BEN ASHAARI




Wife tunjuk gambar ni kat aku. Ketika tu ada sale di Lazada. Harga dalam rm186 kalau tak silap aku. Tapi aku tak nak lagi. Masih mahal. Kalau bawah RM100 , baru leh angkat ! Hahahaha.. Bukan tak pernah beli bawah RM100 pun.. Tapi masa tu kat JPO kalau tak silap aku.  Murah la.. Dan syok pakai. 

Kelmarin , aku ternampak sandal jenama ni di Lazada. Uih... tu dia ! Murah benar. Tapi aku berhati hati. Selepas baru ni aku beli snow cap Under Armour di Lazada dengan harga murah , aku memang perlu berhati hati dengan seller dari China ni. Kena baca betul betul ! Atau.. hampa ! Yer , snow cap aku dapat tu, menghampakan. Adeh.. 

Aku baca review dari mereka yang pernah beli sandal ni.. Yang harga murah ni. Yang harga atas tu , memang dapat review bagus tapi yang bawah ni.. heheee... Memang mendukacitakan sama sekali. 




Amik kau ! Satu bintang dia kasi. Hahahah.. Sah sah la bukan original ! Tapi dia punya harga.. huhu.. Leh tahan mahal. Kalau harga bawah RM50 ok la.. Dah la tu, letak gambar gitu. Aish.. Ada je seller dari China ni yang jujur. Bagus jer. Cuma kena hati hati memilih. Salah pilih , tepuk dahi ! Heee..

Di Lazada , makin banyak barang tiruan. KPDNHEP tak leh nak pantau kalau gini. Tapi apa pun , tetap perlu ada pantauan. Sebab macam macam ada jual termasuklah barangan permainan seks ! Hurm.. bayangkan anak anak bawah umur kita yang dah pandai tu, beli tanpa pengetahuan mak ayah. Camana ? 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Menurut page Daily Traffic Report , lelaki di dalam gambar tu patut kena kuarantin di rumah tapi dia ingkar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sahkan sebahagian kaunter aduan di Balai Polis Sentul ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tepuk dahi aku. Yer , aku tak tau kisah sebenar. Begitu juga kisah kisah yang lain. Tapi bayangkanlah... apa yang berlaku bila virus ni tersebar ? Cukuplah 3 bulan lalu menjadi pengajaran. Ramai hilang kerja. Hilang punca pendapatan. Hurm... Sudahlah sekarang ni , pihak kerajaan sedang berusaha untuk hidupkan kembali ekonomi dalam negara. Pelancongan antaranya ! Betapa ramai mengeluh takda job ! Punca ? Ni laaa... yang degil degil ni ! 

Sekarang ni, nak bergerak pun takut dah. Tak bergerak , pun sian lak pada negara. Camana nak bantu memulihkan ekonomi ? Peranan kita penting. Kalau semua pakat duduk rumah.. tak bergerak la ekonomi. Hurm.. 

Aku malas nak cerita lebih pasal lelaki tu. Kang aku memandai je ulas , jadi fitnah lak. Tunggu je cerita sebenar keluar dan kita punya peranan buat masa ni.. ikutlah SOP yang disarankan. Tengok makin ke laut dalam je memasing. Yang masih ikut tu, baguslah ! 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Esok cuti sekolah. Tak panjang tapi cukuplah untuk bawak keluarga berjalan sana sini. Tapi nak ke mana ? Nak masuk KL , dah ada 'arahan' elak kluster kluster baru ! Camana tu ? Bukan KL jer tapi kat belah utara tu.. hurmm...

Best partnya.. Ketegasan dalam patuhi SOP tu amatlah teruk. Sekadar berlakon atau sekadar asal buat. Contohnya seorang rakan aku di gym bercerita dia gi bercuti di satu pulau di utara baru baru ni. Katanya ketika beratur nak naik cabel car kat satu pusat pelancongan ni , semua orang amalkan jarakan sosial. Tapi dalam tu , masing masing rapat ! Sedangkan virus sedang merebak kembali kat sana ! 


Hurm.. anak anak ajak gi mandi sungai. Nampaknya hanya satu tempat je aku boleh tuju. Tempat ni memang best la. Tak perlu risau ramai orang sebab masing masing memang jarak antara satu sama lain. Huhu..

Tengok la kalau rajin esok.. Kalau tak , camping dalam rumah je la..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Hurm.. aku lama dah tak minum kopi letak gula bila di rumah. Memang takkan letak. Biarlah pahit pun, aku telan jer. Kalau di luar tu, jika boleh elak.. aku elak terutamanya jika yang order terus dari waiter. Semua kasi letak 'o' jer. 

Bukan sebab nak sado atau takut berlemak tapi takut kaki kena potong ! Yer, aku dah tengok ramai je orang yang aku kenali kehilangan kaki dek kerana gula ! Aku pelik je tengok orang orang yang aku kenal , tak leh hidup tanpa 'manis' ! Tak kick katanya. Hurmm... Jangan sampai tak leh kick dah la yer.. 


Ubah diet pemakanan kita. Memanglah kita bersenam tapi... kalau pemakanan tak jaga.. tak betul gak tu ! Satu hal lagi ialah... bila lepas bersenam.. nak makan apa ? Ni pun satu hal gak. Ada yang kata asalkan bersenam , boleh je belasah nak makan apa. Hurmm.. salah dah tu. 

Ubahlah diri kita untuk kebaikan sebelum doktor ubah diri kita ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Dua hari lepas.. mesin air aku ni kebocoran. Tak tau mana punca. Di bahagian tempat amik air tu pun , menitis nitis air. Terus aku whatsapp Cody aku. Cody ni ialah orang yang datang buat servis bila sampai masanya. Dan dia kata esok pagi dia datang. 

Esoknya, dia sampai tepat pada masanya. Dasat ! Aku suka orang datang tepat masa ni. Sebab aku pun terkejar masa. Nak gi antar Qhaliff ke sekolah. Pastu nak gi jemput Zahra lak. Huhuhu.. Tu la tugas aku di rumah jika tiada tugasan di luar. 

