Ujian peperiksaan pertama Qhaliff Iman !

by - Khamis, Mei 04, 2017

" Apaaa ??? Qhaliff ada ujian ?? " . Korang leh bayangkan muka aku yang tergamam bila diberitahu yang Qhaliff akan ada ujian peperiksaan di sekolahnya ! Aku pandang muka dia.. Dia boleh.. dia budak bijak. Mak dia seorang guru yang bagus. Aku ajar dia... dia kata aku garang. Huhuh... Terpaksa lepaskan tanggungjawab tu pada wife. 
3 hari ujiannya.. Aku tanya dia... 
" Camana exam Qhaliff ? Senang tak ? ". Dia senyum. Dia jawab senang jer.. Dan disambung dengan ayat yang aku tak paham butirannya. Aku mampu senyum jer. Tak pe la.. aku nak tengok perkembangan dia di tadika yang dah melahirkan ramai anak anak yang cemerlang. Qhaliff dah banyak berubah sejak bersekolah ni.

Aku tak menaruh apa apa harapan pon. Bagi aku , biarlah dia berilmu dunia akhirat. Bagi aku , biarlah dia tahu tanggungjawab dia sebagai hamba Allah. Itu sudah memadai. Aku tak nak dia stress menjalani kehidupan ini yang sudah pun terlalu mencabar buat dia.. Kesian kat dia.. 
Bukanlah aku tak nak dia cemerlang... mana ada mak bapak nak tengok anak dia gagal kan ? Mestilah nak tapi aku tau camana rasanya ditekan dari atas..Buat masa sekarang , biarlah dia jadi kanak kanak... bukan profesor ! 

You May Also Like

3 comments

  1. Budak sekarang sekolah darjah 1 pun dah macam tingkatan 1..banyak aktifiti dan pembelajaran pun dah lain tak macam dulu.

    BalasPadam
  2. Good luck Qhaliff. Moga terus cemerlang.

    BalasPadam
  3. Menikmati zaman kanak-kanak itu sangat indah...jangan rampas sebabak memori untuk dikenang kelak..

    BalasPadam