16 tempat menarik di Putrajaya dan Cyberjaya.

by - Isnin, Februari 21, 2022

Setiap kali hujung minggu atau cuti umum, memang aku sekeluarga memilih Putrajaya untuk beriadah. Suasana pagi dan malam harinya memang mendamaikan. Tempat letak kereta pun mudah dan rasanya bagi aku selamat juga untuk aktiviti keluarga. Cuma kena berhati hati juga la.

Depan mahkamah Putrajaya tu pun selalu meriah di malam hari. Parking kat ruangan parking yang disediakan pastu.. boleh brisk walk sampai ke hujung Kementerian Kewangan. Kalau berlari pun syok. Senantiasa berselisihan dengan orang orang yang menjaga kesihatan. 

Sini , sesuai datang pada pagi , petang dan juga malam. Malam hari tu, dinasihati ke tempat tempat cerah la yer. Jangan gi tempat gelap. Bahaya juga yer..




Info yang aku dapat dari twitter @Twt_Cyberjaya (Cyberjaya Info) ni sangat bagus untuk aku. Kekadang tu ak tau nak gi mana walhal banyak je tempat menarik ada. Aku sendiri pun dah gi banyak tempat ketika awal awal menikah. Hee.. sibuk bergambar sana sini gitu. 

Ada beberapa lagi tempat rasanya yang perlu aku pergi dan lepak kat situ seperti glamping dan aktiviti sukan dalam hutan gitu. Saja nak dedahkan anak anak dengan persekitaran hijau. Segar dan mendamaikan. Sesuai untuk aktiviti kekeluargaan.















Ada lagi yang tak dimasukkan dalam ni.. Heee... Ayer@8  ! Sini tempat menarik kaki makan. Heee.. banyak restoran restoran yang sedap sedap belaka. Cuma harganya tu je la. Bukanlah mahal sangat tapi boleh tahan gak la. Kiranya kalau baru dapat gaji tu, sesuai la nak belanja diri sendiri atau orang tersayang. Heee.. Selesa juga tempat letak kereta walaupun ramai yang suka parking kat luar jalan tu walhal tempat tu tak boleh sama sekali letak kereta. 

 

You May Also Like

3 comments

  1. Taman Saujana Hijau tu aduhhhh cantiknya Ben, ni yang rasa nak pi ajak famili riadah sini tukar angin... cantik gilerrr... okey save posting ni.

    BalasPadam
  2. Lama sungguh tak ke Putrajaya padahal setengah jam perjalanan sahaja. Next visit ingat nak teruskan mencari taman botani.. Asyik tersesat aje.

    BalasPadam