 jam.. Kenapa lama sangat ? Aku suka berenti renti .. Bagi aku , perjalanan ke Kelantan , mendamaikan.. Cuma sikap pemandu je perlu aku berhati hati !

Dan sekarang.. Allah telah buka mata aku ! Tiada yang kekal di dunia ini walaupun kampung kelahiran kita ! Astagfirullah al a’zim .. Aku terlupa bahagian tu ..

Banjir baru baru ini telah ‘menghaibkan’ rumah tempat dia dan adik adiknya membesar ! Sesungguhnya , aku tidak sangka sama sekali ! Dan dia sangat beruntung kerana kerap pulang ke kampung halaman. Bayangkan jika dia pulang sesekali atau hanya pulang ketika raya jer.. Apakah perasaannya ? Hurmm..

image

Antara rumah yang menjadi mangsa banjir baru baru ini di Kelantan. Menurut rakan aku tu , rumahnya telah abis dihanyut air. Namun dia bersyukur ahli keluarganya semua selamat .. Alhamdulillah .

Nasihat.. kalau teringat orang tua tu , jangan tunggu ‘free time’ baru nak lawat atau ziarah. Telefonlah sekerap mungkin jika payah nak dapat cuti.. Jangan biarkan mereka kesepian..

You May Also Like

9 comments

  1. terasa sedih yang teramat... dah lama x balik kg. bukan xnak balik kg. cuma xmampu...

    BalasPadam
  2. memang betul la org kelantan pantang cuti lebih mesti balik negeri...opis mate pcl pon sama..hairan jgk, jauh tu driving solo.

    BalasPadam
  3. fiza sangat faham perasaan kawan aben . :'(
    Sekarang, bila rasa nk blk kelantan, tetiba kenangan kat rumah datang, mesti nangis.Orang lain lps banjir sibuk cuci rumah , kami mampu pandang je :(

    Dulu balik mesti happening kat rumah dgn keluarga, skrg.. rumah org .

    Tak sabar nak tunggu rumah baru . nak rasa bahagia tu kembali dgn keluarga diteratak kecil kami:)

    Aturan Allah itu yang terbaik

    BalasPadam
  4. Aih..sedih pulak baca.. Alhamdulillah, rumah family biras x kena banjir

    BalasPadam
  5. antara pengajaran yg buleh kite kutip dr bencana banjir. mmg m'insapkan.

    BalasPadam
  6. Takziah buat rakan-rakan blogger di kelantan dan negeri-negeri lain yang dilanda banjir. Sedih bila tengok gambar-gambar pasca banjir haritu. Memang besar sungguh ujian untuk diorang.

    Pasti ada hikmah. Moga diberi kekuatan. :(

    BalasPadam
  7. Sedihnya, tp akak rasa mereka kuat untuk bangun semula, kerana selama ini pun memang mereka org yg 'kuat' dan 'gagah', in sha allah

    BalasPadam
  8. thanks atas nasihat.
    lepas ni kena kerap call lagi abah di kg

    BalasPadam