Tips Blogger : Review Percuma , Win-Win , Berbayar dan Kawan-Kawan !

by - Ahad, April 09, 2017


Dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam dunia blog ni , aku dah banyak berurusan dengan agensi-agensi pengiklanan , syarikat kecil mahupun besar dan juga individu-individu yang cari makan dalam bidang ini di media sosial. Macam macam tawaran yang aku dapat. Ada yang berbaloi , ada yang sekadar menaikkan nama kita dan juga win-win. Ada yang offer tak leh blah punya tawaran ! Kiranya dia je nak untung besar ! 
Ok..aku kongsikan pengalaman aku bagaimana aku berurusan dengan 'mereka'. Jika tawaran percuma, aku tengok latar belakang mereka. Jika datang dari syarikat besar , aku tengok apakah yang ditawarkannya ? Jujur aku cakap , andainya melibatkan fizikal aku , aku akan tolak! Contohnya produk produk kecantikan. Aku tolak bukan sebab nak berlagak atau nak demand... tapi lambakan produk kecantikan di pasaran , menakutkan aku. Ada kes dah blogger alami masalah selepas membuat review produk kecantikan ! Kalau berbayar , jika kes gini berlaku.. sekurangnya dia boleh cover balik dengan membeli ubat cover semula. Kalau free? Tak pasal pasal kena kuar duit poket sendiri. 
Ramadan akan tiba.. banyak buffet review terutama dari hotel akan datang. Yes , makan free ! Ada yang suka makan free.. boleh makan macam macam ketika ni dan yang penting free ! Yer kawan.. tapi sebanyak mana la sangat ko leh makan ? Kan ? Kesihatan mau jaga.. Jangan asik makan jer ! Tak salah terima tapi kena memilih gak.. Aku tak tau la korang tapi aku akan memilih hotel gak. Aku tengok hotel yang boleh bertolak ansur dengan aku dan jugak hotel yang boleh 'menjaga' kita masa event tu nanti. Aku suka gi food review di hotel dan restoran besar besar ni.. suka nak amik gambar je sebenarnya. Makan tu pon suka tapi aku makan apa yang sukar nak dapat je la.. hehee.. Yang ni , free pon tak pe ! Berbaloi bagi aku. Contohnya jika dari Seri Pacific Hotel , KL Tower  dan banyak lagi la hotel hotel atau restoran yang berbaloi untuk pergi..
Win-win ? Biasanya kalau dapat gadget , pakaian atau trip melancong. Yang ini boleh dipertimbangkan. Jika ianya berbaloi... terima je la. Kalau tak berbaloi seperti trip melancong ke KLCC walhal ko tinggal kat Ampang , buat apa.. kan ? Kena bijak memilih.. Sebab ko akan gadaikan masa , wang ringgit dan paling penting ialah nilainya sama dengan nilai setiap artikal dan media sosial korang. Maksudnya , harga setiap entri + media sosial = produk yang dapat !

