Lega dapat kembali akaun Facebook setelah 'disekat' !

by - Rabu, Mei 10, 2017

24 jam berlalu.. akhirnya aku terima email dari mereka setelah 'bersoal jawab' dengan pihak pengurusan Facebook. Lega ! Walaupun aku tak stress sangat  disebabkan 'sekatan' tu tapi bila dapat semula akaun tu , ianya satu rezeki buat aku.  Yelah , kat akaun ni ramai dah kot kenal dan follow status dan juga blog aku. Punca trafik blog aku tuuu.. Huhuh.. Tapi ianya juga satu cabaran buat aku untuk kembali dapatkan follower andai aku kehilangan akaun aku tu.. 
Camana aku buat ? Ketika login tu , akan keluar satu 'sign' .. 
Pastu klik kat 'please let us know'. Dia akan hantar satu email kat korang atau keluar satu windows lain.. ikut je apa dia suruh.. Cam dalam kes ni dia akan mintak bukti pemilikan akaun tu.. Haaa.. Kalau betul akaun tu korang punya , korang tak perlu risau.. InshaAllah akan dapat semula.. selepas ikut arahan diberikan pihak admin Facebook. 
Pastu tunggu laa 24 jam.. bertenang dan masa ni kalau tengah boring , boleh la buat satu akaun baru.. pastu add la kawan kawan baru serta lama. Secara tak langsung , korang akan dapat lagi pembaca blog yang baru.. Haaaa... 
Camana aku boleh kena sekat ? Aku pun tak tau laa.. katanya ada yang mereport ! Apa kes diorang report pon tak tau laaa.. Takkan sebab status poligami kot ??? Hahahaha.. kes sebab aku viralkan spinner tu ??? Erk... takkan kot ? Positif Ben ! Jangan fikir bukan bukan.. Ok , aku tau.. mesti aku semakin hensem kan ? Giler punya positif ! 

You May Also Like

3 comments