Bila mandikan Zahra ..

by - Jumaat, Ogos 22, 2014

 

Terus terang , aku cukup seriau tiap kali nak mandikan Zahra. Bukan mudah nak mandikan bayi ni. Kena hati hati 200% ! Bukan sekadar rindu awak 200% tau !! Haaa ..

Tapi kalau tak mandikan dia , aku rindu pulak nak tengok mata dia yang memandang tepat mata aku setiap kali jirusan air pada badan dia .. Dia memandang dan senyum ! Dia bukan mudah nak senyum. Sapa sapa yang pernah jumpa dia , pasti akan pelik.. Muka masam memanjang ! Walha dengan mak ayah dia , mudah giler nak senyum.Anak daddy sungguh..

Photo

Terus terang.. sebenarnya aku cukup beruntung dapat mandikan kedua dua anak aku , sendiri ! Pengalaman membesarkan anak , adalah sesuatu kenangan yang jauh lebih indah dari bergambar di depan Eiffel Tower.. Eh ?

Photo: Salam .. Selamat pagi..

Semlm , mimpi aku menang pertandingan buat kali pertamanya dlm hidup aku..Dan hadiahnya , bercuti ke Paris !!! Huk alohh.. 

Nampak benar rindu kt Paris.. Hahahaha

Cuma selepas mandikan dia tu , aku jadi sedikit cuak .. Dia akan menyusu biasanya.Pastu tidur.Masalahnya dia menyusu badan jer.. Botol tamo.. Hurm… Camana nak tidur ?

You May Also Like

9 comments

  1. Lama lama dia mau gak botol tu. Dukung dia mcm nak menyusu dan beri isap botol. InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. sian zahra...
    xpe... mngkin mula2 ni jeee.. hrp dia akan menyusu botol secepat mungkin

    BalasPadam
  3. cer beben letak botol susu kat tek beben..konon2 can susu ibu dia.. kot menjadi ...hehehehe..

    tapi kalau dah lapar sangat mesti zahra minum gak kan?

    BalasPadam
  4. Try botol susu jenama tommee tippi. Kut2 zara nk...

    BalasPadam
  5. Comel Zahra....baby memang suka mandi...lepas mandi mesti nak susu...lepas tue tidur.

    BalasPadam
  6. Comelnyaaa zahra! Geram tengok! Eeeeee. Rasanya abang ben kena ajar dah zahra minum botol

    BalasPadam
  7. In sha Allah dulu sumaiyyah ada masalah yg sama... bagi guna shrink pun sikit je... bila akak mama balik dia akan melekat semelekatnya... nanti dia akan nak dgn sendirinya...

    BalasPadam
  8. kena pandai pandai acah acah susu badan lah cenggitu...hihi

    BalasPadam
  9. boleh jd calon ayah mithali dah ni .. hebat la .. klu suruh lelaki lain belum tentu dpt mandikan baby kecik tau

    BalasPadam