Mudah pusing Pulau Pinang dengan Hop On Hop Off !

by - Rabu, Julai 24, 2019

Melancong ke Pulau Pinang , memang menyeronokkan. Syurga makanan dan juga banyak tempat bersejarah boleh dilawati. Kaki bergambar , mesti suka punya. Banyak bangunan bersejarah , kedai makan yang unik,  taman negara paling kecil di dunia dan banyak lagi ! 

Masalah utama bila nak bergerak di Pulau Pinang ini ialah kesesakkan lalu lintas. Bila cuti umum , memang padatlah Pulau Pinang. Menyumpah seranah memasing ! Hahaha.. kan kan ? Aku tau. Sebab tu aku malas nak balik kampung bila cuti panjang !

Dan baru-baru ni, baru aku tau cara mudah nak melancong di Pulau Pinang ni ! Dalam sehari jer , boleh ke semua tempat tempat menarik terutama di pusat bandar ! Haaa , guna je Hop On Hop Off jer ! Sama macam di Kuala Lumpur , HOHO ni berhenti di tempat tempat pelancongan yang terkenal. Kekerapan bas pun antara 20-30 minit jer. Tak perlu tunggu lama ! 

Korang boleh naik turun di mana mana saja hentian HOHO ni dalam masa sehari. Berbaloi gitu ! Tak perlu nak pening kepala cari parking dan redah jammed ! Atau tercari cari tempat menarik untuk dilawati. Tanya je Tour Assistant yang ada di dalam bas ni. Dia sedia membantu dengan senyuman terukir di bibir ! Heheeee..








Ada beberapa pakej menarik yang disediakan oleh Hop On Hop Off ni. Korang boleh buat tempahan secara online mahupun beli terus ketika di Pulau Pinang. Maklumat lanjut , korang boleh baca di web Penang Hop On Hop Off ni. 

You May Also Like

3 comments

  1. Penang pun ada jg hop on hop off ni. Alternatif yg baik, sebab jem di sana sama naik mcm d KL.
    khkopi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dok penang pun tak pernah naik. Bas ni bukan setakat Penang je ada, kat Ipoh pun ada. Tapi itulah kurang sambutan daripada pelancong tempatan

      Padam
  2. Best jalan-jalan dalam Penang naik bas ni.

    BalasPadam