Liga bolasepak kita ke taraf bintang !

by - Khamis, Oktober 25, 2012

 

Waahh .. Robbie Fowler akan melatih pasukan T-TEAM ? Perghh .. bekas bintang Liverpool yg pernah jadi pujaan kaki bola ni akan berada di Malaysia untuk melatih pasukan liga Super ..

Pastinya ini akan membuatkan pasukan lain ‘cemburu’ akan perkembangan terbaru ni. Walaupun ini bukanlah kali pertama bintang EPL ke Malaysia utk bermain/melatih pasukan Malaysia tapi sekurang-kurangnya kali ni pasti ada peningkatan memandangkan banyak dah syarikat tempatan yang berkemampuan untuk menghidupkan bolasepak Malaysia.

Teringat liga Jepun yang buat perubahan drastik dengan membawa masuk pemain pemain dunia ke liga mereka dan seterusnya menjadikan pasukan kebangsaan mereka antara yang terbaik di dunia .

Bukan mudah nak mencapai impian jika tiada pengorbanan dan juga memerlukan banyak wang terlibat serta elakkan politik dalaman yang hanya fikirkan kepentingan peribadi .

Aku rasa kemeriahan liga bolasepak kita dah mula kembali jadi seperti  tahun tahun aku membesar di zaman era Fandi Ahmad , Zainal Abidin Hassan , Dollah Salleh serta ramai lagi pemain pemain negeri yg cukup ditakuti ketika itu . Setiap perlawanan mmg dinantikan kerana masing masing punya pemain yang ‘mengerikan’ kerana mampu jadi pemusnah.

Macam sekarang ni , hanya beberapa negeri saja ada pemain begitu. Selebihnya hanyalah untuk dibelasah saja . Mana best kan ? Kita nak tunggu setiap game ! Tak kira sapa lawan sapa , semua best !!

Untuk capai peringkat gitu , persatuan bolasepak negeri kenalah mainkan peranan cari penaja besar .. Bukannya tak boleh pon tapi disebabkan ada yang dok pikir perut sendiri je , tu jadi gitu haa ..

Aku harap andai Fowler jadi coach T-Team , pasukan lain akan cuba bawa perubahan demi untuk meningkatkan kualiti liga kita yang semakin diterima rakyat Malaysia.

Aku tak kata pemain kita tak bermutu tapi bila ‘bergaul’ dengan pemain berpengalaman dunia , pemain kita akan lebih berkualiti dan berdaya saing ..

Bila dah capai tahap gitu  , jumpa pemain liga tepi jalan pon aku rela berenti bergambar dan mintak autograph. Skang ? Lom sampai tahap aku nak wat gitu lagi .. hehe ..

Bukan tak boleh pon .. Boleh je cuma banyak sangat bg alasan usaha kurang !

You May Also Like

5 comments

  1. moga-moga sukan bolasepak dimalaysia makin bertambah meriah dan lebih berkualiti..
    http://beritamy.blogspot.com/2012/10/panas-saya-akan-saman-orang-yang.html

    BalasPadam