Dia boleh , kenapa kita tak boleh ??? Cer jawab !

by - Jumaat, Februari 18, 2022

Blogger Julia Johari @ www.juliajohari.com

Kagum aku tengok dia ! Siapa yang pernah jumpa blogger Julia Johari sekarang ni , mesti akan ternganga punya ! Tanpa perlu potong usus pun ! Walaupun dia ada masalah kesihatan sebelum ni.. lutut bermasalah ! Namun dia cekalkan hatinya.. kuatkan semangatnya ! Pergh.. power power. Dia berjaya lakukan dalam tempoh masa yang singkat jer ! Bukan perlu bertahun tahun. Tu pun dia buat ala ala jer. Kalau bersungguh sungguh.. maunya beberapa bulan jer dah menjadi. 

Rahsia dia ? Mudah jer.. Disiplin diri ! Jaga makan... dan bersenam ! Apa ??? Bersenam ?? Malas la nak gi gym ! Eh... sapa kata wajib gi gym baru boleh jadi macam dia ? Eh... tak tak ! Memadai je berjalan kaki tiap pagi atau petang. Setengah jam paling singkat. Susah ? Pastu bersenam bebas seperti lompat bintang ke.. atau apa saja senaman yang membuatkan tubuh badan kita bergerak bebas dan seterusnya membakar kalori. Susah ? Dan paling utama.. jaga makan ! 

Alaa... part jaga makan ni susah ! Ramai jawab gini bila tanya aku bab kesihatan ni terutamanya bila dah ada diabetis atau tekanan darah tinggi. Diorang menyerah kalah dan rela makan ubat doktor jer. Hurm.. aku nak kata apa lagi ? Bukannya tak boleh makan langsung pun. Boleh jer. Tapi kena tau la nak apa yang boleh dan apa yang tak boleh ! Bukan melantak terus sampai kenyang pastu bersenam. Eh , salah konsep tuuuu ! Memang akan bakar kalori tapi kita perlu tahu apa yang masuk dalam perut kita juga tu. Berkhasiat atau tidak ? Berguna atau sebaliknya mampu menjadi racun untuk badan kita ? Kena tahu gak tuuu.. 

Macam kes Julia Johari atau Juju ni.. dia bukan main buat gitu jer. Dia pun dapatkan nasihat dari doktornya juga. Selain tu ada dia rajin buat kajian seperti membaca dari pelbagai sumber. Bab senaman tu, dia ada ramai sifoooo online. Dia tiru skit skit ikut kemampuan dia. Asalkan dia buat.. Lama lama , dia kuat dan lebih berstamina. Nah.. hasilnya sekarang ! 

Tak susah pun sebenarnya. Kita nak buat atau tak nak jer ! Takda semangat ? Cuba dapatkan semangat dari mereka yang dah lama dalam bidang menjaga kesihatan ni. Tanya tips dan teknik yang betul. Elakkan dari tips NAK CEPAT KURUS CAMANA ??? Bukan tak boleh.. tapi dari apa yang aku nampak la.. mereka yang cepat kurus ni , cepat juga naik kembali malah berganda ganda naiknya ! Huhuh.. 

 








Jaga makan ni memang susah pada awalnya. Terutamanya yang ada penyakit. Tapi jika berjaya disiplin dan lakukan, memang berbaloi sangat sangat. Penyakit mula menjauhi dan menguntungkan ialah kita lebih sihat, berstamina dan ceria untuk meneruskan kehidupan di samping keluarga tercinta. 

Ok... kalau korang rasa cam payah bab jaga makan ni , aku kasi solusi mudah untuk permulaan. Ada satu premis yang jual produk produk penjagaan makanan khas untuk mereka yang sayangkan kesihatan. Nak beli secara online pon boleh. 

Boleh baca di entri aku ni , Nak Sedap Tapi Risau Gemuk ? 


Semoga Berjaya ! Jangan tunggu orang suruh. Mulakan terus. 

You May Also Like

3 comments

  1. Bangga dengan semangat Dan pencapaian Juju. Hebat

    BalasPadam
  2. Ya, sangat setuju pandangan aben. Selain daripada itu, emosi pun salah satu punca sukar kurus. Kalau emosi sentiasa kelaut, memang tak kurus2 juga.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Mr Ben atas perkongsian membina, terharu juta rasa serta hargai sangat dengan penuh rasa rendah diri. (Tunduk respect!) :)

    Moga perkongsian Ben lebih membuka mata follower-follower ben untuk jalani kehidupan cara aturan sihat dan enjoy, bila enjoy kita akan disiplin dalam diam yang kita tak sedar kita boleh hidup dengan komitmen diri serta kawal nafsu.

    Terima kasih, sharing more, we need pejuang sihat ramai macam ben. Alhamdulilah.

    BalasPadam