Bila paip air buat hal !

by - Khamis, November 28, 2013

 

Tetiba semalam wife bagitau air kat sinki dapur takde ! Tempat lain semua ada .. tandas , sinki depan .. tandas atas .. Kat tempat dia memasak tu je takde .. Aku dah kontraktor yang buat renovation rumah aku ni datang .. Katanya nanti.. Hurmm.. Masih menanti lagi .. Masalah utama ialah air dok mengalir keluar kat lubang air tu walaupun aku dah tutup kat kepala paip utama . Punca , tak tau mana ..

Aku pening dah bila dok dengar air mengalir gitu je.. Membazir .. Air tu boleh je dihantar ke Somalia ! Berebut diorang kat sana punya .. Ni membazir keluar gitu jer..

Aku dah tanya jiran kalau kalau ada kenal plumber yang boleh dipercayai. Ada yang bagi tapi agak was was sbb janji lain , buat keje lain .. selepas siap , lain ! Hurm.. Dah boleh agak dah .. Haih.. Susah benar nak jumpa yang buat kerja dengan jujur ..

Lepas solat Zohor tadi .. tetiba tergerak hati nak tengok peti surat  ! Biasanya peti surat penuh dengan iklan iklan yang diletakkan di dalam tu .. hehehe ..

Dan ..

Photo

Alhamdulillah. Memang aku doa kat ALLAH tadi mintak dipermudahkan urusan aku bab air ni .. Bukan sbb duit tapi sbb air yang dibazirkan begitu saja .. huhu ..

Kalau dalam tempoh 24 jam takde respon , aku roger orang orang ni .. Sayang kan ? Kita sekarang ni banyak yang berniaga nak untung jangka pendek. Ramai dah tanya aku , kontraktor yang bagus untuk aku rekemen.. Ada ke ? Serius , aku takut nak rekemen sb aku sendiri tak puashati ..

You May Also Like

2 comments

  1. Ben, nanti minta tolong update eh kenapa jadi lagu tuh..kat rumah sewa la ni pun jd sebiji mcm tu, bgtau tuan rumah masih lagi belum datang..tq ya

    BalasPadam
  2. memang ada je iklan kat dalam peti surat tu cuma tak pernah lagi cuba salah satu darinya.

    BalasPadam