Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 28 Februari 2015

Bestnya jadi MR.MAMA !

 

Ok.. baru selesai satu advertorial. Masih ada satu lagi kena buat.. Sakit belakang gara gara duduk terlalu lama , dah datang kembali ! Kena regangkan badan. Nasib baik ada baju special untuk elakkan sakit belakang ni.. heee..

Abis buat advertorial , aku kena pikir idea untuk entri seterusnya.. Kena buat autopost untuk esok. Esok plan nak gi klinik andai Zahra masih lom sihat sepenuhnya.

Dan disisi aku , ada Zahra yang tidur tak lena dalam buaiannya. Qhaliff ada dengan mak dia.. Terpaksa pisahkan untuk mereka tidur ! Kalau tak , pasti akan berperang antara satu sama lain .. yang mana akhirnya mak diorang yang stress !

image

Dah seminggu tak cukup tidur ! Belah malam je , Zahra akan mula  menangis gara gara tak dapat tidur disebabkan selesa dan batuk ! Bila dia tak dapat tidur , aku ngan wife tak dapat tidur gak… er , wife lagi tak dapat ! Aku memang tak dapat tahan mata dah.. huhu.. Adakalanya terbabas tapi akan terjaga bila dengar suara Zahra menangis. Tukar syif dengan wife lak..

Hari ni , ke rumah mak aku. Mintak mak aku lak tolong jaga tapi aku tetap ada di situ.. Aku cuma nak tidur kejap je.. Nak berehat untuk elak aku sakit kepala ! Tapi camana pon aku tetap kena update blog !

Senang ke update blog ? Tak semua orang boleh update blog dengan sekali harung.. Taip dan publish terus .. cam aku ! Mesti nak kena baca semula .. kan kan ? Jawabnya , draf semula. Aku kena update selalu blog aku. Ini punca rezeki aku atau aku kena cari kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga aku..

Sebagai suami dan ketua keluarga , aku kena pikir segalanya.. Jangan biarkan isteri pikirkan untuk anda.. Huhuh.. Kalau rasa telinga tu telinga kebal , biar la dia pikirkan.. Baru tau langit tinggi rendah.. haahhaa..

5 komen :

Sheila Adziz berkata... [Reply to comment]

seronok baca entry BA as a full time blogger... dengan blogging leh sara family... allhamdulillah... semoga zahra cpt sembuh...

NURUL AQIDAH AZAHAR berkata... [Reply to comment]

mudahan diberikan kesihatan yg lbh baik

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

semoga terus tabah dgn keletah qhaliff dan zahra....sentiasa tunggu n3 terbaru en ben...

aisyah ambris berkata... [Reply to comment]

Kdg2 baca entry abg ben..menunjuk kan perasaan seorang housewife jg sbenarnya, klu ada ayah2 d luar sana yg baca entry abg ben ni.. mesti diorang faham kepenatan seorang isteri d rumah mcm mn sbenarnya..salute abg ben 😊

Nurul Huda berkata... [Reply to comment]

Betul tu, kalau tak pisahkan jangan kan berperang, tidur pun tidak anak-anak ni. Kadang-kadang kalau ada si kecil yang baru lahir dan merenget, si kaka pun merenget sama. Akhirnya kena pisah kan tempat tidur sementara.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI