Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 20 Ogos 2014

“ Yang , abang balik !! “

 

Tengok jam… dah kul 6 petang ! Ahhh .. leganya ! Jap lagi suami sampai rumah dah ! Boleh la tlg tengok tengokkan budak jap.. Nak kemas rumah dan masak untuk makan malam .. “ .

Bila suami sampai rumah ..

“ Yang , abang nak keluar jap .. Azli nak jumpa. Ada menda nak bincang katanya. Gi jumpa kat kedai mamak jer.. Ok ? Nak release tensen gak ni.. Penat .. keje banyak kat pejabat “.

Dengan berat hati.. si isteri pun lepaskan senyuman tawar.. Apa lagi pilihan yang dia ada ? Kalau tak bagi , gaduh.. Kata isteri ngongkong.. Kalau kasi , isteri makan hati ..

Hurmm… Itulah yang aku rasa ! Setiap hari waktu kerja , aku ternanti jam 6 petang .. Bila wife balik , sekurangnya Zahra akan berada di pangkuan dia dan Qhaliff akan dengan aku .. Atau dua dua dengan dia.. Menyusu.. Aku baru boleh tarik nafas lega.. Nak workout ? Belum tentu boleh sbb kepenatan.. Kalau letak kepala di bantal , confirm lena ..

Dulu sewaktu aku bekerja di pejabat , aku rasakan .. kerja tu cukup membebankan dan sukar ! Tapi setelah ada dua anak , sesungguhnya ianya tidak membebankan tetap jauh lebih sukar !!

Bayangkan yer.. Zahra menangis nak susu.. Tapi dia tak nak susu botol ! Qhaliff dok mengekor ke mana saja aku pergi dalam rumah sambil tarik seluar aku..  Nak air la. nak roti la.. nak apa saja asalkan aku layan dia ! Aku letak Zahra atas tilam , tak sampai 4 saat , dia menangis ! Nak tak nak , aku kena dukung dia.. Nak amik air Qhaliff dengan Zahra di tangan lagi.. Bila bagi air kat Qhaliff , dia tumpahkan ke lantai !

Tu belum part nak kena kemas rumah.. anak berak .. Yang sorang dok main kat dapur .. Perghhhhh !! Nampak mudah je kan ? Duduk rumah je pon !! Heh…. Mana mana lelaki yang kata gitu , suruh dia jaga anak anak dia selama seminggu.. Dari pagi hingga malam.. hingga anak anak tidur .. Baru dia tau camana rasa .. Nak lepak mamak ? Heeee.. Beruntunglah si isteri bagi pergi..

Hurm.. Jangan pandang suri rumah kerja mudah ! Dah la jaga anak , free.. basuh baju , masak .. hurm… Apakah itu semua tugas seorang isteri semata mata ? Tugas si suami cari nafkah jer ?

Bila si suami bantu si isteri .. percayalah , automatik penat si isteri sepanjang hari.. hilang ! Tak perlu bagi bunga .. coklat mahupun intan berlian.. Sekadar tunaikan janji setia sebelum nikah dulu..

21 komen :

achiek anis berkata... [Reply to comment]

suka entry abg ben yang ni...likes 1000x lah...:)

irrayyan berkata... [Reply to comment]

bukan seminggu...bagi separuh hari pon jadi la...mesti dah kata penat...hahaha

Jueliza Jamani berkata... [Reply to comment]

bukan seminggu sehari pun dah tunggang langgang.. hahahhaha

sya mokthar berkata... [Reply to comment]

setuju 100% dengan entri ni! like1000x!

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... [Reply to comment]

Hope dapat suami macam abang ben.. hehehehe...

Safiyah berkata... [Reply to comment]

btl2. like bebyk xterkira. hehe

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

tak sampai sehari, baru 1/2 jam bila mummy pergi mandi, abah dah tunggu depan pintu bilik air...ha ha ha...

Tentang Kita berkata... [Reply to comment]

rasa nak nanges bila baca entry abg ben nie...sejujurnya la..klu lelaki paham tanggungjawab sebagai seorg suami dan isteri jlnkan tggungwab sebagai isteri mungkin kadar perceraian di malaysia nie merundum...

Booty Martinez berkata... [Reply to comment]

kalau suami cuti, dan saya bekerja...
dia memang tak boleh rehat, kena jaga anak-anak.
Tapi, saya belum habis waktu kerja dia akan sibuk call, kul berapa nak balik?

padahal tiap-tiap hari memang balik waktu yang sama, dia boleh tanya lagi. dalam erti kata, kalau boleh dia nak saya balik cepat. sebab anak-anak merengek dan dia pening nak handle.

Saya sampai rumah dia dah tunggu depan rumah sambil dukung si kecik, dan abang di sisinya. terus dia pass si kecik kat saya...dan time tu la saya kena handle dua-dua terus. sabor jela...hehehe

mohd azmi berkata... [Reply to comment]

Terharu siut... Thumbs up bang ben

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

tangungjawab yg besar:)

Farah Azwa berkata... [Reply to comment]

Suka entri abg ben yang ni...likeeeeeeeeeee

efie muhamad berkata... [Reply to comment]

Best betul entry abg ben.. alhamdulillah saya dkurniakan suami yg suka bantu kerja2 rumah jugak, wpun g kedai kopi tu pun ada jgk dlm list dia...

mx berkata... [Reply to comment]

Terima kasih kerana menghargai kerja2 surirumah spt saya.
Semoga abg Ben & keluarga terus mendpt ilmu dimanfaat, rezeki yg luas & jauh dari segala penyakit.

nuriarif berkata... [Reply to comment]

mmg salute kat abg ben. mmg payah jadi suri/sura rumah ni abg ben. kita yg melaluinya sahaja yg tahu. tp selalu jugak diperlekehkan bila org bertanya, "kerja ke?" bila kita jawab tak dan beritahu kita hanya surirumah, boleh pulak diaorg kata, bestla, dpt goyang kaki. atau pun, untunglah, suami kaya. atau ruginya, belajar tinggi, tp duk rumah jaga anak je.

usna berkata... [Reply to comment]

Moga ramai lagi lelaki di luar sana yg mempunyai kesedaran mcm abg ben.

Tak banyak, sikit.

Nor Dila berkata... [Reply to comment]

setuju sangat bab bila suami bantu isteri buat kerja rumah@dapur,,isteri happy sangat2,,rasa bersyukur teramat...itu yg saya rasa bila suami tolong hiris daging semalam...ehehe..papun tahniah bro n thanks sudi be my blog frens ^_^

Zasillah Ariffin berkata... [Reply to comment]

entry yang ini saya bagi 100 bintang!!!!

Lulu Caldina berkata... [Reply to comment]

untunglah dapat yang faham..hehe

Hajar Mohd Razib berkata... [Reply to comment]

sokong abg ben.. kadang laki pun tak tolong ape. siap makan letak je kat singki. tinggal basuh satu pun susah. padahal da ade sabun semua. geram je. pengalaman jaga ada laki2+abg2. huh! (1st time komen. hehe)

ciffin berkata... [Reply to comment]

suka entri abg ben ni...
sangat bersyukur dapat suami yg suka membantu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI