Terasa berbaloi segala usaha selama 9 tahun jadi BLOGGER !

by - Jumaat, April 21, 2017

Fuh , besar tuuuu ! Hahaha.. Wajib aku selfie kat sini nanti ! 
Ada kawan di Facebook pm tepi aku. Bila tengok gambar besar tu , tersenyum aku. Bukan pertama kali sebenarnya.. banyak dah farmasi di KL letak poster tu tapi bila kawan kawan di Facebook sendiri yang kasi gambar ni , aku rasa bangga jap.. hehehe... Bukanlah bangga yang mendatangkan rasa gempak ke atau rasa popular.. tapi rasa seronok ! Seronok sebab pengorbanan serta impian aku selama ini , tercapai ! Memang aku teringin sangat nak tengok gambar aku terpampang di mana mana premis.. 
Bukan apa.. aku ni bukanlah anak yang membanggakan ibu bapanya. Pencapaian dalam bidang akademik tidaklah membanggakan sama sekali. Bukan sebab aku bodoh yer tapi sebab aku mengejar cita cita aku dalam bidang sukan tapi tak tercapai ! Maka dengan cara ini , aku mungkin dapat banggakan mereka walaupun 'dah terlewat' ! Huhuhuh.. 
Alhamdulillah..  aku tak pasti apakah mereka berbangga tapi sekurang-kurangnya , aku berusaha... 
Dan berjaya buktikan yang segala masa aku 'terbuang' di zaman remaja satu tika dulu , berbalas kini! Kejayaan ni mungkin nampak kecik tapi bagi mereka yang berada sama bidang dengan aku , pastinya tahu betapa peritnya nak berada di kedudukan ini.. 
Jutaan terima kasih pada COSMODERM  atas kepercayaan yang tidak berbelah bagi pada aku ! Dan juga rakan rakan media sosial terutamanya rakan blogger #KBBA9 atas sokongan dari dulu hingga sekarang. 
Tak menang award tak kisah pun tapi yang pasti , aku berjaya menangi hati korang! Cia cia ciaaa .. 

You May Also Like

9 comments

  1. Wah tahniah bos hihi.. Semoga lebih maju di masa akan datang

    BalasPadam
  2. tahniah Ben...utk sampai ke tahap gambar besar gitu mmg ada pengorbanan..yang penting usaha kena gigih..

    BalasPadam
  3. Ibu bapa kadang mereka tak tunjuk rasa kagum pada pencapaian anak-anak...tapi doa mereka yang tidak pernah bernoktah itu yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak..

    BalasPadam
  4. Salute ben...berjaya buktikan bukan sekadar blogger...tagline tu sampai ke hari ini julia suka

    BalasPadam
  5. Tahniah bro ben! dari dulu sampai ke sekarang kekal lagi aktif dalam dunia blog. Siapa ja tak kenal Ben Ashaari. Berbaloi usaha selama 9 tahun sebab banyak sangat pencapaian :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. satu usaha yang bukan sedikit untuk ke tahap sekarang. Tahniah buat abg Ben atas usaha tersebut.

    BalasPadam
  7. alhamdulliah... Tahniah...terbaikkkkk

    jom singgah blog saya http://izzuls.blogspot.my/

    BalasPadam