Perlawanan Amal 2022 Piala Azymacare di Stadium Panasonic , Shah Alam terbaik !

by - Isnin, Februari 14, 2022


Kali terakhir aku jejakkan kaki ke stadium bola sepak , ketika perlawanan Liga Semi Pro. Hahaha... Zaman sekolah. Dek kerana terlalu ramai sangat insan, aku bernekad untuk tidak lagi ke stadium. Hahahaha... Eh, ada sekali tu.. tapi bukan nak tengok bola la. Masa tu dating ngan wife. Gi stadium Merdeka. Hee.. 

Ok ok.. Kali ni , aku ke stadium untuk beri sokongan pada Azyma Care. Haa.. Korang pun tau aku ni penyokong setia Azyma Care. Kenapa ? Produk bagus.. cara pengurusan terbaik. Jarang la aku nak jumpa pengurusan bagus macam ni. Amik berat mengenai produk , pelanggan dan pastinya staff ! Sebab tu laaa aku tak nak lepaskan peluang ni. Nak tengok julung julung kalinya event yang dianjurkan mereka ni. Dan pastinya event ni adalah untuk kutipan amal untuk Yaman Fund dan Rumah Sentuhan Budi. Kerjasama dengan VBG.

Bertempat di Stadium  Panasonic Shah Alam , aku sekeluarga pergi. Saja nak bawak anak anak tengok bola. Diorang pun bukan  pernah masuk stadium lagi. Walaupun kecil tapi biarlah mereka masuk buat pertama kali.. bersama ayah dan ibu mereka. Akan jadi kenangan buat mereka nanti bila dah besar. 

Sebelum nak gi tu.. aku buat swab test dulu la. Memang tu cara aku. Pastikan sihat sebelum ke tempat awam. 


Sarung jersi penyokong. Walaupun nama aku ada untuk join sama perlawanan ni , aku tak berani amik risiko sebab kali terakhir aku main bola sepak padang ni, ketika bekerja di Kementerian Kewangan. Pastu stop dah. Futsal, aku main tapi berhenti terus sebab injured. Huhuh. Insaf terus sejak tu. 

Lokasi best. Besar.. luas dan terbuka. Anak anak , memang aku pesan awal awal lagi. Jangan buka face mask walaupun nampak ada budak budak lain buka. Cari tempat selesa dan jauh skit dari orang lain. Aku tinggalkan mereka sebentar. Nak gi jumpa big boss Azyma Care. Tunjuk muka kata orang . Haa.. Hee.. 



Mengigil kaki ! Hahaha.. Bila tengok padang bola.. fuh , ringan je kaki nak masuk join sama. Tapi aku tahan je la nafsu. Hahahaha.. Tengok je la orang main. Prinsip aku lain skit. Aku tak suka tengok orang main bola.. aku nak main bola ! Hahaha.. Tu dulu la.. skang , tengok je la.. Kasi sokongan gitu. 

Meriah ! Ramai VVIP sebagai tetamu jemputan. Majlis santai tapi menarik sangat. Selebriti yang turun ke padang pun bukan calang calang pemain ! Beberapa orang bekas pemain kebangsaan pun ada ha. Untung la dapat main sama. 










Di rumah... aku mandi terus dengan gel mandian Azyma Care. Bau badan dek kerana peluh di padang tadi walaupun tak main...tetap perlu dibersihkan. Aku jarang nak pakai gel mandian Azyma Care ni kecuali bila bersukan. Haa.. memang hilang la bau bau badan terutama di ketiak dan juga celah celah yang patut dibersihkan. Terasa bersih sangat! Hahahaha.. Maklumlah, Azyma Care ni diperbuat dari bahan bahan yang.. ekslusif gitu ! Bukan kaleng kaleng gitu ! 

Tahniah buat Azyma Care... ini langkah kanan menuju kejayaan yang lebih gemilang. Dan aku bangga jadi sebahagian dari mereka walaupun sekadar penyokong ! Alhamdulillah. Semoga Allah limpahkan kejayaan buat Azyma Care ! 
 

You May Also Like

3 comments

  1. wahhhh terbaik Azyma Care ada team bola. Next time kalau ada lagi nak join jugak

    BalasPadam
  2. Wahhh terbaik Azyma Care ada team bola sendiri. Next time nak follow tengok jugaklah

    BalasPadam
  3. Perghhhh, siap ada team bola lagi tu. Terbaiklah Azyma Care. Part face mask tu high-5. Samalah, kalau bawak anak-anak keluar, memang dok ratib banyak kali pesan kat diorang.

    BalasPadam