"Daddy sayang Qhaliff , tak ? "

by - Isnin, Mei 15, 2017

Satu soalan yang cukup buat aku tersentak ! Tak sangka dia akan tanya soalan gitu. Patutlah kebelakangan ni dia asyik nak ikut aku jer.. termasuk nak tidur dengan aku sedangkan dia sebelum ni akan tidur dengan mak dia... dalam bilik ! 
Apa yang membuatkan dia bertanya cam tu ? Aku syak dia terasa aku banyak 'cium' Aariz berbanding dia walhal sebelum ni , dialah buah hati aku. Hurmm.. Aku rasa dia tak tahan sangat dah kot... tu tetiba dia tanya aku... dan terus peluk ! Olololooo.. Tentulah daddy sayang Qhaliff.. Zahra.. Aariz ! 
Lepas aku cium pipi dia , Zahra pon datang serahkan 'pipi' dia.. Adeh ! Camana la daddy nak outstation lama lama ni ! Hurmmmm... Boleh giler jap daddy. Patutlah aku kurang gi 'merantau' tahun ni. Allah dah tau aku camana.. nk berpisah sehari pon dah sedih.. ni kan pulak nak berhari hari..
Lepas aku cium dua dua.. , terus baring atas lengan aku. Huhuhu.. confirm kejang lengan aku ni esok! Dah mengantuk sangat diorang ni.. Kalau tepuk peha diorang sambil berselawat , confirm lena... atau aku yang lena dulu ! Hahahaha.. 
Qhaliff Iman.. daddy sayang Qhaliff tau ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Comei la hai Qhalif dan Zahra... Qhalif dah rasa dia tak dapat kasih sayang macam dulu-dulu. Sindrom anak sulung... Sama macam anak saya dulu...

    BalasPadam