Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 9 Ogos 2014

Tutup Facebook ?

 

Terbaca di akhbar online …

“ Kerajaan akan mengkaji kewajaran untuk menutup laman sosial Facebook di negara ini sekiranya mendapat sokongan masyarakat. “.

Kenapa ? Antara punca datangnya persoalan ini ialah kes penghinaan dilakukan penggunaan Facebook terhadap isu-isu sensitif rakyat negara ini termasuk melibatkan kaum dan agama.

Hurmm… Apakah rakan rakan setuju ? Ada yang setuju , tapi ramai je menolak termasuklah aku ! Kalau tutup Facebook , apakah salah guna laman sosial ni akan terhenti ? Kalau sekat internet , apakah tidak akan berlaku masalah fitnah dan hina menghina ini ? Dan apakah kita kembali mendapatkan infomasi terkini di suratkhabar ? Wowww… Jadi internet untuk apa dah ?

Dan paling tragis ialah mereka yang dah bina empayar perniagaan di Facebook.. Kalau tutup , camana nak teruskan perniagaan ? Kembali ke cara lama ?

Er , aku pulak ? Blogger blogger yg sepenuh masa mencari makan melalui dunia maya ni .. apakah perlu kembali membuat resume dan cari kerja ? Atau gi cari tanah kosong dan bertani ? Atau , jadi ahli politik yang pandai sembang , tabur janji dan menjadi kaya raya jika kena gayanya ? Hurm..

Yang pastinya , jika Facebook ditutup .. media cetak kembali gembira ! Kenapa ? Orang dah kembali membeli suratkhabar ! Heeh ..

Kesimpulan .. Menutup Facebook bukanlah jalan terbaik untuk mengelakkan masalah masalah ini dari berlarutan. Sepatutnya perlu ada satu unit yang lebih expert , berteknologi tinggi untuk menangkis serta akta yang bersesuai untuk menghukum pesalah laku dunia maya ini ..

Kerajaan perlukan pakar pakar yang jauh lebih bijak dari yang ada sekarang ni .. Latih , bayar gaji yang sepatutnya dan mulakan langkah yang sepatutnya , lama dah buat ! Ramai penganggur luar sana.. Berkualiti dan berilmu ! Majoriti tahu pasal FB .. Gunakan mereka untuk menangkis masalah masalah salah laku di internet terutama FB ni ..

8 komen :

Nazlee Ismail PCL berkata... [Reply to comment]

lebihkan pemahaman ke arah positif dlm minda..buruk pon ya / baik pon ya jugak.

ya betul..fitnah berlaku di mana-mana. Fb medium sosial berpengaruh tinggi...guna sebaiknya.

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Tak setuju Facebook ditutup.. sedangkan assignment kelas pun dihantar melalui FB.. hurmmmm

Fiqa Nsz berkata... [Reply to comment]

setuju dengan bro!

Eira Syira berkata... [Reply to comment]

Betul3. Saya langsung tidak setuju. Harap2 Kerajaan tidak meneruskan niat itu.

Eira Syira berkata... [Reply to comment]

Betul3. Saya langsung tidak setuju. Harap2 Kerajaan tidak meneruskan niat itu.

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

tutup Fb pun tak selesaikan masalah.. umpaman nak hapus denggi tapi setakat bunuh sekor nyamuk.. perbuatan yg sia2.. jadi saya setuju dengan entri abg ben.. dgn tutup Fb masalah tak selesai, tp kerajaan harus cari langkah bijak untuk menghalang aktiviti tu dari berleluasa

Feetri Mahadzir berkata... [Reply to comment]

setuju dgn pendapat abg.. kenapa perlu tutup FB pulak..?

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

ambil tindakan pada 2000 yg buat salah guna FB daripada menutup akaun lebih 15 juta pengguna yang guna FB secara +ve.....setuju dgn pendapat tuan.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI