Garam Mandian Aura Rezeki, bermanfaat untuk seisi keluarga !

by - Jumaat, Mac 10, 2023

Fuh.... best ! Lepas workout penat penat... berendam dalam besen dengan air bergaram. Nak gi mandi laut, jauh. Lagi pun nak mandi laut, leceh.. meleket ! Air laut pun bukan bersih sangat dah skang. Macam macam bahan kimia ada dalam tu dek kerana perbuatan manusia durjana. Huhu.. Terpaksa guna garam bukit atau garam Himalaya. Nak mudah , guna je Garam Mandian Aura Rezeki ! Mudah.. Teruskan membaca yer..

Sejak dua menjak ni, aku yang rajin baca pasal kesihatan ni.. hehe.. memang banyak la aku jumpa info mengenai nutrisi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk memastikan badan kita ni , sihat sejahtera dan mampu melawan anasir anasir yang cuba nak mencerobohnya ! Menguatkan sistem imunisasi badan.. cenggitu ! 

Apakah nutrisi yang ada pada garam bukit atau garam Himalaya ni ?? Istimewanya garam ini, ianya mengandungi 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kristal berwarna merah jambu ke oren dikatakan membantu pencernaan, menguatkan tulang, memudahkan arthritis dan berehat sistem saraf dan otot.  

Sulfur dalam garam bukit adalah Anti Aging, Sulfur membantu melindungi kulit dari efek sinar UV matahari, radiasi, polusi, yang akibatkan penuaan kulit. Awet muda seluruh tubuh badan tu !! Tambahan pula, kandungan mineral penting seperti kalsium, kalium, magnesium dan zat besi dalam garam bukit lebih tinggi berbanding garam biasa. 

Di bawah ini menunjukkan kandungan dalam 100mg garam bukit:

Kalsium: 1.6mg
Kalium: 2.8mg
Magnesium: 1.06mg
Zat Besi: 0.0369mg
Natrium: 368mg

10 khasiat Garam bukit Himalaya yang perlu kita tahu : 

1. Mengandungi mineral penting untuk penyingkiran toksin
2. Kandungan Natrium Lebih Rendah
3. Mengekalkan Kehidratan
4. Membantu Proses Pencernaan
5. Memberikan Tidur Yang Berkualiti
6. Mencantikkan Kulit
7. Membersihkan Udara Sekeliling
8. Memberikan Perasaan Yang Tenang dan Gembira
9. Memberikan Kelegaan Pada Sengal Otot
10. Meningkatkan Sistem Pernafasan

Garam Himalaya adalah garam yang berasal dari kawasan perlombongan garam Khewra, berhampiran Himalaya, Pakistan. Untuk pengetahuan korang, lombong garam Khewra adalah salah satu lombong garam tertua dan terbesar di dunia tau! Menariknya, lombong berkenaan dipercayai sudah terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu.

Garam Himalaya diekstrak secara manual dengan proses penyulingan minimum, jadi garam tersebut mempunyai bahan tambahan kimia yang sangat minimum. Namun demikian, seperti garam biasa atau garam meja, garam Himalaya mempunyai kandungan natrium klorida yang tinggi.

Garam Himalaya sama dengan penggunaan garam biasa iaitu untuk memasak, membuang sel kulit mati ketika mandi dan sebagainya. cuma  perbezaan antara kedua-dua jenis garam berkenaan adalah garam  dari segi pemprosesan semula jadi yang disokong oleh kandungan mineral yang berbeza daripada garam biasa kerana garam Himalaya mempunyai warna merah jambu. - SinarPlus

Ok.. itu pasal garam Himalaya. Dan kelebihan pada garam mandian Aura Rezeki ni lak , gabungan pati bungaan dengan garam Himalaya menjadikan ianya lebih padu dan berkesan pada tubuh badan mereka yang menggunakannya. 

Aku tamo la nak overclaim kata lepas guna aku jadi Ultraman atau Spiderman tapi kalau korang ada buat kajian sedikit, badan kita ni memerlukan nutrisi magnesium yang banyak ! Haa.. sumber magnesium ni boleh dapat dalam buah buahan , sayur sayuran dan pastinya garam himalaya ! Apa lagi.. kita berendam laaa kan !! 

Magnesium penting untuk jantung, otak dan sistem saraf kita. Ia merupakan mineral yang menghasilkan antioksidan untuk menangkis penyakit, dan membantu fungsi beratus-ratus enzim yang mengawal selia tubuh. Ia membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap normal, menguatkan tulang, dan memberikan kadar degupan jantung yang baik.

Kekurangan magnesium boleh menyebabkan berlakunya kekacauan dalam sel tubuh anda dan memburukkan lagi keadaan selari dengan peningkatan usia. Selepas tulang, kandungan magnesium paling tinggi pada bahagian tubuh berada pada otak dan jantung, oleh itu, kekurangan mineral ini berisiko menyebabkan kematian. - HelloDoktor

Alhamdulillah.. tepat pada masanya aku ada garam mandian Aura Rezeki ni sebab Qhaliff kebetulan nak berkhatan. Memang doktor syorkan dia mandi dengan air garam selepas sehari berkhatan untuk membersihkan kawasan kawasan luka. 

Manakala untuk aku lak, bagus untuk membuang sel sel kulit mati ! Sebelum mandi , amik bau dulu garam tu ! Wangiiii ! Untuk lelaki dan perempuan.. dua dua ada bauan tersendiri. Memang syok la bau dia. Nasib baik besen aku tu kecik. Kalau besar , mau sejam dua aku berendam ! 

Untuk si macho

Untuk lelaki
Untuk wanita 
Tak susah pun nak guna. Ikut je langkah langkah yang diberikan di bawah ni. Dan amalkan selalu. Korang yang selalu ada stress, depression atau kepenatan selepas penat bekerja...boleh la cuba ! InshaAllah akan rasa perubahan.


Untuk belian atau info lanjut , boleh rujuk di : 

You May Also Like

9 comments

  1. wah, produk ni ye. Dulu pernah jadi agen dropship aura rezeki. Rupanya syarikat ni dah keluarkan pelbagai warna garam. Macam menarik garam yang lelaki tu.

    BalasPadam
  2. 1st time dengaq garam mandian utk lelaki...mcm nak try jugak lah...tapi kena cari besen besaq tu dulu...beli kat mana ben....

    BalasPadam
  3. Org kata mandi garam and ais mmg baguihh. Tp x pernah try. Mcm nam coba .

    BalasPadam
  4. Menarik untuk dicuba. Banyak khasiat mandi air garam ni .

    BalasPadam
  5. Selalu guna garam himalaya tu untuk masak, macam best pulak yang ni boleh bawa mandi, memang hari2 stress huhu

    BalasPadam
  6. Dulu pernah buat mandian garam ni. Memang bagus.

    BalasPadam
  7. Alamak tertarik! Kena cuba nih mandi garam nanti ...

    BalasPadam
  8. Wah.. menarik ni. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  9. Bagus ni berendam dalam air garam. Banyak khasiat air garam

    BalasPadam