Apa perlu buat ketika ini ?

by - Mac 17, 2020

Selepas pengumuman semalam oleh Perdana Menteri Malaysia  , pasaraya menjadi tumpuan. Tak kira mana mana negeri dalam Malaysia , diserbu ! Gulp.. Keadaan berterusan hingga hari ni memandangkan esok dah bermulanya arahan sekatan perjalanan. Yang disekat cumalah perjalanan yang tertentu jer. Bukan semua.. buat masa ni ! Kalau nak gi beli barang keperluan , masih dibuka. Kedai runcit.. pasaraya dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kepentingan orang awam ! 

Kalau tanya aku... aku dah beli ke ? Aku dah bercerita mengenai isu ini dalam beberapa entri aku yang lepas.  Pastinya aku dah bersedia tapi bukanlah 100%. Aku berdoa segalanya akan kembali pulih sebelum pertengahan tahun. Jika tidak pulih.. hanya Allah saja Maha Mengetahui. 

Apakah barangan yang perlu di beli buat masa ini ? Nah... kalau korang tanya aku , aku akan utamakan keperluan pada anak anak. Aku, suami isteri kena pastikan makanan yang berkhasiat. Sekali sehari makan ok dah. Selebihnya kena banyakkan minum air. Puasa ? Hurm... buat masa skang , kita kena tahu.. virus akan sangkut pada bahagian kerongkong kita. Kata pakar la.. Kena banyak minum air suam untuk pastikan tekak kita senantiasa basah. Wallahualam. 


Betul atau tidak , itulah yang aku buat sekarang. Jangan sampai tekak kering baru nak minum air. Gitulah... Dan pastikan ada simpanan bekalan air minuman dan kegunaan harian. Risau bekalan putus time gini... masalah gak kan ? 

Diulangi... jangan panik ! Kedai runcit , pasaraya masih dibuka dan kita boleh pergi beli barang keperluan. Lain lain kedai , kena tutup dah ! Maka , jangan risau part makanan. Macam aku , aku simpan ubat-ubatan asas seperti demam , batuk , selsema , sakit perut dan sebagainya. 



Dan tolong.. tolong jangan keluar rumah , berkumpul dan abiskan masa dengan buat benda berfaedah bersama keluarga tersayang. Jaga kesihatan yer. 

Semoga Allah lindungi kita semua. 

You May Also Like

8 comments

  1. Samalah, aku pun dah sedia beli awal-awal tu, bukan sebab panik tapi dah memang kena belinya..dan bila nampak semua panik membeli, terus rasa bersyukur, sekurangnya terlepas dr sesak ramai tu...dan satu jee, orang tak faham akan apa yang kerajaan perintahkan....kalau tak, takkans emua berpusu membeli, padahal kedai runcit semua buka..aissshhhh...

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin

    BalasPadam
  3. Kena dengar apa yang disampaikan betul-betul..jelas.Tenag,yang penting ikut setiap saranan dengan baik.

    BalasPadam
  4. setuju..jgn pentingkan diri dan jangan panic tak menentu.

    BalasPadam
  5. Apa yang boleh buat ialah mengurung diri dan keluarga, berblogging dan berfacebook. Cuci tangan selalu. Jika susah nak dapat Hand Sanitizer kat luar boleh buat sendiri. Klik link dan baca cara buat.

    BalasPadam
  6. ya, betul tu jangan nak panik tak tentu pasal

    BalasPadam