Cody datang. Dia check. Kemudian dia kata , ada part rosak. Yang ni kena hubungi HQ. Nak dia uruskan atau aku sendiri ? Kalau dia, akan amik masa sehari dua gak untuk diorang respon. Kalau aku sendiri yang contact , esok dah boleh datang.. 

Aku kata biar aku sendiri je hubungi. Selepas dia balik.. terus aku call. Selesai ! Kata customer service tu, esok technian akan call sebelum datang. Dan memang benar.. awal pagi dia dah call. Tanya bila aku ada di rumah ? 

Jam 2 petang, dia sampai ! Fuh.. Efisien. Dan orang yang sama gak datang. Dulu dia pernah datang sekali buat repair. Ada part rosak. Memang pantas dia buat kerja. Setengah jam berlalu.. siap ! Dia tunjuk kat aku apa masalah dia. Katanya jenis mesin aku ni , memang inilah yang selalu bermasalah. Maka dia dah memang ready spare part ! Hahahha.. 



Tu diaa.. Dah abis kontrak aku ni ! Sekarang ni masuk ke bayaran produk untuk jadi hak milik . Hurm.. nak jadi hak milik atau tukar yang lain ? Amik yang murah skit. Letih gak nak bayar RM188 di kala ekonomi macam ni. Huhuhu.. 

Apa pun.. terima kasih la buat team Coway. Bila bagus , kita puji la kan ? Jangan pandai kritik jer.. Hee..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Bapak ahhh ! Sakit mata weh ! Nak tengok cermin sisi pun tak boleh.. Cermin pandang belakang pun gitu gak. Terpaksa aku 'pantulkan semula' cahaya tu pada dia balik ! Haaa.. Tau kan caranya ? Ingatkan dah selesai.. Tapi rupanya tak ! Datang pulak motor dari arah depan ! Ingatkan superbike tapi rupanya.. motor biasa jer ! Adehh.. 

Geram ! Tapi tak boleh amik tindakan sendiri. Pernah sampai aku punya geram tu, kasi kereta belakang aku potong aku pastu aku duduk belakang dia... kasi lampu tinggi kat dia ! Haa , amik kau. Baru kau tau camana rasa kan ? Haaa.. 

Menteri Pengangkutan yang lepas, dah kasi tau.. penggunaan lampu putih yang bukan original ni ,boleh di saman sehingga RM2 ribu atau penjara 6 bulan. Tapi masa bila buat pemeriksaan ? Haih.. takkan nak tunggu ada orang buat video viral kot ? 

Atau ada yang bergaduh sebab lampu ni ? Aku rasa ramai dah bengang pasal lampu ni. Tapi masih dok bersabar dan ikut undang undang. Tunggu pihak berwajib amik tindakan.. yang tak tau la bila nak buatnya ! 


Sumber : PanduLaju

Letih nak bangkitkan hal ni. Rasanya bukan sorang dua dah bising kot. Kang aku sendiri tukar lampu putih tu kang ! Haaaa ! Siap pakai cermin gelap gelita. Hahahaha.. Baru tauuu  ! Pastu baru nak kena saman ! Eh... hahaha... padan muka aku ! 

Ok , ok.. Sekarang ni camana ? Sapa nak amik tindakan ni ? JPJ atau PDRM ? Takkan nak suruh SPAD ? Eh.. ada lagi ke SPAD ?? Takda kaitan kot.. Huhu.. 

Tolong la yer.. Tak larat nak buta mata walaupun sesaat. Boleh menyebabkan kemalangan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Sejam tunggu nak tukar syif.  Nak masuk , tak boleh sebab dah cukup 25 orang. SOP Gym kena ikut. Kalau tak , naya jer kena saman. Huhuh.. Mana tau pak polisi datang.. kan ? Nak balik.. cam malas lak. Nak tak nak , tunggu je la. 

Sementara tunggu tu , layan media sosial. Nak layan movie , malas. Hahahaa.. Tengok FB.. tengok IG.. tengok Twitter. Macam macam hal ada. Di Twitter dok kecoh pasal resort orang kaya ni. Haih.. aku pun tak tau nak salahkan sapa. Nampak macam dua dua je salah tapi salah yang berlainan ! Adeh.. Gi kat Facebook, hurm... boring gak. Orang dah mood nak tidur kan ! Hahahah.. Twitter ni ibarat KL sebelum PKP.  Tengah malam lagi panas ! FB ni macam KL semasa PKP.. Kul 10 dah bersiap nak tidur ! Hahahaha.. 

Tengok Instagram ? Kat Instagram , aku suka tengok skill skill fitness luar negara. Gempak la. Tak terikut aku. Hahaha.. Jauh beza haa ! Dapat tiru skit skit ok laaa... Mana yang best tu , aku download dan upload kembali ke akaun private aku. Yang buat tutorial workout la.. Heee.. 

Dan bila tengok awek awek bertudung kat Instagram ni.. Bukan aku nak tengok sangat tau ! Tapi dok keluar kat bahagian Search tu.. Geleng kepala aku ! LIKES tinggi lak tu. Giler giler tinggi ! Agaknya sebab tu kot diorang makin galak tayang dada ? Kalau tak bertudung tu , aku paham la.. Ni yang bertudung , apahal ? Bukak tudung tu la kalau nak buat gitu ! Memalukan tul !! 

Apa aku buat ? Yang over tu , aku blocked sekor sekor ! Penat mata nak tunduk ke bawah. Memang tak tinggalkan kesan kat diorang tapi sekurangnya aku tak sakit mata nak tengok ! Huhhh.. 

Jam 10 malam.. Giliran ahli baru masuk. Tak ramai dah dalam gym. Tapi aku dah takda mood nak berworkout ! Main kaki skit... Rowing.. Tarik la mana yang sempat.. pastu balik ! Esok je la... Faktor lapar pun satu hal ! Hahahaha... 

Dan juga tak cukup rehat. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Gambar atas tu, minggu lepas punya. Yang bawah tu , baru beli tadi. Eh , terbalik. Ah , tak kisah la.. sama jer ! Hahahaa.. Setiap kali aku teringat , aku akan pergi. Popia basah dia memang menepati sungguh selera aku. Cili dia memang terasa la. Nak kata pedas sangat pun tak , nak kata tak pedas pon tak gak. Sedang sedang gitu. 

Dan setiap kali aku gi beli.. mesti dua pek ! Satu pek , takkan cukup. Huhu... Dan tadi , aku singgah beli. Saja nak isi perut dengan popia sebelum makan nasi. Aku beli dua pek , seperti biasa. Terliur dah tengok ! Huhuh.. Tak sabar nak sampai rumah. Kalau wife aku ada , boleh dia tolong suapkan. Eh... tapi dua minggu ni , perang dingin. Jangan mimpi la nak bersuap ! Hahaha.. Bila baik.. gurau macam tak ingat dunia. Bila berperang , tersentuh jari kelingking pon tak leh. Huhuh.. Perempuan ! 

Eh.. terngumpat lak. Tak pe.. dia tak baca blog aku time perang ni. Hahahaha.. Ok , sambung. Sampai je rumah.. aku nampak jiran aku duduk kat luar. Seperti biasa. Dia memang suka duduk amik angin kat luar. Sejuk gitu.

Aku cam.. hurm.. camana eh ? Nak pelawa ke tak ? Hurm... Ok la.. Orang kata , kongsi rezeki ni , murah rezeki. Huhuh.. Tak pe la.. Aku nak makan banyak banyak pun , buat apa. Makan je la untuk lepaskan nafsu. Jangan ikut nafsu sangat. Huhuhuh.. 

" Bang, dah makan tengahari ? " tanya aku.

" Dah.. baru je.. " jawab dia. 

" Ni bang.. ada popia lebih. Amik la... " pelawa aku. 

Diucapnya terima kasih. Aku jawab dan terus masuk ke rumah. Basuh tangan dan terus jamah popia. Huhu.. Tak sampai 5 minit , selesai ! Dan cukup dah banyak tu. Kalau dua pek tu , memang terboroi perut aku. Hahaaha.. Perancangan Allah tu cantik dah. 

Apa pun.. popia tu memang sedap ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Cuaca panas. Nak memandu , terganggu dek silauan matahari atau mata berair dan penat dok mengadap gajet lama sangat. Tak bagus untuk mata. Camana nak uruskan masalah ni ? Hurm.. Kawan kawan aku yang pakai cermin mata , dah tau mana nak pergi. Katanya mudah gi kedai yang direkomenkan. Senang nak deal dan tak risau nak kena 'sembelih' .

Kedai cermin mata Eyes Vision Optical di Sungei Wang ni , bukan sehari dua usianya. Dah berbelas tahun kat situ dan pelanggan setianya memang senantiasa kembali. Bukan sebab cermin mata bermasalah tapi saja nak tukar yang baru. Ikut peredaran zaman. Lagi pun harga memang mampu beli. Ikut kemampuan masing masing la.. 

Pelbagai jenis frame ada. Dari plastik hinggalah ke titanium. Dari yang biasa , hinggalah yang gempak ! Hahahaa.. Dan kantanya , ikut apa korang nak. Kalau tak kisah cam aku ni.. amik je plastik. Maklumlah , aku tak reti nak jaga spek ni. Kalau calar balar pun nak tukar baru tak mahal. Berbanding sebelum ni yang mana aku beli di kedai spek lain... diorang terus offer yang bapak mahal! Katanya mata aku lebih sesuai gitu. Hurmmm.. Beribu untuk kanta jer ! Haih.. 

Biasanya yang datang sini , mesti akan amik yang berjenama punya Kenapa ? Sebab murah ! Alang alang nak amik kan... amik yang memang cun terus. Takda la nak membazir duit. Dua tahun sekali tukar la.. Atau setahun sekali ha.. 



Kawan aku ni , Badrul.. mula mula dia datang sini buat spek untuk anak dia. Amik frame Harry Porter gitu. Fuh... memang rare dan gempak la nampak. Bingkai dari emas putih. Smart la. Pastu dia datang sekali lagi. Buat untuk diri sendiri. Siap amik contact lens. 

Spek bingkai Titanium Porche Design ni , harga di online memang tepuk dahi la. Kat sana , dia dapat sekali ngan kanta anti silau tukar gelap , dengan harga bawah dia punya bajet ! Huhuh.. Berbaloi katanya. Siap amik contact lens lagi. Pandai bodek , boleh mintak macam macam. Hahaha.. 




Kawan sepejabat aku ni dulu.. nah , bukan senang nak yakinkan kak Joyah ni. Maklumlah , orang biasa berniaga online ni dah tau sapa sembang kencang atau boleh percaya ceritanya. Dia pun gi buat kat situ. Walhal tinggal kat Putrajaya dan banyak je kedai spek . Tapi percaya dengan aku punya pendapat , dia gi buat kat sana..

Apa komen dia ? Huhuh..


Tu dia ! Pasni memang tukar tukar spek la akak Joyah kita ni. Tu style Kpop dah tu. Huhuu... Oh ya, spek siap dalam tempoh sejam je. Ikut power korang la. Kalau tinggi dan nak tukar gelap, tak la sehari. Tu nanti Mr. Jun akan kasi tau la tapi tak lama la macam aku dulu buat spek.. 2 minggu baru siap ! Huhuhu..

Kalau korang nak gi , contact terus Mr. June. Bagitau korang dapat tau pasal spek ni dari Ben Ashaari. InshaAllah dapat harga cun.. heee.. 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Instagram : https://www.instagram.com/eyesvisiongroup/
Facebook : https://www.facebook.com/eyesvisiongroup/
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464 ) 




Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Dulu aku kurang nak fokus part pemakanan ni. Bagi aku , bersenam je dah memadai ! Tapi rupa-rupanya salah ! Kenapa ? Lepas bersenam, kita akan kelaparan tahap babun punya ! Sebab tu kita tengok kebanyakkan runner atau rider basikal amatur ni lepas bersenam diorang lepak kedai makan ! Terutamanya malam ! Nah... camana tu ? 

Aku bukan nak kasi nasihat kat diorang pun. Sekadar kasi tips jer. Ini yang aku tau la selepas melakukan ke atas badan sendiri. Heheheh.. Pertama , sebelum nak bersenam.. sejam sebelum tu kena loading dulu. Nak makan apa ? Nah.. kat sini penting ! Macam aku , aku amik pre workout suppliment yang mana membekalkan tenaga dan membuatkan berpeluh kaw kaw punya ! Ada yang makan nasi dan sebagainya. Terpulang la... selagi mana korang tau berapa banyak kalori korang masuk dan berapa banyak akan guna kalori tu nanti, ok la.. Jangan masuk banyak, guna sikit jer. Masalah tu ! 

Pastu, selepas workout atau bersenam. Nah... mesti lepak minum makan punya kan ? Hehehehe.. Bila makan , amik kalori tinggi punya. Pastu air bergula. Adoi ! Patutlah payah nak turun berat badan atau lemak kat perut tu nak hilang ! Inilah antara puncanya ! Apa kena buat ? Cari whey protein atau post workout punya suppliment. Kalau tak nak pun , natural food pon ok dah. Tapi kalau workout kat gym tu , kena la cari makanan yang boleh buat recovery untuk muscle. Agak agak apa ? Nasi ? Heheeh.. naya bang ! 

Dan paling susah nak buat ialah... tidur awal ! Sebaik baikya ialah dapatkan rehat yang cukup selepas workout ! Tak cukup rehat pun masalah. Badan jadi terlampau letih. Esok nak bersenam lagi ! Apa jadi pada badan ? Dah tak sihat gaya hidup gitu. Maka cukupkan rehat. 





Aku baru ubah gaya pemakanan. Cuma kadang kadang tu, hancur gak terutamanya bila anak anak payah nak tidur malam. Ngan aku aku sekali tak dapat tidur. Bila tak dapat tidur , mula la mencari makanan kat dapur ! Ini sangat bahaya. Huhuhuh... Nasih baik aku dah dapat size yang aku nak. Tapi perlulah dijaga. Tak leh main belasah jer.. 

Kesimpulan... Korang kena ada Pre Workout dan Post Workout. Dan kalau nak maintain badan kasi lean atau kental.. bukan sado tau.. carilah whey protein. Barulah tak kurus kering je ! Badan tu nampak cam.. wow je gitu. Gelebeh tamo tau ! Haaaa.. 

Mana nak cari ? Hehehee.. Banyak je ada .. Kat Lazada dan Shoppe pun ada. Baca dulu review. Atau Google je dulu. 

Bersenam tu bagus tapi perlulah tau juga cara diet yang seimbang. Jangan main belasah. Sia sia je nanti. 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Sebulan sekali.. aku akan bersihkan 'diri' dengan cara membuat air detox. Tak guna suppliment tau. Tapi kos agak tinggi sedikit tapi sangat berbaloi. Kalau ada duit , buat dua minggu sekali.. lagi cun ! Takda duit , 6 bulan sekali. Hehehe.. Bergantung pada apa kita makan.  Kalau takda bajet langsung , maka berpuasa je la. Tu lebih baik. Puasa , dan ketika berbuka tu... makan ala kadar jer. Memang cantik kesannya. 

Macam aku ni , aku suka berdetox sebab badan jadi ringan pastu. Ada yang tak percaya bab detox ni. Aku percaya jer sebab apa yang kita amik ni, bahan semula jadi. Dan minum untuk beberapa hari jer. Kesan, memang cun ! Hahaha.. Antaranya.. muka bersih gitu. Ada nampak muka aku berjerawat tak ? Haa... Boleh gi tengok kat Instagram aku tu yer. Nak kata aku rajin cuci muka tu tak la.. tapi dek kerana aku gemar makan jus sayur dicampur buah gitu.. maka gitulah keayuan aku tercipta. Oh ya.. campur dengan jaga makan la.. Aku elak gula , garam dan minyak.. selagi boleh elak la. Huhuh.. 

Ok.. apa yang aku buat ? Hari ni, aku sekeluarga ke Jaya Grocers yang mana kat situ selalu ada banyak sangat jual produk organik. Huhuh.. Memang heaven la ! Heeee.. Dan wife urus part membeli barang. Dan aku amik yang mana nak buat untuk jus detox aku. 

Antara yang wajib aku amik ialah, ubi bit merah , lobak , tomato , lemon , epal hijau dan celery. Kalau korang nak lagi syok , tambah la ngan sayur sayur organik. Kemudian guna slow juicer. Campurkan semua tu. Kecuali lemon. Lemon tu , aku perah jer.. Dapatkan jus. Tak pernah lagi la campur ngan kulit. Tak tau la ada orang buat gitu ke tak.. Hehehehe.. 



Camana rasa air dia ? Heheheh.. Selagi ada epal hijau dan lemon, inshaAllah korang boleh telan. Hahaha.. Tapi kan.. kalau nak rasa lagi syok... korang buat dua jenis. Satu green jer.. satu lagi yang buah. Green ni, korang letak sayur sayur jer. Kemudian letak air perahan lemon. Tau apa kesannya ? Hehehe.. Korang akan rasa betapa nikmatnya makanan yang sebenar ! Apa saja korang makan, akan terasa sedap ! Orang lain tak sedap tapi kita sedap ! Tau nape ? Lidah tuuu.. Dah clear ! 

