Slot Akasia ‘ Maaf Jika Aku Tak Sempurna ‘

by - Sabtu, Ogos 30, 2014

 

Satu lagi drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel nukilan Acik Lana iaitu ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ bakal menemui penonton selepas berakhirnya Rindu Awak 200%.

Drama rantaian 32 episod ini menampilkan pelakon - pelakon popular tanah air seperti Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shilla, Amy Mastura, Ika Nabila dan ramai lagi.

Poster Maaf Jika Aku Tak Sempurna (1)

Mengisahkan tentang dua hati yang mencari satu cinta. Luqman (Fahrin Ahmad), seorang graduan luar negara, berkerja sebagai pengawal peribadi Melina (Sara Ali) dalam mengawal setiap tingkah laku Melina atas permintaan orang tuanya, Datuk Zakri (Zamarul Hisham) dan Datin Maziah (Amy Mastura).

Melina membesar di keluarga yang kaya tetapi gemar bersosial dengan rakan-rakan kolejnya, Melina selalu menghabiskan masa di kelab dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk. Namun, Melina masih mampu menjaga harga dirinya.

Luqman masih menunggu panggilan untuk berkerja di tempat yang dia mendapat biasiswa. Sementara itu, dia menolong ibu bapanya, Pak Rashid dan Mak Alia di kebun. Sarah menyimpan perasaan terhadap Luqman sejak kecil dan dia cuma akan menerima pinangan daripada Luqman.

Datuk Zakri sudah hilang sabar dengan sikap Melina dan dia mula menyekat sumber kewangan. Datuk Zakri telah berjumpa dengan kawan lamanya, Pak Rashid kerana mahu meminta tolong daripada Luqman. Luqman terkejut apabila Datuk Zakri memintanya menjadi pemandu dan pengawal peribadi untuk anaknya, Melina. Luqman menerima tawaran Datuk Zakri walaupun masih tertanya-tanya tentang tujuan sebenar Datuk Zakri.

Melina membantah dengan tindakan ayahnya. Melina menganggap Luqman sebagai orang kampung yang mahu mengambil kesempatan atas kekayaan keluarganya. Suatu hari, Datuk Zakri meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Datuk Zakri telah meninggalkan wasiat supaya Melina dikahwinkan dengan Luqman. Mampukah Luqman membuktikan cintanya kepada Melina tambahan pula dengan kemunculan Zieta yang ingin merobohkan rumah tangga mereka?

Pastikan yang wajib diutamakan yer … hehehe.. Jangan risau , leh tonton ulangan di Tonton nanti..

You May Also Like

5 comments

  1. Macam best je tengok tajuk cerita ni...Nanti nak tengok la.. dah lama tak tengok drama melayu

    BalasPadam
  2. Cerita Datuk-datuk, Kenchana Holdings, orang kaya, sosial, waktu maghrib, sangatlah marhaen.

    BalasPadam
  3. saya selalu record jer.. pukul 8 nanti baru tengok..

    BalasPadam
  4. Saya.lagi suka tengok kt tonton.
    Betul kata bang ben,utamakn yg wajib dulu..cerita lain.kali boleh.tengok.

    BalasPadam