Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 30 Ogos 2014

Bila dua lelaki bersantai

 

Photo: As sham ..

Dua cara untuk bawak Qhaliff beriadah sesekali.. Belah petang , bawak jenjalan taman tapi dia menghala ke kedai terlebih dahulu untuk mendapatkan ‘as sham’ dia .. As sham merujuk pada aiskrim dia .. Hurm.. satu hari tak kena aiskrim , tak sah !

Malam.. jarang nak lepak melainkan dia nampak kelaparan.. Bawak gi kedai mamak.. Layan milo ais dan roti canai planta. Hurm.. Dia ni bukan jenis boleh duduk setempat lama .. Kejap je .. pastu nak turun merayau cari cat dia .. Pening woo.. tapi sbb nak lepak punya pasal ! Hahahaha .. Terima je la.. nanti dah lama , faham la tu.. Lepak pon bukan lama lama.. abis makan , balik la..

Bila ada anak lelaki gini.. baru tau bestnya bila lepak bersama.. Semua ni , kejap je berlaku.. nanti dia dah besar , ramai kawan.. kita lepak sengsorang kembali .. Hurmm.. time tu baru mesti terasa.. nape la tak ramai anak .. takde la kesunyian .. kan ?

7 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Daddy dan qhaliff boleh jadi bff..tak mustahil sampai qhaliff beranak pinak..

calrase patrick berkata... [Reply to comment]

Seronok btul klw ada kwn lepak.. hehe
bukan macam saya jarang ja lepak coz xda kwn mahu lepak..heE

yaya_flanella berkata... [Reply to comment]

Qhaliff's bestfriend. hee

Illya Farhana berkata... [Reply to comment]

best kan bile ade teman lepak..
Qhaliff so cute..

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

Ben..macam aku terasa je..., anak perempuan dah besar lagi x leh geng.. hurm.

Dah request kat mama depa tapi...hah ada tapinya tu !

DYatie berkata... [Reply to comment]

bapak yt dulu kan memang nak sangat anak lelaki boleh bawa geng melepak p kedai kopi. tapi apa boleh buat, kami anak-anak perempuan lah yang ikut lepak gi kedai kopi. hihihi.

amir zahari berkata... [Reply to comment]

Rasa sayu sedih plak part last tu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI