Drama Tuan Anas Mikael suatu kegagalan ??

by - Jumaat, Disember 04, 2015

 

Dah tamat semalam.. Aku tak tak pernah tonton sebelum ni. Kalau ada pon , sekadar sambil lalu jer.. Tu pun sebab wife aku yang layan. Dia layan pon tak pernah lengkap sejam tayangan.

image

Maka semalam , pakat la kengkawan blogger nak layan beramai ramai di rumah salah seorang dari kami. Dan aku syorkan layan kat umah aku je memandangkan nak parking mudah dan tv pon besar ! Lubang hidung Tuan Anas pon leh nampak dengan jelas ..

Tepat 10.05 malam , drama pon bermula.. Hurm.. Nak tau gak ending seperti yang diorang gembar gemburkan.. Termasuklah pemilik cincin tu.. Aku tak tau apa apa.. Diorang tertanya tanya sapa dan aku pon sibuk gak nak tau.. walhal tak kisah pon aku !

Hurmmmm…. Culik , polis dan selamat.. Happy ending ! Hahahaha.. Tu jer ??? Dan apahal Raja Azura muncul dengan cincin tu ? Cupid ke ? Serius aku tertanya… dan diorang pon tertanya ! Hhehehe..

Dari awal lagi cerita ni , memang gempak ! Macam aku kata la.. aku tertengok. Kagum dengan ‘kekayaan’ diorang.. Gempak giler tapi masih belum mampu menewaskan kekayaan filem bollywood !Diorang kalau tunjuk kaya, memang tak leh lawan dah ! Takde la baca suratkhabar tabloid.. hehehe… artikal yang terang terang nampak tampal ! Buat kasi real supaya penonton tak hilang ‘minat ! Kasi real abisss !

Dan tamat !! Naik kereta berbunga bunga gitu ! Aduhhhhh… Rumah gempak.. pejabat gempak ! Kasi la ending gempak skit ! Pakai lamboghini ker.. atau Proton biasa pon ok dah.. Ni macam KL Gengster lak ..

Ok.. tu komen aku.. Setuju atau tidak , tak yah nak meroyan. Bagi aku , drama ni berjaya kerana Aaron Aziz.. tu tarikan utama dia.. kan kan ?

Pasni buat drama Tuan Ben Ashaari boleh tak ? Kisah blogger miskin yang menjadi kaya sebab perniagaan onlinenya meletup ! Jual apa ? Haaa..tungguuuu !!!

You May Also Like

9 comments

  1. Jalan cerita episod akhir ni kurang best kan.. Aku lak rasa Zara Zya pun ok jugak.. Masyuk ke jadi heroin Aaron..

    BalasPadam
  2. wahhh... lepas ni boleh lah tonton drama Tuan Ben Ashaari....

    tak sabar ni nak tunggu drama muncul kat kaca TV.... !!!

    BalasPadam
  3. hhah betul abg ben ,endingnyaa kelakar tak segempak yg kita sangkaa . btw Tn Anas cerita yg best xmembosankan .

    BalasPadam
  4. tak dop astrok kat rumah.. kalao ada drama tuan ben ashaari harap bukan tayang kat astrok, tv3 laaa..hehehee

    BalasPadam
  5. Apa adanya...mungkin boleh lebih baik endingnya tu..

    BalasPadam
  6. SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  7. zara zya comey..saye pon xlayan mane..sibuk dengan kerja, xtahu la macam mane kisah ini cerita.. :)

    jemput singgah teratak wanza :)

    http://wzalehawismail.blogspot.my

    BalasPadam
  8. sbnrnya jalan cerita ni dah lari bnyak dari novel..tapi penulis mungkin x kisah kot..kalo saya mmg kisah sgat lah..sbb hilang terus imaginasi pasal novel tu bila tgok cerita ni..sedih..ending dia kalo dalam novel lagi thrill dari adaptasi ni..x de org pun tau dato azhar tu jahat sampai lah dia culik ayu maisarah..ending mmg x best langsung

    BalasPadam