Bila suami jadi suri rumah !

 

Aku pandang jari jemari aku ..

Perghh.. ada panjang.. ada pendek kuku aku ! Mak aihhh !! Dulu aku tak macam ni pon haaa .. Kemas jer dulu.. Tu belum masuk part rambut yang gunting 2 minggu sekali.. Dan baju serta seluar baru ..asal ada koyak skit ! Tengok wayang , seminggu sekali ..

Sekarang ? Hurmm… Baru nak potong kuku , anak menangis.. Baru nak potong kuku.. anak datang datang kacau.. Tu belum part nak update blog ! Update blog ni , kerja aku ! Kalau blog tak jalan , orang pon tak nak letak iklan atau bagi job pada aku.. Hurm.. Kena selalu update..

Dulu , aku pernah up status di Facebook.. Isteri , kalau bizi camana sekali pun , janganlah abaikan diri sendiri. Biarlah kemas , cantik setiap kali suami balik rumah ! Tak la serabai macam mak limah !

Tapi tu duluuuu.. sekarang baru aku rasa ! Baru padan muka aku ..Hehehe…

Mengenangkan si isteri yg 'bertugas' sbg suri rumah sepenuh masa , kelihatan selekeh sepanjang hari bg memastikan tumahtangganya terurus ..anak cukup makan..bersih pakaiannya.. Si suami patut bersyukur !!

Jgnlah komplen si isteri malas menghiaskan diri.. Cubalah bantu meringankan beban.. Jgn sangka bekerja cari duit , dah memadai memenuhi tanggungjawab !

Bawa bawa la bantu isteri..hargai mereka.. Hiburkan hati mereka sbg hadiah menjaga waris kita..Kurangkan komplen .. banyakkan kerjasama !

Bila ada anak dua orang ni , baru tahu betapa nikmatnya tidur itu ! Nikmatnya dapat makan dengan tenang ! Tapi semua tu tak dapat tandingnya nikmatnya berkeluarga ini !!

10 ulasan:

  1. even hana lom jadi wife lg, tengok ibu dekat rumah pown rasa kesian. macam mana nak jd wife nie? kalau dapat suami yang boleh bg kerjasama tak apalah jugak. huhu

    BalasPadam
  2. wah...bestnya...

    Salam bro...boleh tak approve saya dalam kelab blogger anda...dalam fb...pending le....fb saya : MK Pydee....thanks.

    BalasPadam
  3. Thank you bro kerana approve saya...Selamat menjadi Mr Mama....

    BalasPadam
  4. Walau pun,, letih PC yakin kepuasan dan happy menyelubungi jiwa abang ben..kan..kan..

    BalasPadam
  5. Memang penatttt.... salute stay at home parents.. saya yang jadi suri rumah over the weekends pun dah macam hantu kak limah..

    BalasPadam
  6. Wahh! Runcing bang? Dah macam jari saya. Lol

    BalasPadam
  7. mr mama lah katakan... mmg kena jd mama lah sikit hehehe

    BalasPadam
  8. kena same2 give n take.. bru harmoni.. :)

    BalasPadam
  9. nikmat dapat makan dengan tenang dan tidur dengan tenang tu dah lama tak merasainya..ibarat tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang....tp redho..

    kdg teringin nak gi bercuti, tapi bila fikir balik adei tak jadik pulak sedih nak tinggal anak3. Tak sampai hati nak tinggal anak3 lagi2 yg kecik tu fully BF.

    BalasPadam
  10. Wah ini baru betul kata2 seorang lelaki bergelar suami, sangat setuju..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009