Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 1 Februari 2015

Angan-angan bila jadi blogger !

 

Apa eh aku nak tulis dalam blog ? Hurmm.. Nak review la pasal majalah ! Untung untung , dapat ‘masuk’ dalam majalah satu hari nanti ! Ok.. nak review PA n Ma laaa ! “.

Dan buat pertama kalinya aku update entri berkenaan majalah Pa&Ma dan beberapa kali lagi.. sebab infonya memang menarik la kan ? Memang patut diupdate ke dalam blog.. berkongsi maklumat kata orang sekarang.. heheee..

Dan tahun lepas .. Aku di dalam majalah Pa&Ma sebanyak dua kali !! Perghhhh.. tak sangka sungguh ! Impian jadi kenyataan !

image

Dan beberapa lagi buah majalah , aku dah pon ‘berada’ di dalamnya ! Satu pencapaian diluar jangkaan aku .. Tidak aku duga sama sekali ! Alhamdulillah..

Kemudian , aku teringin melancong ke luar negara.. tanpa keluarkan duit sesen pon ! Maklumlah , dengar kata blogger ni akan disponsor kalau kita pandai bercerita ! Aku pun pasang angan angan laaa .. hehehe .. Mana la tauuu ..

Maka setiap perjalanan atau percutian tu , aku tulis dalam blog.. Bukanlah harapkan ‘balasan’ tapi mana la tau kot kot ada yang berminat , kan ?

Nak dijadikan cerita .. akhirnya aku berada di kota Paris !

image

Sebelum sebelum tu , aku teringin nak makan free di restoran besar.. menginap hotel mahal maha , sponser gadget , barangan elektronik cam home teater , tv  ..review kereta , review filem..  masuk tv .. jadi duta ! Perghhh .. jadi duta tuuuu ! Boleh ker ??? Semua tu , impian aku sehari selepas bergelar blogger !!

Alhamdulillah.. satu demi satu aku mencapainya sehingga hari ini..  Aku dah jadi duta kepada beberapa produk dikenali ramai dan ini salah satunya !

image

Irma Hasmie pon kenal ‘Ben Ashaari’ .. Suka suka sukaaaaaaa.. Bukan sebab popular atau gila glamer tapi berasa gembira kerana apa yang aku impikan selepas sehari aku kenal komputer , berjaya aku capai akhirnya !

Kalau orang kata bolehkan blogger hidup dengan pendapatannya ? Mengapa seorang mat despatch berjaya beranak pinak hanya dengan pendapatan tak seberapa ? Pucuk pangkal , kena rajin dan usaha ! Jangan cepat berpuashati dengan apa yg ada di tangan. Kena usaha dan usaha lagi tapi pada masa yang sama , jangan tercicir akhirat .. kan ?

Dan esok .. sekali lagi aku dijemput ke Tv AlHijrah untuk rancangan Assalamualaikum ..  Seronok dan bangga. Walaupun blog aku sekadar blog biasa tapi orang kata la kan .. yang penting apa yang disampaikan di dalamnya ! Kaannnn … kannnn ..

Terima kasih buat semua rakan rakan yang menyokong dari mula hingga sekarang seperti Mat Gebu dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari  ( #kelabbloggerbenashaari ) .. Rakan rakan di Facebook dari awal aku mengenal Facebook , hingga hari ini masih lagi setia jadi silent reader dan juga sering memberi sokongan.

Jangan risau .. aku masih seperti dulu.. Aku masih belum berjaya bergelar BLOGGER ..

7 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..nikmat dan rahmat dari Allah..lillahitaala..Allah sentiasa pandang hati hati kita..selagi mana nawaitu itu lurus dan tulus..maka telus untuk kita merasai nikmatnya..moga abang ben terus success..ameenn..untuk qhaliff,,untuk zahra dan family tersayang..yeyy..

Syahida Yep berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..tahniah Ben. semoga terus cemerlang dunia akhirat. amiin

Rafzan Tomomi berkata... [Reply to comment]

tumpang gembira.. hee, I'm aiming to be like you one day ^__^

Eimah Shahrir berkata... [Reply to comment]

Keep going, Abg Ben!

Maria Hasun berkata... [Reply to comment]

Tahniah abg Ben, Abg Ben the best tak smbg pun:)

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

tahniah abang ben atas segala pencapaian..semuanya usaha abang ben sendiri

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah...abg ben tak kedekut ilmu...tq for sharing

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI