Perlukah aku uninstall WAZE ??

 

Aiyokkkkk … Dah la ari tu aku promote abis abisan.. Rupa-rupanya , WAZE ni antara syarikat berdaftar di Israel !

Photo: Waze , company Israel jugak ? Perghhh..abis ceruk rantau dlm Malaysia diorg tau dah..

Apakah aku perlu uninstall waze sebagai tanda protes aku terhadap kekejaman rejim zionis pada rakyat Palestin ??? Masalahnya , Waze ni map pemandu arah yang paling ok bagi aku .. Sebelum ni aku guna Sygic dan Papago tapi kedua tu tak de live update.. Aku perlukan app yang bagitau di mana ada kesesakkan lalu lintas supaya aku boleh mengelak dari melaluinya ! Hurmmm.. Macamana tu ??

Ben Ashaari's photo.

Kalau boikot McDonalds tu ok la.. Boikot Tesco ok laa.. Boikot HSBC , aku takde akaun pon.. Tapi WAZE ? Alahaii… Takde ke orang Islam bikin app cam Waze ni ? Guna Google Maps ? Sama je pon… heee..

Aku ni mmg pengguna tegar WAZE .. Kemana mana saja aku gi , WAZE mmg aku hidupkan.. Ini bermakna , pihak Israel dah tau mana aku tinggal ?? Kemana aku pergi ?? Aiseyman.. Ini sudah tidak rahsia lagi ! Aiyokkkk …

Uninstall ? Gulp ..

Photo

6 ulasan:

  1. ala...waze pun israel pnye jgk?

    BalasPadam
  2. Bkn ke google dah beli waze? Kalo x silap la..

    BalasPadam
  3. Baru jer belajar guna Waze...gulp

    BalasPadam
  4. Saya mmg tak pakai waze... tapi tu la org kata kalau boycott biar betul2 boycott... tapi saya pun punya masalah mcm en ben ni... saya pengguna tegar nescafe n milo... yg kedua2nya product nestle... dan berkait dgn israel...

    BalasPadam
  5. nescafe boleh ditukar kpd kopi radix.. milo boleh diganti dgn radix koko.. tapi waze? dot.dot.dot.

    BalasPadam
  6. bagi aku sebelum nak boikot satu2 benda, kena tengok dulu.. adakah benda tu keperluan atau kehendak? kalau keperluan gunakan je la. tapi kalau untuk puaskan kehendak, barulah aku boikot.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009