Jangan jadi BLOGGER SOMBONG tapi KOSONG !

by - Selasa, April 11, 2017

Nak punya nama dalam dunia blog ni bukan mudah. Jalan paling cepat ialah join komuniti atau jadi 'pengipas' blogger top ! Tapi nak jadi 'pengipas' pon bukan senang wooo. Banyak cabaran. Boleh dibaca tindak tanduk gitu.. Apa pun , ikut suka korang la.. Mana mana pon ok je asalkan jangan kacau orang lain.. kan kan ? 
Yang penting ialah bila ada nama... Bila dah ada nama , nak jaga nama tu bukan mudah. Kita kena jaga kesemuanya ! Bukan suruh berlakon tapi kena ubah ! Kalau dulu suka korek hidung sewaktu memandu , skang tak leh dah.. risau risau pemandu kereta sebelah kenal kita ! Hilang privacy kan ? Apa nak buat.. sapa suruh ko popular ! Haaa..
Tapi semua tu hal kecik.. Yang nak kena jaga , paling penting ialah hubungan kita dengan PR Agency! Jangan berlagak bagus dengan diorang. Bila dijemput secara baik tak kira la melalui email atau whatsapp , kita balas dengan baik. Tak kira la nak terima atau tidak , jawab dengan berhemah. 

Ada kes la.. yang aku dengar di telinga aku.. sedih gak la ! Sikap poyo dan sombongnya macam dia dah cukup gah ! Seumpama dia punya income dari blog dah cecah ratusan ribu sebulan ! Bagi aku kalau ko gempak sangat , berenti keja dan carilah makan dengan blogging. Buat apa nak kerja kan ? 
Sikap sikap ginilah yang membuatkan nama blogger lain terpalit sekali kebusukkannya ! Jangan gitu. Ingatlah... hari ni korang naik , esok lusa boleh turun ! Bila dah ada nama tu , jagalah personaliti. Jangan ingat kita ni level Hollywood ! Ada blogger rasa dia sama level dengan artis Malaysia ! Kena layan baik baik.. Aparaaaa ! Bikin malu kompeni jer. 
Nasihat aku.. kekalkan momentum blog.. jaga disiplin .. jaga nama dan senyum selalu ! 

You May Also Like

10 comments

  1. baik aben.. tengah usaha membina nama tu. syaang takleh join event.. ehehehe

    BalasPadam
  2. insyaAllah ben tq atas nasihat..jaga maruah jugak!

    BalasPadam
  3. hmm. semoga sentiasa ingat asal usul diri sendiri

    BalasPadam
  4. Yang penting sekali, jangan sombong. Dah pemes ke tak pemes ke, back to basic. Kena jaga akhlak. Hihi

    BalasPadam
  5. manusia abang ben... takpe la.. tegur je...kalau tak makan jugak... kita cari jalan kot lain...

    BalasPadam
  6. terima kasih atas peringatan. Sombong pun tak kemana.

    BalasPadam
  7. Kekalkan momentum. Tu yang susah tu. Tapi akan terus mencuba...

    BalasPadam