Buka Puasa di Galeri Mufors dengan sajian tradisional Nuranom Catering , pasti berbaloi !

by - Selasa, Mac 03, 2020

Ramadan  menjelma lagi. InshaAllah... Pasti ramai mula tercari cari tempat berbuka yang sedap sedap dengan harga mampu bayar ! Hehehe... Penting tu kan ? Sedap serta banyak pilihan, dan mampu nak bayar. Selesa juga memainkan peranan penting bila nak makan. Tempat letak kereta percuma dan dekat dengan lokasi. Tak nak jalan jauh jauh. Haaa.. Surau atau masjid bagi menunaikan solat Maghrib dan juga terawih. Heheee... Ajak boss ! Suh boss open table ha... Tandas pon bersih.

Ok.. aku cadangkan korang cuba berbuka puasa berjemaah di Dewan Galeri Mufors yang berhawa dingin serta selesa , terletak USJ Subang Jaya ni. Kenapa ? Sebabnya masakan yang dikendalikan oleh catering yang cukup popular di Malaysia kini.. Nuranom Catering And Events. Mereka dah berpengalaman dalam mengendalikan majlis majlis perkahwinan VVIP ! Haaa, VVIP kauuu. Kalau dah VVIP , mesti sedap la kan ?

Aku dah rasa ari tu. Superb la ! Kira nak balik rumah pun rasa cam nak tapau je lagi. Hahaha.. Ok ok... kita layan video ni dulu ! Nanti korang faham kenapa aku syorkan korang dan juga 'kuncu-kuncu' korang berbuka di sini ! Berbaloi baloi gituu...



Amacam ? Menarik ? Haaa.. tu baru dalam video. Nak aku kasi gambar close up lak ! Fuh , tengok gambar pun dah teliur.. ni kan pulak ketika lapar dan makanan depan mata. Kau rasa ??? Haa... kau rasa nak makan je gambar ni kan ? 

Sebanyak 99 jenis menu akan dihidangkan pada tetamu nanti. Setiap hari menu akan berubah ubah. Fuh , macam suh datang ari ari je kan ? Hahahaha.. tapi serius.. berbaloi gitu. Meh tengok apa menu yang ada... 

Menu Special
  • Nasi putih & beriani ayam (Isnin-Jumaat)
  • Nasi beriani gam kambing (Sabtu-Ahad )
Pelbagai jenis lauk pauk 
  •  ayam goreng rempah /ayam masak kicap /sup ayam /ayam rendang /ayam paprik 
  • daging gulai kawah /daging salai masak lemak cili api /daging black paper /daging rendang
  • ikan goreng berlada
  • seafood masak lomak cili api
  • Lala goreng oyster /sambal udang /sambal sotong /sotong goreng kunyit
  • Sayur -sayuran bergoreng /berkuah
  • kerabu mangga/perut /tauge/selon  
  • Beraneka jenis ikan masin bergoreng 
  • asam pedas ikan dan daging tetel 
Masakan secara langsung (live di situ gak weh )
  • kambing grill live 
  • ikan bakar live
  • kuewteaw | mee goreng live
  •  mee | soto | bihun | laksa | kuewteaw  berkuah dan pelbagai
  •  lempeng live
 Menu lain : 
  • air pelbagai jenis
  • kacang pool 
  • mushroom soup 
  • sup tulang 
  • cendol
  • abc
  • pelbagai dessert 
  • aiskrim potong 
  • makanan ringan bergoreng
  • pelbagai jenis ulam dan sambal 
  • makanan untuk kanak²
dan pelbagai lagi yang menarik 
















Sambil makan , pengunjung akan 'ditenangkan' dengan tazkirah , zikir , persembahan cilik dan juga artis terpilih. Heheh... tak la boring kan ? Leh santai santai gitu.. Berapa bintang aku kasi ? Dari sudut keselesaan , kemudahan.. aku kasi 5 bintang. Makanan lak , aku kasi 5 bintang gak ! Menepati citarasa aku dan paling penting , mudah untuk parking , solat dan juga tandas jika  tiba tiba emergency.. Heheheee..

Ok... jika berminat , segera dapatkan tempahan eh.. Jangan lupa ajak aku sekali..berkali kali pun ok ! Heheee..

"𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐎𝐑𝐀𝐍𝐎𝐌 𝐂𝐀𝐓𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 & 𝐄𝐕𝐄𝐍𝐓"
Lokasi : Dewan Agenda Suria Convention Centre (ASCC) @ Galeri Mufors, Subang jaya.
Tarikh : 27 April 2020- 21 Mei 2020 (4 - 28 ramadhan)
Masa : 6.30PM-9.30PM

Pembelian Awal ( 18 Februari 2020 - 26 April 2020 ) : 
Dewasa         : RM53.00
Kanak-kanak : RM29.00 (6-11 tahun)

Harga Biasa : 
Dewasa         : RM63.00
Kanak-kanak : RM39.00

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀 :
RM510 (1xmeja = 10pax)

Untuk pertanyaan dan tempahan : 
Wani  : +6017 6770237
Fatin : +6010 3624711
Salwan : +6011 11206562
Nabila : +6017 6722548

Jangan lupa follow di :
Laman web: www.noranomeventcatering.com
Facebook  : Noranom Catering Services 
Instagram : NoranomCatering

You May Also Like

4 comments

  1. Asalam..lumayan ..pasti berbaloi, apapun nikmat puasa, subahanallah

    BalasPadam
  2. suka masak lemak cili api seafood dia ,paduuuu

    BalasPadam
  3. Kita dah rasa. Paling suka kacang pool dia! Sedapnya. ..

    BalasPadam