Bila Aariz selsema..

by - Rabu, Februari 23, 2022

Isnin... tengahari. Tiba-tiba aku terperasan Aariz dok sok sek sok sek ! Sebelum tu memang dia ada menangis. Punca ? Tak nak belajar ! Huhhh.. bukan dia malas tapi dia macam boring je nak belajar dengan daddy dia. Hahaha... Asyik kena tulis ABC dan membaca jer. Boring la kan ? Huhh.. yela tu ! 

Sejak tu, hingus dia mula meleleh. Tak banyak dan tak kerap. Tapi itu dah merisaukan aku. Biasanya sekejap je hidung dia berair. Tapi kali ni sampai ke malam. Terus aku kasi tau wife. Aku syak dia kena titisan hujan malam sebelum tu. Memang ada keluar ke Putrajaya jap. Ada sekali tu dia buka tingkap dan keluar tingkap. Masa tu hujan memang ada turun tapi tak lebat pun. 

Malam tu, aku terus pindahkan Aariz tidur di bilik atas. Aku tak nak selsema dia berjangkit dengan kakak dan abang dia. Diorang ni pun mudah jangkit selsema. Sediakan ubat dan vitamin C untuk Aariz. Semua kena makan. Aku kena jaga dia. Tidur sama sama dalam bilik tu sambil pantau suhu badan dia. Risau tiba tiba naik lak. 

Sepanjang malam.. suhu dia dalam 36 ke 37. Takda cecah 38. Orang kata dedar gitu. Lasak dan berselera makan. Ok la.. Lega skit. Jangan tak nak makan dah la. Apa yang merisaukan aku ialah part selsema ni. Jangan main main sebab Zahra dah pernah kena. Mula mula selsema diikuti batuk. Pernafasan jadi lain. Terus hantar hospital. Sekali... pnuemonia. Jangkitan kuman dalam paru paru. 

2 hari dia kena duduk dalam bilik atas tu. Bosan dia. Berkali kali mintak turun bawah. Walaupun dalam bilik tu ada smart tv ,dia tetap boring. Nak turun main dengan abang dan kakak dia. Aku jelaskan pada dia kenapa tak boleh.. dia akur. Tapi masih berkeras gak sesekali. Aku tak benarkan. Yang lain, curik curik naik.. Nak tengok adik dia. Huhuh.. 





Hari ke dua.. selsema dia dah kurang sangat. Dedar tu ada. Aku bawa dia keluar berjemur di matahari. Jam 9 macam tu. Saja nak dedahkan pada cahaya untuk dapatkan Vitamin D matahari. Selepas tu dia lebih cergas dan mula berpeluh. 

Petang.. bawak diorang semua berjalan di tempat lapang. Bersenam sedikit.. kasi keluar peluh gitu. Alhamdulillah.. memang segar je memasing. Malam , gi tapau pizza arab. Selera dia makan. Bertenaga. Malam tidur lena. Tiada lagi selsema dan juga dedar. 

Swab ? Dah... negatif. Aku pun swab diri sendiri. Sama je keputusan. Alhamdulillah.. 






Ubat ? Aku kasi ubat seperti di atas, aku buat air jus vit C , kasi madu dan juga Eskayvie. Alhamdulillah... sesuai untuk dia. Aku pun takda dijangkiti selsema. Kalau tak , memang aku pun mudah dijangkiti gak. Apatah lagi dah masuk 3 minggu aku tak gi gym. Huhuh.. 

Pagi ni.. dia dibenarkan turun dan bergaul semula dengan abang dan kakak dia. Seronok dia. Sekarang diorang dah tau apa kena buat bila sakit.. Baru diorang takut nak sakit ! Tak nak kena duduk sorang sorang kat atas. Huhuhu.. 

You May Also Like

2 comments

  1. terima kasih atas perkongsian ni. dah cuba dan sedang cuba yang terbaik untuk perbaiki kesihatan diri.

    BalasPadam