Oh ya.. yang green jus tu, buat minum untuk 3-4 hari. Ingat.. bila korang buat dua jus ni ,kena elakkan makanan makanan proses. Contohnya burger, hotdog, aiskrim.. Hehehee. Syok ! 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kali pertama aku ke sini , aku cam.. hurm.. Sedap ke ? Nampak restoran dia pun biasa biasa jer. Tapi orang ramai ha ! Siap beratur nak masuk . Dan bila dah masuk , gulp ! Tu dia. Rupa-rupanya !! Masakan kegemaran aku ni weh ! Walaupun aku tak tau apa nama masakan tu tapi aku tau aku suka. Haahahaha.. Masak lomak cili api haaa ! Memang power rangers tul la ! 

Dan pagi tadi , aku sekali lagi ke sana bersama keluarga aku. Wife aku yang payah nak suka makan luar ni, ikut aja katanya. Dia suka gak la tu. Huhuhu.. Dan suasana kat situ pon ok. Nak ke sana dari rumah aku pun cuma makan masa sejam je. Tak jauh mana pun. Hehehehe.. Syok gak sesekali 'keluar kawasan'  

Bila sampai je Kedai Ain Kuala Pilah ni , memang aku garu kepala la. Ramainya. Camana nak makan ni ? Dengan risau perangai anak anak yang akan bergerak ke sana sini.. adeh.. Plan nak cari restoran lain tapi.. aku nekad. Beratur je la ! 

Rupa-rupanya, pengerakkan sangat cepat. Abis je orang makan, diorang terus belah. Alhamdulillah.. mereka berhati perut. Takda la nak lepak bagai kat situ. Terus cabut ! Orang lain boleh masuk lak. Dan staff dengan pantas bersihkan meja. Fuh.. laju ! 

Aku beratur pun tak sampai 10 minit. Huhuh... Bayangkan orang depan aku ni , datang 15 orang ! Aku dah..gulp ! Mampus nak dapat banyak meja. Tapi sangkaan aku meleset ! Pantas diorang sediakan meja. Tapi aku diutamakan sebab aku sebuah je.. Huhuh.. Alhamdulillah. Rezeki anak anak. 

Check suhu. Check in MySejahtera. Kedai bersih. Makanan bersih. Staff ok. Dan selera terbuka ! Huhuh.. Aku amik itik salai masak lemak , ikan sembilang masak cili api , sayur dan apa je la yang aku suka atas tu ! Hahahaha.. Penuh ? Lantak pi la.. Lapaq weh ! 



Amik apa yang aku suka.. er, semua sedap ! Hahaha.. Dan akhirnya ditutup dengan sambal tempoyak. Adoiii ! Tersadai usus aku hari ni ! Haaahahha...

Nak ke sini , korang waze Kedai Makan Ain , Kuala Pilah.  Datang seawal 11 pagi. Kalau kul 2 petang tu , memang makan kuah je la.. Heheheh.. Ikut rezeki korang la.. Kadang kadang tu ada cuma yang jadi pilihan ramai tu , akan abis cepat.. cam itik salai tu.. Huhuh..

Lepas makan, gi mandi kat Ulu Bendol. Heee.. Dekat dah. Maaf la yer.. Gambar lokasi tak amik sebab dok sibuk nak makan. Pastu kena jaga anak anak gak. Kang berterabur , naya lak. Heee..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku nampak dia punya post pasal pisang salai ni. Aku tak terliur pun ! Yang aku terliur tu , tengok kotak kotak yang sampai depan rumah dia ! Dalam tu ada banyak la pisang salai. Amboi.. ramainya yang order. Sedap sangat ke ??? Huhh... agenda NWO semua ni. Aku tak percaya. 

Aku stalk satu satu posting dia pasal pisang salai ni ! Mencari komen negatif. Hahahaha.. Giler jahat aku. Nasib laaa.. Sapa suh jual pisang salai ni ! Aku anti pisang salai walaupun aku tak pernah makan. Haaa.. Jeles ? Tak aihhh.. cemburu pun tak. Cuma.. Hurmm.. 

Citer banyak takda.. Aku order ! Bukan satu tapi dua ! Saja nak tunjuk yang aku pun boleh beli laaa ! Ingat tak mampu ke nak makan pisang salai ni ! Bukan mahal mana pun. Kalau pizza aku boleh beli berkotak , ni kan pulak pisang salai yang baru harga RM20+ tu.. Aku tak amik kira sangat la kalau produk bumiputera ni. Saja ak tunjuk aku mampu bayar ! Apadahal !! 

Selang beberapa hari sampai. Eh , cepat lak. Aku nak dia lambat sampai ! Boleh aku kritik cara jualan dia. Huhh.. Cepat la pulak. Takda modal aku nak kutuk dia kat Facebook ni. Haishhh... Tapi tak pee.. kita tengok camana dia bungkus. Mesti cincai punya.. 

Aku pun bukak la... Hurm.. Dia ni jual pisang salai ke jual intan permata ? Betul punya kemas haa.. Amboi.. Tak kasi orang bukak ke ??? Takut la tuuu.. takut tak sedap ! 

Dan selepas berjaya bukak.. dengan terlupa baca Bismillah , bersama syaitan iblis jin join sama masuk dalam mulut aku. Astagfirullah Al Azim. Apa la nak jadi dengan aku. Patutlah hati hitam kebelakanga ni ! Huuhuhuh.. 




Setelah istighfar berkali kali.. dan tunaikan solat fardu dulu, baru aku jamah sedikit. demi sedikit.. dan sedikit lagi... lagi , lagi dan lagi ! Eh.. tak leh berhenti lak ! Sambil buat kerja, bedal ! Takda la nak menyesal sangat rasa berbanding bedal Super Ring tu haa.. Mau sebulan lepak dalam gym lepas makan sebungkus Super Ring ! Hahahaha..Bayangkan kalau makan sambil layan drama 7 Hari Lepas Dia Mencintaimu . Perghhh.. sekejap je selesai. 

Gitulah adanya. Kalau korang nak beli , tolong jangan beli dengan aku. Walaupun aku jual , aku lebih rela korang beli je ngan Ustaz Nizam sebab dia letak hadiah dalam tu.. Menarik hadiah dia tu.. Huhuh.. 

Facebook : Nizam Yusof 
No Tel : 019 976 1627


Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Lama dah aku target nak beli menda alah ni tapi tak pasti akan ketahanan dia. Yang aku beli sebelum yang ni memang tak tahan la. Pakai beberapa kali dah putus ! Tu sebab aku takut nak beli yang jenis ni. 

Yang jenis ni , aku berani nak guna selepas tengok teknik di Instagram. Tengok teknik dan hasil , terasa teringin nak cuba. Tapi selepas tengok harga.. gulp ! Berbaloikah ? Di Lazada , harga seperti gambar di bawah ni. Agak susah nak jumpa seller terutama yang tempatan yang jual sekali gus gini. Banyak yang jual satu satu... yang ternyata lebih menguntungkan mereka ! Huhuh... Yang aku dapat ni , dah abis stok ! Huhuhu.. 

Di Shopee pun ada tapi dengan cara yang sama. Kalau nak sedap , kena beli satu set terus. Memang akan terasa beza la pastu. Dan yang pasti, guna resistance bands ni , mengurangkan risiko kecederaan. Bagi aku la.. Orang lain , aku tak pasti. Heee... 





Dah sedap pulak guna resistance bands ni tiap kali di gym. Aku akan selang seli dengan dumbell atau machine. Tekanan pon lebih terasa dan pastinya risiko kecederaan kurang. Maklumlah , aku bukan bodybuilder sampai tahan kena no pain no gain ! Hahahaha.. Memadai ada cutting lelaki dah la.. Hahaha.. 

Sesuai untuk perempuan ? Sesuai je... kena tau teknik gak la. Tak susah pun.. kat Instagram dan Youtube ada je yang rajin buat tutorial. Kalau macam aku punya ni , lebih pada asas jer. Aku pun masih belajar guna. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Doktor yang popular di media sosial ni , akhirnya sudah pun bertunang dan bakal melansungkan perkahwinannya tak lama lagi. Tunang dia , orang UK gitu.. Tak pasti lak berdarah mana. Hehehe.. Tapi yang aku pasti, ramai nak sponsor gitu ! Hahaha.. Apakah dia akan terima ? Rasa aku macam tak jer.. Dia ni punya pendirian lain maciam skit. Serasa aku la.. Kalau terima pun, tak salah. Dapat jimat banyak woooo ! 

Doktor Amalina ni , aku perati jer dia kat Twitter. Bukan perati nak mengorat laa.. Sapa la aku nak ngorat dia ! Hahaahha.. Perati la cara dia membantu netizen dari sudut perubatan dan kemahiran dia. Kelantangan dia memang banyak bikin founder founder produk tak senang duduk. Hahahaa... Betul la tu pendapat dia.  Aku tak nafikan pun. Bagus ada yang menegur. Elak dari orang kita ni terus kena tipu haaa.. 

Bila dia nak kawin , aku tak buat kajian pada Twitter dia. Tapi yang pasti bukan masa terdekat la. Maklumlah , nak balik Malaysia, kena kuarantin lak berbelas hari. Tak tau la kot dia ada 'special pass' gitu. Hahaha.. Tapi kalau dia follow SOP , memang aku respek giler la ! 


Apa apa pun.. tahniah buat dia dan bakal suaminya. Harap segalanya berjalan dengan lancar dan baik seperti yang dirancangkan. Semoga lebih bersinar selepas bernikah nanti. Sama sama kita doakan. 

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Terkedu tengok rambut dia? Nasib baik berjanggut kan? Kalau tak... Sahih ingat dia anak dara cun gitu.. Kan kan ? Tapi rambut dia memang cantik laaa.. Aku nak berambut macam tu ? Er... dah terlewat kot ? Lagi pun muka aku ni tak sesuai la nak berambut cam tu ! Hahahaah.. mau muntah darah korang tengok aku berambut panjang ayu hingga ke pinggang.. 

Dah tengok video tu ? Haaa... Tips dia dah berikan. Kurang dengar ? Sat aku dengar pastu aku kasi tau.. Katany ketika mandi , dia guna hair conditioner dulu kemudian baru shampoo. Pastu dia guna kembali hair conditioner. Lepas mandi , ketika rambut masih basah , pakai Elseve . Jangn pakai dari atas kepala tau.. Mula dari setengah rambut korang. Kalau rambut cam aku , tak yah la.. Hahahaa.. 


Pastu blow rambut guna hair dryer.  Lepas blow , dia pakai minyak tu sekali lagi. Yang last sekali tu , aku kurang tau sangat amenda namanya. Aku dengar macam face mask jer ! Tapi takkan face mask pakai kat rambut lak , kan ? Hahaha.. Korang dengar ? Cer kasi tau aku amenda yang last tu. Katanya beli kat Watson jer.. 

Gitulah tips penjagaan rambut dari si dia. Katanya guru tarian.. Eh ? Aku baca dari komen la.. Betul ke tak , aku tak pasti. Kalau salah , maaf la yer.. Heeheee... Yang pasti bukan guru gym la.. Kalau masuk gym dengan rambut gitu.. mau jeles abam abam sado kat gym tu ha.. Hahahah.. 

Selamat mencobaaa ! Aku nak coba gak la.. Cer bayangkan aku berambut gitu.. Jom bayangkan.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sekadar gambar hiasan

Lonjakan kes dan kewujudan kluster baru membimbangkan. Kita sedia maklum dari mana punca untuk kluster kali ni. Sikap degil dan tidak bertimbang rasa menyebabkan keadaan negara kembali bergolak. Masing masing dah mula berpeluh ketiak ! Risau mula hadir dalam hati. 

Dan sikap sambil lewa atau kurang tegas di pintu masuk premis terutamanya restoran , shopping mall atau tempat tempat yang jadi kunjungi awam ,  turut jadi punca penyebaran ! Sepatutnya di sinilah perlu lebih tegas dalam membantu pihak berkuasa memutuskan rantaian Covid 19 dalam negara. 

Kita sedia maklum , nak masuk dalam premis , hanya perlu scan MySejahtera atau isi e-Form. Paling tidak pun , isi buku jer.  Kemudian amik suhu. Dah ! Tu je ? Scan suhu untuk detect sapa tak sihat je. Sekarang ni kita tau , ada antara pesakit Covid 19 ni tidak bergejala ! Kalau tak demam , mereka lepas masuk ! Nah... satu premis bermasalah ! 

Tapi.. jika mereka diwajibkan perlu tunjuk status MySejahtera selepas amik suhu badan , kan itu lebih baik. Jika status mereka 'High Risk' , maka jangan benarkan masuk. Mereka perlu update terlebih dahulu status kesejahteraan mereka untuk pastikan mereka di status 'Low Risk'. Kalau mereka tipu dalam menjawab soalan tu, nahh.. mereka perlu dihukum seberat beratnya ! 

Tak guna la sekadar guna MySejahtera untuk scan masuk je.. Pastu tembak dahi. Done ! Hurmm.. Nak lagi syok , si penembak tunjuk 'hasil' tembakan pada kita. Er... untuk apa ? Untuk pengetahuan kita ? Hurm.. Aku cadangkan kita semua perlu ada termometer sendiri.  Bawalah bersama dalam beg tu. Bukan berat pun. Maka boleh check suhu diri masing masing setiap masa. Tak perlu tunggu 'kena tembak' Tembak je diri sendiri haa.. 

Point aku... mintak betulkan part MySejahtera tu. Pastikan setiap orang yang nak masuk tu , tunjuk MySejatera masing masing.. Kalau diorang tak da, suruh download.. Kalau intenet slow , guna WIFI.  Bukan apa.. ini untuk kebaikan bersama. =Bayangkan jika salah seorang pelanggan korang tu , positif  Covid 19 dan diorang masuk ke dalam premis tu... tak ke kena kuarantin berbelas hari ? Sapa rugi ? Dan semua tak pasal pasal kena gi swap test ! Adoiiii.. tak ke buang masa semua tu ? Benda mudah ada .. kenapa nak susahkan ?Kan ? 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hurm... aku memang peminat setia Samsung Galaxy Note ni dari dulu lagi. Aku suka sebab ada S Pen tu. Sangat banyak manfaatnya. Bila ada S Pen , mesti ada aplikasi yang gempak dalam tu berbanding jenis yang lain. Dan akhirnya aku guna gak... Samsung Note 9. 

Bila keluar Samsung Note 10 , aku tergedik nak dapatkan. Hahahaha.. Tapi tak jadi dek kerana kurang menarik minat aku dan terlalu dekat jarak dengan Note 9. Maka aku nekad tunggu setahun lagi untuk tunggu keluaran seterusnya. 

Dan 5hb Ogos ari tu. Samsung secara rasminya melancarkan Samsung Note 20. Huhuh.. Eksaited weh ! Hahahaha.... Punya lama tunggu.. dan... dan... 

Tadaaa... 


Ada beberapa warna dan terus terang dan aku tertarik dengan warna Copper atau Gangsa ni dan juga hitam. Ada juga warna hijau dan juga kelabu. Tak berani nak kata tak cun sebab aku tak tengok depan depan lagi. 

Ok.. kenapa aku hilang selera ? Mula mula ada kawan di Facebook bagitau mengenai chipset dia. Hurm... Aku tak kisah sangat pon pasal chipset dia tu sebab aku bukan pengemar games. Tapi semalam , aku buat sedikit kajian. Aku baca komen komen di page Samsung . Rata rata bercakap mengenai chipset tu. Dan aku google. 

Untuk Samsung Galaxy Note 20 ni , Samsung ada keluarkan dua versi. Satu versi Snapdragon   , untuk pasaran USA dan Exynos untuk pasaran Malaysia. Tak dinafikan apa yang diorang kata mengenai chipset Exynos ni.. mudah panas , cepat abis bateri dan kurang laju berbanding Snapdragron. Dan chipset ni pun beri impak pada kamera ! Haa , bila part kamera, aku terus lemah ! Hahaha.. Ni part penting bagi aku ! 

Aku cari video perbandingan dua chipset ni di Youtube. Ada ! Dan yeargh... Patutlah ramai boikot Samsung Note 20 ni ! Kata mereka, Samsung tak sepatutnya buat begitu pada peminat Samsung Note di Malaysia. Kenapa perlu ada 'kasta' gitu ? 

Sayangnya... Samsung Galaxy Note bagi aku adalah telefon pintar yang cukup pintar. Tapi bila ada isu begini , hurmmm... Mati pucuk nak beli dah ! Hahahha.. Dah la harga pun gempak ! Hahahaha.. Nak tak nak, aku guna je la Samsung Note 9 aku ni dulu hingga rosak. 

Er.. kalau Samsung nak kasi free ? Eh.. gila tak nak ! Hahahaha.. Amik je la.. 


Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Aku... hehehe... Korang tau la aku kan.. bab jaga kesihatan ni memang aku pentingkan sangat. Bukanlah takut mati tapi takut menyusahkan orang. Mati, semua orang mati.. tapi kalau boleh nak elakkan mati sebab penyakit yang mana kita boleh berusaha ubati atau elakkan .. kan ? Huhuh.. 

Baru baru ni , sebelum Aidiladha.. aku terperasan kawan kawan blogger di ada beli beberapa produk kesihatan lalu buat posting awareness di Facebook. Aku tertarik lalu pm salah seorang dari kawan kawan tu. 

Soalan aku satu jer.. Beli kat mana ? Hehehe.. Bab produk tu , aku tau dah akan kebaikan sebab memang aku dok amalkan pun ! Kecuali Omega 3 dan Tumeric tu. Eh.. hahaha.. Aku amalkan amik secara natural. Nak beli produk , payah nak jumpa yang sesuai dengan jiwa aku. 