Job berbayar.. Yang ni tengok pada job tu pulak. Kalau dia bagi korang job serupa suruh buat phD tapi bayaran macam hampeh , kena pikir gak ! Jangan main sauk jer.. asalkan berbayar ! Jaga la maruah blog korang tu. Blog korang tu , maruah korang.. Nak naikkan nama blog , korang dah gadaikan masa.. wang ringgit ! Jangan asal ada job je dah. Aku tak ajar suruh demand harga gempak... tapi biarlah berpatutan dengan 'harga korang' sendiri. Kalau blog tu update pon jarang.. trafik rendah tapi nak demand harga tinggi , tu melampau la ! Agak agak la jugak.
Aku pernah dapat offer.. dari sebuah syarikat yang founder dia gah. Tunjuk harta gempak giler ! Masa dapat tu , aku gembira sakan la.. Tapi korang tau.. dia punya offer ! Aduhhhh.. aduhhhh ! Bikin malu nama syarikat jer ! Apa ingat aku ni kucing tepi jalanan ke ? Kasi nasi putih dan ikan goreng je dah ! Offer dia sungguh tak masuk akal la.. Aku letak harga aku. Ko nak amik ke tak nak , lantak la.. Aku rela takda job dari buat job yang bakal menyusahkan diri aku sendiri !  
Terbaru , aku ada terima satu offer job. Aku dah bau ada sesuatu tak kena dengan tawaran dia. Aku bagi kata dua. Dia tolak. Aku tak kisah sama sekali sebab sangat mengarut. Ada ke suruh gi jumpa dia untuk testing produk dulu kemudian bincang pasal harga. Jadahnya ! Ingat aku bodoh eh ? Ada pulak nak deal gitu. Agak agak la skit ! Nak ke sana satu hal. Minyak , tol.. nak tinggal anak anak lagi ! Hek lerrr... Tak sebodoh gitu aih aku..
Jujur aku kata.. ada gak kes aku tertipu tapi aku anggap itu pengalaman berharga buat aku la. Deal guna nama artis.. buat produk review.. kononnya nak bayar. Bila dah buat , banyak pulak ragamnya ! Ko simpan je la duit ko tu ! Produk pon bukan bagus sangat. Sekadar nak jual nama artis jer ! 
Review produk kawan kawan punya... Yang ni sendiri mau sama sama pikir ! Yang kawan tu pon mau ingatlah skit.. nak up nama di media sosial ni bukan mudah. Ada yang sampai kena gelak berdekah sebab dok kata buang masa di media sosial. Ada yang sampai bergaduh laki bini.. putus sambung putus sambung dengan boyfriend / girlfriend bagai sebab komited pada blog.. last last korang suruh review atau promotekan bisnis korang tu , percuma je ? Atas sebab kawan kawan.. tu pun tak rapat mana ! Bila tau kawan tu berkepentingan , baru mai cari ! Melainkan memang kawan tu sendiri sangat ok orangnya. Tak berkira dengan kita.. malah dia sendiri buat bisnes pon lebih pada nak cari pendapatan bagi menampung kehidupan dia.. ok la tu.. Anggap sedekah kita pada dia ! Kan ? 

Akhir kata.. sebelum nak buat keputusan , fikirkan diri sendiri dulu. Jangan mengejar PERCUMA atau ASAL ADA tapi tak berbaloi malah kerugian lagi ! Deal betul betul.. baru buat keputusan. Kalau rasa tak yakin , sebaiknya tolak terus. Jangan fikir apa dah. Kalau korang bagus , akan ada job lagi datang. Kalau tak bagus , sila baguskan blog anda tu !
PS : Job amal kebajikan , jangan la mintak bayaran ! Saham akhirat tuuuu !

You May Also Like

11 comments

  1. kalau tak bagus, sila baguskan blog anda! noted! tq ben..

    BalasPadam
  2. Haaa btul... Bab bisnez kengkawan tu mmg serba salah jadinya.. Nak mntak bantuan br tegur tp nak caj mcm tak sampai hati sebab baru mula bisnez... Huhu

    BalasPadam
  3. memang betul..

    blog kita adalah maruah blogger..

    pengorbanan membina jenama blog bukan setahun dua..

    bertahun-tahun lamanya

    BalasPadam
  4. Setuju. Apa apa pun biar lah semua pihak untung, bukan ambil kesempatan semata mata. Dan yup kena bagus kan blog, InsyaAllah will improve

    BalasPadam
  5. Terbaik boss.... win2x tapi muka rosak. Adeh. Pernah kena.

    BalasPadam
  6. Tips yang sangat berguna... Tq sebab sudi share...

    BalasPadam
  7. Hahaha! Betul setuju sangat. Yang dok nak free tu apa dia ingat masa kita ni byk sangat ke utk dibazirkan? Masa, tenaga, duit minyak lagi. Yup lebih rela takda job daripada dapat yg tak berbaloi ni. hihi.

    BalasPadam
  8. intipati yg sgt terbaik dari ben....tq

    BalasPadam