Bila penjawat awam berpakaian mencolok mata !
Kalau tak kerana ada yang pertikaikan perkataan MENCOLOK dengan MENJOLOK ni pasti aku pun terjebak sama kata yang artikal ni salah eja .. heheh..
Maka sebelum nak cari kesalahan orang tu , pekata google untuk mendapatkan jawapannya ..
" Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan".
Ok.. Ada yg kata , swasta tu lagi laa teruk ! Hehehe .. Swasta tu , big boss dia sapa ? Yang keje ngan kerajaan ni , sapa big boss ? Rakyat kan ? Hehehe .. Dan paling penting , bila ditegur begini .. patut ada rasa segan .. dan paling segan patut pada Allah.. heee..
Aku ni bukanlah ulama atau ustaz nak tegur orang bab pakaian ni . Aku rasa si pemakai tu jauh bijak dari aku .. cuma aku nak bagitau la , penjawat awam berjantina lelaki di pejabat tu .. terasa sakit bila tgk semua ni . Sekali dua , boleh tahan. Kalau hari hari ? Tidakkah ini boleh mendatangkan tekanan perasaan pada dia ? Kalau dia dah tak tahan camana ? Wujud kes cabul ? Bila dah jadi gitu , nak salahkan sapa ?
Aku dulu keje kerajaan gak. Kalau ada yang kata mana ada penjawat awam pakai gini , aku kata jangan temberang la.. Aku keje di dua kementerian . Dua pengalaman aku ada .. Dan pergi meeting ke kementerian lain pon ada haaa.. Jangan kata takda.. Ada.. Berbaju kurung sendat .. skrit sendat .. Seluar hingga nampak garis seluar dalam .Baju jarang .. Tu semua untuk apa ? Saja saja nak menampakkan keyakinan diri ? Adehhh ..
Kalau perempuan kerja di kalangan perempuan saja , lain ceritanya. Kalau ada lelaki , berkomunikasi dengan lelaki pulak tu .. camana ? Aku pernah pengalaman pasal ni. Malas nak ingat balik ..
Bila ada manusia bangkitkan isu begini , jangan tuding sana sini . Jangan kata diorg tu lagi teruk . Kita periksa diri kita. Apakah kita melakukan semua itu ? Jika tidak , diam je la .. Tak perlu nak melenting. Orang berkata bukan suka suka nak cari dosa. Pastinya punya sebab ..
Peliknya ada jugak suami biarkan isteri gi kerja dengan pakaian ketat sana sini.. Biar je lelaki lain cuci mata .. huhu . Adeh ..
12 comments
sama2 la muhasabah diri...sy pn pjwt awam jgk...teguran ni bagus utk kami2 yg kaum wanita ni...selalu tergoda mau beli pakaian yg cantik2 tp lupa akan tujuan sebenar dlm berpakaian...tq2
BalasPadamaduiii... i baru je nak bergumbira bila kuar pekeliling kata boleh pakai pants suit.
BalasPadamdah ada pulak si sengal yang nak seksi meksi. ni mesti kes isi terlebih pun nak pakai ketat nih... kalo x, xde la smpi jadi eyesore.
Etika pakaian mgharam pemakaian suit 1 layer. Pompuan kena pake 2 or 3 layer. Sori aku xigt terma tuk cod pakaian ni. Dorg mmg nk seksi bagila pekeliling mcm mane pun. Rambut karat. Pakai sexy. Make up table. Blum pakej tgedik sana sini. Heee
BalasPadamlayan jugak geng2 tergedik ni..tp jgn la over..gedik2 santun dh la..hehe
BalasPadamalooloo...
BalasPadamopis sy tu abg ben..
no komen..sbb jarang pg cafe..
makanan tak sedap..
hahaha
fesyen tak salah tp kalau dah semua sendat dan ketat? tak cukup isi dan terlebih isi semua nampak menyelerakan! so hati2 dalam berpakaian
BalasPadamaduss.. perkara ni da terbiase di malaysia.. islam pun da macam liberal je.. pemakai fuu jauh sekali menepati hukum islam.. sabar je la.. putar belit macam mane pun tetap kene pada ketua negara.. sorry to say.. :)
BalasPadamtak perlu ada pon etika berpakaian. Allah dah bagi dah semua tu. Tepuk dada tanya iman
BalasPadamAgagaga. Nasib baik saya mmg jenis pakai baju saiz L/XL. =P
BalasPadamSaya pekerja swasta sejak graduate lagi. Boss tak halang pasal pakaian, kita sendiri panadai2 lah nk pakai apa pun. Sy selau ke jabatan kerajaan atas urusan kerja. Tak d nafikan. Baju korporat pun kerajaan kena ambil serius, terutama wanita. Klu sy keje gomen. Sy x sanggup pakai. Alhamdullilah, sy boleh pakai jubah ke ofis, tiada masalah utk ke site.
BalasPadamdh agak mesti ramai bandingkan dgn org keje swasta... xpahammmm... swasta bukan ada pekeliling bab pemakaian.. lain company lainla etika pemakaiannya..
BalasPadamDulu masa tak boleh pakai pant suit dalam kalangan kakitangan wanita, selalu bila ke Alamanda waktu lunch nampak kakitangan yang pakai baju jarang atau ikut sosok badan. Memanglah tak terkurang kain, tapi boleh nampak telus, tirai kat rumah lagi tebal kot. Oh, by the way, kakitangan swasta pon, ada company yang ada unspoken rules mengenai pakaian.
BalasPadam