Lagi pun, aku tak beli untuk aku. Aku plan nak kasi pada mak aku. Dia sering mengadu sakit sendi, ulu hati, kencing manis , darah tinggi dan kolestrol tinggi. Huhu.. Berangkai lak sakitnya. Yelah , bukan muda lagi tapi itu bukanlah alasan pun kan ? Kalau kita jaga makanan.. inshaAllah sihat jer. Ramai dah yang aku jumpa mereka yang sebaya mak aku tapi perghhh.. sihat kau ! Siap ada yang jadi traveler dan pemandu Grab gitu ! 

Aku pernah tanya... Apa rahsia mereka ? Nah... bila mereka sebut makanan tambahan yang mereka amik.. maka sebab itulah aku nak beli ketiga tiga produk Apotec ni haa ! Kat mana beli ? Er...korang baca dulu sampai abis.. Kat mana beli tu nanti aku kasi tau kat penghujung cerita aku ni ! Hahaha.. Kalau malas nak baca , boleh terus scroll ke bawah ! 

Aku beli online jer.. Entah mengapa, sekarang ni aku suka beli online. Mungkin nak kurangkan risiko ke tempat tempat awam gitu.. Hehehe.. Maklumlah , kita jaga kita gitu.. hehehe.. Kan, kan ? Kalau boleh elakkan.. kita elak.. 

Nah.. barang dah sampai ! Fuh... Nyesal lak order 3 jer.. Patut order untuk diri sendiri gak ! Hahaha.. Jangan ingat kita muda maka tak perlu nak makan semua ni. Atau lebih tepat, jangan tunggu tua baru nak amalkan. Dan aku dah buat pon belian online dan terus courier ke umah orang tua aku. Senang ! 

Apakah kelebihan ketiga tiga produk yang aku beli ni ? 



Omega 3 Fish Oil : 
  • Menurunkan Tekanan Darah Dan Denyutan Jantung Yang Berehat
  • Meningkatkan Tahap Lipid Darah Dengan Menurunkan Tahap LDL Dan Trigliserida
  • Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
  • Meningkatkan Kesihatan Kognitif
  • Menyokong Kesihatan Sendi
  • Membantu Meningkatkan Penglihatan
  • Sumber Omega 3 Yang Optimum



Curmax Tumeric : 
  • Untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan sel & meningkatkan ketahanan (imunisasi) badan.
  • Mereka yang menderita sakit sendi (osteoartritis dan rheumatoid arthritis).
  • Mereka yang menderita sakit otot dan neuropatik.
  • Mereka yang ingin mencegah dari penyakit kardiovaskular.



Apple Cider Vinegar :

  • Mengurangkan berat
  • Mengimbagi diet pemakanan harian 
  • Meningkatkan Penyerapan Zat Besi 
  • Melegakan Sembelit
  • Mengatur Tahap Glukosa Darah 
  • Membekalkan nutrien yang komprehensif dan membawa faedah kesihatan kepada pengguna.

Aku nak cerita lebih , korang kata nanti aku temberang lak ! Kalau tak caya , korang boleh cari sendiri kajian kajian perubatan terhadap ketiga tiga produk ni.. Haaa ! Cam aku , memang dah lama amalkan terutama Cuka Epal , kunyit tu.. Omega 3 lak , dari ikan tapi nak telan ikan hari hari.. tak larat dik oi ! Nasib baik ada dah produk gini... Memudahkan ! 

Nah... tunggu apa lagi ? Nak tunggu PKP baru nak beli ? Hahahaha.. Gurau gurau.. Nak jimat.. Beli 3 sekali.. Kira kombo laa ! Senang kira gitu. Beli satu satu , jadi mahal la skit.. Alang alang nak membeli kan.. 




Beli di :

Farmasi :  Constant Pharmacy

Shoplink : https://bit.ly/32WvaR7

Wasap : www.wasap.my/60122484018/apotecbundlepromo

Info lanjut di : 

Facebook : Apotec Malaysia

Instagram : @apotecnushine

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya !

#apotec #yourhealthwecare #recomendedbypharmacist
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Tiga hari ! Sejak balik dari Kelantan , aku rasa lain macam. Nak kata demam... tak ! Nak kata tak sihat... macam yer tapi tak tau apa kes ? Makan Panadol , hilang kejap.. Tapi datang balik. Hurm... apa salah makan aku pulak kali ni ? Ari tu tau laa... makan sup gearbox.. terus pitam aku haa ! Huhuh.. 

Aku tak syak langsung la sebab tekanan darah aku naik. Ingatkan nak demam. Sebab anak anak dok selsema masing masing gara gara mandi kolam. Diorang ni manja skit... Main air, confirm selsema. Hurm... Tapi tetap nak main air ha ! Aduss... 

Maka malam tadi.. aku mintak wife buatkan air asam keping. Patutnya kena amalkan seminggu sekali. Minggu ni belum minum lagi. Huhuh.. Tu sebab naik ? Dan lepas minum , aku terus tidur.. Lepas subuh , sambung tidur.. Siap mimpi nak gi bercuti ke Jepun ! Hahaha. Punya la rindu kat Jepun tu haaa.. Hahahaha... Tapi sayang , tersadai kat airport sebab tak lepas nak gi. Covid 19 kan ! Huhu.. Menangis gueee..

Alhamdulillah... bangun pagi ni, sakit kepala semua hilang. Terasa kembali segar. Perlukah aku gi check doktor ? Huhuh.. Sah sah kena bebel. Kena bebel tu pun kena bayar tau. Bukan free punya bebelan. Hahaha...


Hurm.. Aku boleh kata hari hari bersenam. Asal ada masa je , terus ke gym dan di gym.. aku abiskan sekurangnya 2 jam bersenam. Jaga makan , 90% . Kekadang tu tak perasan akan kandungan makanan tu. Terutama bila makan di luar. Adeh... Aku rasa sebab tu kot ? Hurm.. 

Kena stop makan luar ? Huhuh.. Kandungan garam pada makanan jualan di luar tu sah sah tinggi, kan. Nampak gayanya... gitulah kot ! Kena stop makan luar skang ni.




Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes